the bloggers !

Tuesday 31 December 2013

End of year 2013

Assalamualaikum & hye semua! :)

alhamdulillah. dah sampai penghujung 2013 kan kita semua?
sedar tak sedar esok dh thn 2014.
rasa mcm baaaaaaru je aku tunang dgn en suami.
padahal dh 2 tahun bertunang.
today is our 2nd engagement anniversary :)
hek eleh.kecoh je. orglain tu siap dah setahun wedding anny tau :p

rasa mcm baru je kecoh kelam kelibut prepare nk kawen.
baru je dgr tok kadi ckp sah!
semuanya mcm baaaru je lg kan kan kan

walau apa pun yg berlaku sepanjang tahun 2013, semoga semuanya memberi kenangan kepada kita semua.
semoga tahun 2014 memberikan lebih lg kegembiraan kepada semuaaaaaa kawan2 bloggger yg sy sayangi :)

org lain rajin buat entri cerita kenangan 2013 tp aku mcm mls je lg.
biasalah dh mmg pemalas tu alasan dia mmg byk je :p

insyaAllah jika diizinkan aku akan membuat entri baru untuk review 2013.
mcm nk share dgn korang semua tp taun depanlah share.
padahal tahun depan tu esok je punnnnnn -_-

selamat tahun baru rakan2. love u all!


hye semua! nama sy bobo. kakak sy suruh sy ucapkan selamat tahun baru untuk semua kwn2 dia. jadi sy nk ucapkan selamat tahun baru utk semua kwn2 kakak! :)

 ~kisah hati cikCT~

Monday 23 December 2013

wedding review#4: official photographer di melaka. thumbs up!

Assalamualaikum & hye semua! :)

minggu depan dah masuk 8 bulan kahwin tp skrg baru terhegeh2 nk sambung wedding review . hehe. xpe2, yg penting review. timeline dia berapa lama nk review tu takde hal lah bila2 kan . dh kata blog sendiri. kuikui.

dulu masa mula2 nak carik photographer mmg aku pening. yelah sbb kita kena pilih OP yg betul kan. kalau pilih salah kang sendiri yg merana. kahwin ni bukan boleh diulang2 momennya. kalau gamabar tak cantik atau tak siapa atau yg sewaktu dengannya, boleh meroyan seumur hidup wehh.

so nak dijadikan cerita, merata aku tnya OP. yg luar melaka pun aku carik dan aku mmg giler sangat dgn hasil kerja hafizuddin hamdan. kos dia sama je mcm op2 yg lain tp disebabkan dia luar melaka and kena kira kos transportatioan membuatkan aku fikir berpuluh2 kali. mcmtu jgk dgn OP2 yg lain. pixelwork, apa ntah lagi. banyaklah yg aku survey sampai dh tak teringat dah. huhu

nak dijadikan cerita, aku pergi pameran pengantin di tecso melaka tak silap. sebenarnya saja2 je pergi. takde niat pun nak amik or pilih sape2 since semua aku dh booked kecuali OP. tup2 terserempak dgn member time STP dulu. dia freelance photograher. duk cite2 dgn dia and cerita lah aku cari photpgrafer yg style gmbr dia mcmana. bla bla bla pastu blah. amik name card and fon number je.

2, 3 hari lpstu dia pm aku kat fb. bagi contoh gambar yg dia pernah amik dan yg bestnya dia blh buat mcm yg aku nak! hehe. so malas nk pikir byk kali so terus buat appointment and jumpa dia dkt studio.

ni antara contoh yg dia bg kat aku. ada byk lagi sbnrnya tp mls nk letak sbb mls nk letak watermark. lgpun kang ada muka pengantin takut pengantin tak bg letak pulak sbb tak knl perantin. hihi

selepas perbincangan dgn teliti, makanya aku pun cnfrm lah amik gambar dgn company yg dia tgh buat freelance ni.harga act sama je dgn photographer luar melaka yg lain tp dgn yg ni dpt barang tu lebih sikit sbb tak cover tranport kan.  so pakej yg aku dpt ni merangkumi:

1. album size 11x 28 (crystal) dua2 album dia jenis apa ntah nama dia. yg bukan sticky tu. mock up eh?
2. album size 8 x 24 
3. canvas photo 2
4. cover 2 events (nikah & sanding)
5. dvd with unlimited photos
6. outdoor session
7. infrared pictures
8. special request free delivery to KL. hihi

kesimpulannya yg aku dpt dr sesi photographer 2 hari bersama mereka ialah harussssslah recommended! walaupun yg dtg tu bukan kwn aku and seorang sahaja yg cover utk kedua2 majlis (masa outdoor baru kwn aku dtg so ada 2 org time outdoor sahaja). tp hasil abg azmi mmg tiptop! serius. mula2 aku mcm frust jugak sbb ada sorang je yg cover. yelah takut dia terlepas pandang ke apa ke kan. tp tulah kalau dah kata professional kan, apa ada hal. 

dari segi timeline album siap pun sebenarnya mmg tiptop. tp sbb aku yg terhegeh2 pilih gambar, bayo belance lambat :P tu yg album pun lambat dpt. hihi. aku rasa album sbnrnya blh siap dlm sebulan sengah ke 2 bulan sbb dlm 3 minggu lps event diorg dh emel aku mintak permisi utk pilih gambar enlargement and preview. tp sbb time tu nak raya sibuk tak sempat nk pilih gambar dgn husband admitted and MC hampir sebulan setengah so semua proses2 ni jadi lambat and delay. bukan salah diorg tapi salah aku sebenrnya. 

yang specialnya photgrapher ni ialah pakej Infrared diorg. serius cantik tau. korang pun tak sangaka yg gambar korang akan jadi mcmni lepas di inrfared kan. 





sori kalau gmbr ni blh buat korang muntah. saje nk letak muka gedik ni :p




ada byk lagi sebenarnya infrared ni tp tak larat nk upload. pasni nk kena upload gambar yg original pulak. takut byk sgt upload kang korang pening lak tgk. hihi

dr segi kualiti album mmg terbaik. and style diorg shoot and edit pun mmg thumbs up! yg ni kwn2 aku yg ckp tau. sbb masa album ni sampai (deliver to opis) harulah masin2 semua curious sbb aku dpt kotak besar. diorg ni bukanlah menyibuk tp sbb kitorg staff tak ramai so staf kat sini dh mcm adik beradik. so takdehal lah aku membuka album di dgn staf2 yg lain and diorg pun komen ckp cantik! bukan pengantin sbb pengantin mmg dh cantik dah. HAHAHA. tp album and cara susunan gambar.

lagi satu aku mmg berkenan photographer ni punya cara amik gambar. kalau nak ikutkan baju, hantaran and perkahwinan aku ni biasa2 je. tp sbb dia shoot tu cantik buat aku rasa mcm hebat sgt pulak benda2 ni. hehe. comtoh mcm baju sanding ni biasa2 je tp bila kau tgk gmbr yg ni aku rasa mcm berkenannn sgt. mcm hebat sgt pulak baju sanding ni :p




panjang pulak rasanya aku bercerita kan. tp cerita panjang pun xguna kalau x beritahu siapakah OP ku ini. dan mereka ialah SWEET MOMENTS WEDDING .

jangan lupa terjah facebook diorang tau!

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 12 December 2013

ceritera ceritera macam macam

Assalamualaikum & hye semua! :)

taktau nak letak tajuk apa sbb taktau  nak cerita apa. tiba2 mcm semangat lak nak update entri baru tp idea takdak. jadi marilah kita merambu ramba saja kali ini.

sedar tak sedar rupanya dh 7 bulan lebih dah aku kahwin. yg lain2 pun sama. mcm saila dgn ziema lagi lah. tup2 je dh setahun, rasa mcm baaaaaaaaru je tgk saila update hari2 pasal weding prep dia. and rasa macam baaaaaaaaaaaaaaaaaru sgt p wedding ziema dgn cikmah dulu. serius rasa mcm semuanya masih baru lagi. dan jugak b2b 2013 yg sama2 update progress wedding and tgk blog2 diorg ramai yg dulu perut ramping sekarang besar ke depan sudah. hihi. nana, fifi, cikmah, elyana n ramai lg :)

itu mukadimah utk rakan2 blog.

dah alang2 update ni, meh aku nak cita pasal PCOS. sbb entri lps aku mls nk explain pcos tu apa. skrg ni based on kefahaman aku lah ye. kalau salah maafkan sy.

utk perempuan yg normal, ovari akan mengeluarkan ovum kan? ok sebelum ovum itu menjadi ovum, ia akan berada di dalam telur. sepatutnya telur itu akan membesar sehingga lah ia menjadi ovum. tetapi pesakit pcos ni, telur tu tidak membesar. dia jadi kecik2. bila telur tu tak membesar menjadi ovum so mcmna sprem nak disenyawakan kan? sbb tulah pesakit pcos ni tidak mengandung. tetapi tidak mengandung tidak bermaksud TIDAK BOLEH LANGSUNG pregnant ye. itu silap. ada je yg pesakit pcos get pregnant. cuma kena berusaha lebih sikit dr org lain je :)

aaaa, nak membebel apa lg ni?

itu jelah kot. haha. entri takde motif. maafkan sy wahai pembaca.



gambar mmg takde kena mengena dgn entri atau tajuk. sbb taktau motif apa kan entri ni sbnrnya? haha. album aku siap lama dah sebenrnya tp tak dan nak p amik. insyaAllah dh dpt album semua nnt aku review wedding aku yg berlangsung pada 7 bulan yg lepas ea? hihi

 ~kisah hati cikCT~

Monday 25 November 2013

PCOS?

Assalamualaikum & hye semua! :)

korang2 kesayanganku semuaaaaaaaaaaaaaaa + kakak kesayangan kakak pida :)

thanks for your lovely advice. aku meluahkan perasaan seketika. sbb rasa mcm dah lama tak share perasaan kat blog. tuyg terbuat entri emosi  :p anyway, sayang korang semua walaupun kita tak pernah jumpa each other (errr..ada jgk yg dh jumpa sebenarnya.hihi)

selepas meluahkan perasaan, akhirnya kumemberanikan diri melangkah kaki dan badan yg semakin berat ini berjumpa specialist. dh byk kali kena tazkirah dgn kakak opis tp hatiku dan diriku sungguh malas plus malas plus malas plus malas. hahaha

eh, wedding review tak habis pun lagi kan sbnrnya. ntah mende yg aku nak review pun taktau. jahat betul si pemalas ini. dah sudah aku dh mengarut. tajuk entri tak sama dgn entri kan. dem yu :p

ok intro dh melalut ke laut.

sebenarnya ingat takmo cerita lagi tp sbb aku dh penat duk berjalan2 buat research dkt blog org maka marilah kita menyegarkan mata kembali dgn memenuhkan entri di blog sendiri.

ye ye aku tau aku dh melalut lagi. td ckp aku ada pergi specialist kan?

tau tak knpa pergi jumpa speacialist?

sbb period tak dtg 2 bulan ++ tp bila test sendiri negatif. its ok actually. sbb dh biasaaaaaa sgt test -ve :p

tp kali ni kena jugak p jumpa doktor sbb dh 2 kali dia buat hal mcmni. so kena lah tau jgk kan kenapa.

yeah, and akhirnya jumpa doc, doc scan perut (weh sejuk gila gel tu)

doc ckp rahim awk dh tebal sgt dh ni. dah 3 cm. seperti setebal ibu jari kaki (dlm kepala dh terbayang ibu jari kaki tp still tak blh imagine jgk cerita sebenar.haha) tapi takde yg melekat ye. ni doc yg ckp tau.

ok takpe kita cek ovari awk pulak. yeah, and she said ini ovari awak dan telur nmpknya kecik2. aku dh mcm hah? telur kecik2? apakah maksudnya?

takpe2 kita cek ovari kiri awak pulak. oooo, sama jugak ni. telur kecik2. meh tengok sini. (sambil menunjukkan apa yg ada di skrin) tp yeah mcm biasa. aku tak nampak pape. -_- iya kan jelah.

setel dh scan , so marilah kita berbincang. doc ckp aku ada PCOS. aku dh mcm..errr PCOS? apakah lah pulak itu. aku ingtkan aku ada cyst walaupun cyst tu taktau mende sbnrnya.huhu.

doc ckp daripada 5 wanita yg jumpa dia akn ada 1 org yg ada PCOS. doc ckp mungkin disebabkan berat badan aku yg naik secara mendadak. doc pesan suruh exercise and reduce weight at least 5%. T_T

but its ok my dear :)

atleast dpt tau awal apa masalah. dah tau awal so kena berusaha lebih sikit dr yg lain lah kan. :)

doc bg ubat turun darah tp sebelum dia kena buat pregnncy test lg sekali utk confirmkan. dan jawapannya still -ve :)

kena mkn ubat turuh darah dan doc bg clomid. dia suruh mkn clomid hari ke 2 period and inform her so that she can track my telur. maksudnya akn ada appointment dgn dia blk tp taktau bila. kena tnggu makcik period ni dtg dulu :P

eh, PCOS ni mende sebenarnya? errr..mcm malas pulak nk explain. blh try google or simpe explation here

yg penting, be positive baru lah upt boleh positive nnt! eh? wish me luck :)


contoh utk perbezaan ovari normal dan ovari PCOS

 ~kisah hati cikCT~

Monday 11 November 2013

siapa yang tak nak?

Assalamualaikum & hye semua! :)

kalau baca tajuk, agak2 nya korang tau tak entri ni  pasal apa?  -_-

haiyyoo..aku taktau lah kalau org lain tp bg aku sendiri dan mana2 wanita yg dh berkahwin pun mesti nak anak kan. macam tu jgk dgn aku dan suami. tp Allah kata belum lg rezeki anak tu pada aku. maka belum lah ia. yg perlu kita lakukan ialah berusaha, berdoa dan tawakal. Dia tau kan apa yg terbaik untuk setiap hambaNya kan? jadi siapakah kita nak mempersoalkan apa yang Dia dah buat?

fuh fuh fuh.. emosi i tau -_-

aku sentap dah lama sebenarnya. tapi malas nk amik port. cuma hari ni terasa nak meluahkan. sebab yang bertanya tu pun bukannya org yg kahwin terus lekat. dia pun pernah rasa menungu macam aku jugak. dia tak imgat ke apa perasaan dia 'dulu2' masa org duk tanya dia " dah ada isi ke belum?" kalau tanya personally mungkin aku blh terima tp bila tanya at public aku dah rasa macam eh?

sabar sabar sabar.

aku doakan semua wanita yang dah berkahwin dikurniakan rezeki untuk merumahkan nyawa dalam badan (Fynn, 2013)


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 8 October 2013

lama nau menyepi sampai google pun dah lupa kat kita. sobs sobs T_T

Assalamualaikum & hye semua! :)


haaaaa. tulah. pemalas sangat nak update blog kan. padan muka T_T

nipun sebenarnya ingat2 lupa dah paswordnya, nasib baik blogspot tak banned. kalau tak meratapi jelah tgk blog sendiri hari2 kan.

rindu sgt dgn kawan2 blog. rindu nk tulis blog. rindu nak blogwalking nk tggl jejak. tp kekangan masa mmg betul2 x bagi aku tulis blog. sobs sobs

sebenarnya nak cerita, dah 2 minggu aku tak masuk opis tak blogwalking tgk ex & b2b. husband ku yg terchenta berkampung kat hospital hampir 10 hari. haruslah dgn bini nya sekali kena berkampung gak kan. takkan nk tinggal laki sorg2 tido kat hospital. menangis tak berlagu lak aku nnt tido sorang2. mula2 husband disahkan positif leptospirosis ataupun bahasa mudahnya kencing tikus!

banyak sgt kisahnya sepanjang kami di hospital selama 10 hari. insyaAllah lain kali aku sambung lagi. masa tak mengizinkan nk cerita banyak2. dan alhamdulillah husband beransur baik sekarang.

nnt kita cerita lagi ea?

 ~kisah hati cikCT~

Monday 29 July 2013

ramadhan . syawal . rumahtangga.

Assalamualaikum & hye semua! :)

last post 28 june 2013. wedding review. pastu senyaapp. sbb apa senyap? sebab malas. hewhewhew. kalau aku rajin nnt buat wedding review ea? ceh. bajet mcm ada yg menunggu2 je review ko kan cikCT. haha

even aku tak update blog pun hari2 aku bukak blog sendiri sbnrnya. sbb tgk blog list pastu blog walking dgn korang2. aku mmg tak tggl jejak. malas nk bg komen tp aku baca blog korang. hari2 tau. tp working hours jelah. hehe. kantoi mengular time keje!

majority ex-b2b update pasal ramadhan pertama as wife and husband. as mummy to be pun ada dah tau. congrats yunk! yg b2b tu taun depan korang blh dah menikmati perasaan 1st time tu. tak lama dah. setelkan majlis perkahwinan pastu dah boleh rileksssss! rasanya ramai yg majlis lepas raya ni. sbb aku tgk dlm grup TBO2013 pun mcm senyap sikit dah. mgkn sbb wedding dah tak ramai. tggl stok2 majlis lepas raya je. stok2 majlis sebelum raya rasa mcm last pun dlm awal jun aritu. pastu senyapppp. berhibernisasi masing2. trying to adapt a new life mgkn? anyway utk b2b 2013 yg lain. happy preps tau! :)

omak aih. giler panjang intro. cerita pun taktau dh nak tulis apa ni. haha. since ramaadhan dan syawal tahun ini adalah yg pertama untuk kami. inai pun baruuuu je nak habis ni. dah tggl hujung2 jari2 je. kiranya masih baru lg lah kan kami? minggu depan pun baru nak masuk 3 bulan kawen. tetiba mcm tak caya je dah kawen. haha. asal banyak nau baru ni weh??

nak cerita pengalaman berpuasa berbuka pertama sebagai suami isteri? kami biasa2 je since kami masih tinggal di rumah mertua. so semuaaanya disiapkan mertua. menantu dia yg rajin ni selalu bila dah sampai rumah mesti semua dah siap. so menantu yg rajin ni tlg cuci2 pinggan lps berbuka jelah. hewhewhew. sahur pun mcmtu jugak. menantu yg baik sangat ni bangun pun mertua yg kejut . my bad -_- . bangun je semua dah siap. selalunya menantu yg baik dan rajin ni akn buat air je. itupun jaraaaaaaaaaaang sangat. so basuh pinggan jelah menantu yg rajin dan baik ni  buat -_-

untuk syawal yg pertama ni apa ntah mimpi suamiku yg terchinta ni telah bersetuju untuk beraya di belah isterinya dahulu. hooooyeahhhhh! padahal sbnrnya minda dan emosi dah bersiap sedia dah nak bersyawal pertama di perantauan. chewaahhhh. so i is happy! walaupun raya ke dua nk kena balik teluk intan dah but i is happy jugak. hewhewhew.

tetiba je kan aku teringat. eh tak teringat lah. mgkn nk berpesan pada diri sendiri dan rakan2 yg lain. hal rumahtangga jgn sesekali cerita di facebook. NEVER! walaupun mgkn kita hnya berkias2 dan bukannya direct story tp org akn tetap faham. erti? aku yg baca status org ni pun rasa mcm tak sedap nk baca. im not a stalker tp kalau dah masuk kat dlm news feed 'terbaca' jgk kadang2 tu. ntahlah bagi aku kalau tak puas hati atau ada masalah dengan pasangan sekali pun berceritalah dgn sahabat yg terdekat. mgkn itu akan lebih menenangkan fikiran kita. peringatan untuk diri aku sendiri jgk ni. bukan sbb nk cerita pasal org tau. sbb kadang2 aku pun rasa mcm nk terlepas di fb. hampir jgk tertaip tapi cepat2 aku delete sbb org kat luar tu semuanya pandai2. mmg kita tak update kat fb 'aku gaduh dgn laki aku mlm td. gerammmnya aku! ' tp kalau kita update status ' sentap' , atau 'dia yang kau pilih ' . tiba2 je ko update mcmtu takde ribut takde angin. mesti org luar atau fbians blh tangkap apa yg sebenarnya berlaku kan? tak semua tp mgkn sesetengah org blh faham.  aku nk minta maaf sgt2 kalau ada yg baca blog aku ni terasa apa yg aku tulis tp aku tak ckp pasal korang tau. sbb fb korang pun aku takde tp aku cerita pasal diri sendiri. tak cerita pasal korang pun tau :)

panjang pulak i is terbebel. since aku pun mcm dah jarang dan mcm malas nk update blog sgt. maka nya, saya dan suami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk semuaaaaaaaaaaaaa yg sudi membaca blog picisan ku yg ntah pape ntah ni. berhati2 bila drive blk kampung ye :)


nah, nak bg lagi gambar perantin yg tak berapa nk baru ;p




p/s: 3 bulan dan masih lg menunggu bulan jatuh ke riba. masih berusaha. doakan kami ye :)


 ~kisah hati cikCT~

Friday 26 July 2013

remember me?

Assalamualaikum & hye semua! :)

errr...

ada org ingt sy lg tak?

hewhewhewhew.


 ~kisah hati cikCT~

Friday 28 June 2013

wedding review#3 : baju nikah + veil a.k.a solemnization attire.

Assalamualaikum & hye semua! :)

korang ingt lg tak teaser yg ni?  kalau ada yg masih ingt dan nak tau mcma ghupa baju nikah aku, meh sini nak tunjuk detail. kalau takmau tau pun takpe, den nak cito jugak. manalah tau kot2 ada yang terinspired ke. chewahh. omputih nya bahasa ko!

sebenanrnya baju nikah aku ni simple je. takde beli  baju full lace beaded bagai. save cost katanya. pastu kang taktau lg bila nak pakai kalau beli yg full lace beaded. sbb heavy dan aku segan nk pakai p kenduri.itu pendapat aku lah. lain org lain pandangan nya , betul tak ? giler tak jeles tgk org punya baju nikah cantek2 mengelip2 tu? harus lah aku jeles! tp sy mengukur kain di baju sendiri. dan dah tau sgt perangai ni mcmna jadi beli dan buat je kain baju  nikah yg biasa2 ok? :)

aku beli kan ni dekat kamdar jalan TAR. masa tu beli time bulan puasa. ingt lagi p dengan tunang time tu. sbb yg cerewet tu dia. bukan aku, haha. so yg pilih kaler pun dia walaupun aku rasa mcm aku je yg pilih? haha. banyakkkkk sgt kaler yg aku berkenan masa tu. sampai tunang aku pening dan aku kena  marah sbb dia pening tgk aku bg cadangan kat dia byk2. biasalah org perempuan kan? mesti banyakkkkkkkk pilihan. haha. last2 amik kaler cream kekuningan kot? haraga dia? murah je! sbb aku pilih satin biasa taktau crepe ke apa ke sbb yg pilih jenis kain pun tunang, takmo yg panas katanya. tak kesahlah abg, janji u selesa i ok je :) tak silap dlm rm6 je kot semeter. beli 5 meter ke 6 meter ntah utk baju melayu. pastu perempuan 4 meter. standard size.

konon2 time tu nak buat kain flowy bagai2 tu. so tnya akk tailor berapa meter utk chiffon, dia kata beli 6 meter. wokey setel! beli 7.5m sbb nak buat utk veil sekali. harga tak ingt tp rasanya dlm rm5 je kot. total masa byr pun dlm rm120 ke tak silap. untuk 2 org, oklah sgt tu kan.

cerita nya bila hntr kat tailor, tetiba aku mcm takmaulah pulak buat flowy tu sbb chiffon tu nipis. nmpk mcm tak best je, so akk tailor bg cadangan buat kembang jgk tp campur2. ntah mcmna ye nak ckp? nnt aku google kalau ada aku letak sbb aku tak amik gmbo kain detail. tp dia campur satin pastu campur chiffon sekali. end up cantek jgk, nmpk jugak flowy tu :)

nak cerita yg chiffon yg terlebihh banyakkk tu kan, akk tailor tu bg cadangan suruh buat veil yg panjang tu. like a princess katanya, hewhew. tp serius best. pandai akk tu buat. kurang2 takdelah membazir. mula2 ingt mcm nk buat dia silang ke depan yg mcm Rilla pakai masa nikah tp tak jadi sbb aku takut nmpk gemuk yelah aku kan gemuk kalau kembang2 pusing2 kan nmpk lg berisi pulak. no no no! so lepaskan jelah dia. jadiklah mcmni.




cantek kan? * matiklah puji diri sendiri* haha. tak2. sbb aku tak sangka yg veil aku blh jadik mcmni. sbb mmg tak pernah plan dan fikir pun veil tu mcmna. yg aku tau aku nk buat veil beaded by ciktie. sbb mmg dia je vendor aku nk buat veil. tailor aku jahit siap2 lpastu yang kat kepala tu semuaaaaa ciktie yg buat. aku just belikan barang je, lace & pearl pastu ciktie yg buat semua. nampak tak berapa byk semuaaaa aku tu?




yg tampal dekat inner dengan bahu tu pun ciktie yg buat, aku just beli je benda2 tu. aku ckp dgn dia pandai2 ko lah nk buat mcmna. aku terima saja. dan yes, mmg ianya  menjadi! ditambah dgn veil yg panjang giler tu lpstu kat kepala mengelip2. mmg aku puas hati sgt! bajet kecik tp hasil nya membuatkan sy rasa sperti princess :p

utk beads pun sama. CIKTIE jugak punya kerja. mcm yg aku cerita sebelum ni. tempah baju kurung moden kosong upah rm60 je. pastu hntr kat CIKTIE jadi terus jadi mcmni :)

inner tu beli kat jalan TAR je. rm15 tak silap. x plan pun nak pakai mcmni sebenarnya. again, word tak plan lagi. mmg niat nak carik inner, nampak je terus grab pastu hntr kat ciktie dan siap! :) kesimpulannya, im verrryyy hepi with my outfit!


 ~kisah hati cikCT~

Monday 17 June 2013

Passport. UTC Pudu. Pengalaman. Hadiah. Insaf.

Assalamualaikum & hye semua! :)

wahhhh. tajuk nak curlas gitu kann. aku taktau nk letak tajuk apa. so letaklah isi penting sebagai tajuk. oklah tu kan. asalkna org tau apa yg nk diceritakan.

ini cerita mmg fresh from ladang. sbb aku tau kalau aku simpan cerita mmg kompem takkan cerita lg dah smpai bila2. bz katanya -_- ok, straight to the point CT!

aku baru blk dr UTC pudu ni. kononya nak buat pasport dgn pantas dan cepat. dah byk kali google pasal UTC ni so decide nk ke sana je since senang ada LRT. kebetulan harini supplier datang, so mntk tlg dia hntr ke pudu. sbb aku takmau amik half day. nak amik time off je. dpt break 2 jam. 2.40 ptg isi borang and terus shoot ke pudu dgn bantuan supplier. alhamdulillah. sampai jgk ke UTC pudu tu utk first time. giler jakun! cantik dah pudu skrg. last dulu aku pergi taun 2010 kot? time tu diorg tak renovate lg. skrg ni bila dtg mmg ajaib gila. semua pejabat kerajaan yg penting ada kat sana. SKMM, JPJ, JPN, IMIGRESEN dgn ada byk lagi lah. tak tertengok aku.

sampai2 sana je terus carik signboard. oh, imigresen tgkt 2. naik lift terus ke tgkt 2 dan carik imigresen. mmg byk pejabat kerajaan dkt tgkt 2 tu. dah masuk2 imigresen tu carik kaunter pertanyaan tak jumpa. takpe, amik no. tp nk amik no pun kena beratur hoit.. ramai! ingtkan dtg weekdays dan after lunch hour, tak ramai org. rupanya sama je. takpe2, dah decide dh sebelum dtg td kalau ramai its ok. dtg lainkali amik cuti betul2 dan buat dgn cara yg betul. aku que jgk sbb nk bertanya dgn staf yg bertugas. ada staf yg jaga no tu. since aku byk persoalan nk ditanya sbb nk buat persiapan dokumen2 yg penting utk next permohonan kan.tggu jelah .dlm 7 minit jgklah baru sampai turn.

sbb aku lahir di Sabah, aku tau dah yg prosedur dia berbeza sikit. tanyalah org tu mcmna. rupa2nya, yg lahir di Sabah dan Sarawak dan pertama kali buat pasport tak blh buat dekat UTC. kena buat dgn HQ iaitu Jalan Duta. -_- *sigh* nasib baik tnya, kalau aku main redah je amik no tak ke naya? takpe2, sy pasrah. tnya lagi nk dokumen pape ke tak diorg ckp takde apa. blh amik gambar kat sana je. setel. terus blk ofis.

mmg dah plan blk dr UTC nk naik public transport. tp sbb aku dah laaaaaama giler tak naik lrt agak terpinga2 jgklah dgkt pudu tu. carik signboard p lrt nasib baik jumpa. jaaauhh! sobs sobs. dh sampai lrt tu pulak, aku jadik jakun taktau mcmna nk beli tiket, haha. memalukan sungguh. lama jgk tercangak kat situ baca pape yg patut , nasib baik senang. terus beli tiket ke titiwangsa dan tukar monorel ke chow kit. dah sampai chow kit, nak naik bas pulak ke opis. nak naik teksi, takmau. sbb nk save budget katanya, naik teksi dr chowkit ke opis blh makn sampai 4 ringgit lebih padahal naik bas baru rm1. kena berjimat ni. tp yg best nya, aku tak tau nk naik bas apa ke opis. HAHAHA. sengal! nasib lah aku ni jenis tak malu, tnya org dkt bus stop tu nak naik bas no berapa ke opis -_- yg bestnya, org yg aku tnya tu ialah student unikl jgk. shameshame.

sampai opis elok sebelum waktunya, oklah tu kan. lpstu aku termengah2 okay. rasa mcm baru lari pecut 500 m. nampak sgt yg ko dah lama tak berjalan kaki. selama ni pemalas kan nak berjalan. tempat dekat pun nak drive. padan muka!

nk masuk gambar tp td tak ada amik pulak. sebab excited sgt kat UTC tu so tak dan nk kuarkan hp cokia ku ini. korang bayangkan jelah ye.

oh, harini dpt hadiah kawen lg walaupun dah 1 bulan 2 minggu . mihmihmih. mggu lps pun dpt jgk. minguu ni pun dpt lg. rasa seronok sbb rasa mcm dh lama kawen tp hadiah dpt lg. excited ok :p lepastu terus bukak hadiah, dan cuba teka aku dpt hadiah apa?



so excited! upload kat fb and diorg ckp buku ni best. mihmih. tp bila bukak hadiah td menjerit jugaklah. almaklumlah, sy ni kan 'terer' masak. korang tgk jelah apa yg kwn2 aku reply -_- tq kak maz! insaf sy seketika. semoga dgn pemberian hadiah buku ini akn menginspirasikan saya untuk memasak walaupun di rumah mertuaku :p


 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 12 June 2013

wedding review#2 : Special Nikah Playback Siti Noorhaniza & Hazriq by Wira Visuals :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

Pernikahan Hazriq & Hazriq [ LINK ]





akhirnya siap jugak video nikah aku by WIRA VISUALS. nama yg tak asing lg di kalangan blogger. dah lama simpan hati dgn abg wira ni. hewhewhew. dan kebetulan abg wira ada buat promotion time tu. terus book ok! actually lama dah aku deal dgn abg wira ni. dari bulan 5 tahun lepas . sbb masa tu nk book abg wira utk 1 Mac 2013. so mmg kena book cepatlah kan. alhamdulillah dapat abg wira.

but suddenly bila tarikh nikah kena tukar, aku dah gelabah ayam. suruh tukar tarikh padahal masa tu dh bulan 12. kang kalau abg wira tak free time tu mcmna pulak kan? nasib baik abg wira ok dan sbnrnya tarikh nikah aku ni based on abg wira availability. hewhewhew

bagi aku, abg wira sgt punctual! sbb nikah pukul 9.30 pagi. pukul 8 mcmtu dia dh ada dkt rumah. tak bg peta pun just bg landmark je. alhamdulillah abg wira tak sesat. smpai pun tak call aku tiba2 je mak ckp, kak ada kwn akk dtg ea? tgk2 rupanya beliaulah abg wira. hehe. abg wira pandai bwk diri time majlis. tau pergi masjid sendiri sbb masjid dgn rumah kena drve. tak blh jln kaki. aku taktau dah pastu abg wira p mana2. tau2 je dia dh ada kat masjid :)

dari segi masa persiapan video, mgkin silap aku sbb tak tnya bila video siap. duk tunggu2 tak tiba2 tp bila video dh siap dlm masa 1 bulan 9 hari, aku rasa ok sangat2 dah ? :)

sebenanrya ada cerita disebalik video ni. kalau korang sempat tgk masa pagi2 sebelum aku save blk entri ni dlm draft, ada aku upload 1st version of my official solemnization video. mula2 rasa mcm ok, tp bila tgk2 byk kali rasa mcm ada yg tak kena pulak. rasa seperti ada kekurangan. fikir2 blk akhirnya aku bukak jgk mulut ckp dgn abg wira. sori abg wira :(

video ko dah siap cantik2 pastu ko sibuk2 nk suruh org tu tukar pulak. banyakkkkkk cantik muka ko ct oii..

mula2 mcm takut jugak sbb discuss thru FB je kan. better call terus sbb bila msg tanpa intonasi suara ni blh di intepretasikan org dgn pelbagai maksud yg berbeza. takut jgk nk komen dgn dia. yelah dia kan pro pastu tetiba kita duk sound komen dia. huhu. but alhamdulillah. abg wira sangattttttttttt ok sbnrnya. dia call kita blk dan kami berbincang pasal video tu. 4 jam lepastu abg wira infrom yg video dh siap edit dan upload di Vimeo. sangat pantas! dia siap p cyber cafe lg sbb nk upload dgn kadar kelajuan yg cepat. terharu sgt  T_T

so far experience dgn abg wira, beliau sgt best! sgt mudah utk berkomunikasi (sbb tukar2 tarikh kan) punctual, pandai bwk diri, very friendly. bila aku ckp dgn dia pun asik rasa nk gelak je. dan yg paling penting, boleh terima komen kita dgn terbuka :)

kesimpulannya, jgn takut untuk bertanya kalau rasa tak puas hati tp jgn melampau sgt lah pulak ye cerewetnya :) and of course recommended! :D

selamat menonton!



 ~kisah hati cikCT~

Friday 7 June 2013

kehidupan itu.

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin kak ct update blog kan. bila mood rajin dia dtg mmg mcmni . cuba kalau mood pemalaihh dia dtg. hampehss.

fuhh.

dulu sebelum kawen. sibukk je ckp dekat diri sendiri. cepatlah habis majlis. cepatlah habis kenduri. bukan sbb xsabar nk mengawan berkahwin ye kwn2. bukan2. sbb tak tak sabar nk habiskan keserabutan membuat persiapan. dari start aku mula pindah KL setiap minggu bz, bz ke sana ke sini membuat persiapan perkahwinan. dengan dugaan bertukar tarikh kenduri bila sepatutnya tggl lagi 2 bulan terus tertangguh ke bulan 5. lepastu mak andam buat hal. masalah wali, rumah dan sebagainya.

mmg banyak sgt. terlalu banyak cerita serabut sebelum kenduri sampai aku rasa, hoitt cepatlah bulan 5. malasss dah aku nk pikir. 2 hari sebelum nikah pun ada ceritanya tp takpelah. biar kusimpan di dalam hati sahaja. and alhamdulillah. selamat dah kami jadi suami isteri. dah 1 bulan 4 hari dah pun harini :)

dan bermulalah perjalanan kehidupan berumahtangga. lepas kenduri aku sambung cuti sampai seminggu,. masa tu mmg heavenlah. cuti dan tak bekerja, siapa yg tak rasa heaven kan? sekembalinya dari cuti berkahwin dan bermulanya bekerja? sobs sobs T_T

buat masa sekarang ni aku stay dgn family mertua. yelah takkan nk duk dgn family sendiri kan. melaka - KL. jauh tuu. tak sangup den. aku kerja di kg baru. husband di subang. family mertua di batang kali. ye, kami berdua travel pagi2 berpisah sbb masing2 kerja di tempat yg berbeza. sangattttttttt -_-

6.30 pg wajb keluar rumah, kalau lambat sikit, bersiap2lah kamu utk lebih sabarrrrrr di selayang ke jalan kuching -_- sampai opis 8.15 ke 8.30 pg. sobsobs. kalaulah smbil drve tu blh iron2 baju mesti aku dh blh buat stok baju p kerja sampai seminggu kan? *imaginasimelampau*

blk kerja 5.25 ptg aku dh tggu kat tempat nk punch out. harus! lps akk cleaner touch je aku akn jadi org kedua yg touch utk punch out. takde sape blh touch out sebelum aku. muahaha. harus terus drive blk rumah and sampai rumah mesti around 7 pm kalau tak jem melampau. kalau jem melampau blh drag hingga ke 7.30 pm -_- sampai je rumah mesti flat habis. sbb harung jem satu lepastu ikut jln ulu yam- sungai tua membuatkan aku lebih flat sbb penat main selekoh turun naik bukit. sape yg pernah lalu situ mesti blh  bayangkan apa yg aku tgh cerita ni. sobsobs

tapi alhamdulillah, family mertua sgt suportive. membantu aku dr segi penyediaan makanan. hihi. kalau menantu diorg ni sampai rumah and mak mertua tgh masak aku akan tlg jgk sikit2. tp selalunya bila aku balik semua dh siap. so aku just tlg bila nk mkn dgn dh habis makan jelah kan. kerja2 rumah yg lain mana yg aku sempat buat aku akn buat. sbb selalunya semua mak mertua dh buat bila aku dh blk kerja -_-

then lepas mkn tu rehat brg sengah jam ke sejam aku terus pengsan. ye pengsan. jarang lps mkn aku dpt duduk lama2 depan tv and borak2 sbb aku orgnya jenis tido awal. laaaagilah bila kena bgn awl2 pg kan. so korang2 jgn terkejut tau kalau jumpa aku kat luar nmpk aku gemokss comel yg amat sbb aktiviti sihat aku skrg iaitu lps mkn ialah tido -_- suami pun kena tggl luar tgk tv dgn family dia sbb mata aku mmg takblh thn dah. org kata, rahsia rumahtangga ialah tunggu suami tido dulu baru isteri tido kan ataupun tido sama2 *tidur ok tidur je,jgn pikir yg bukan2 tau*  tetapi aku tidak dpt mempraktikkan perkara tersebut. maaf suami. lgpun dia jenis yg suka tgk tv mlm2. nasiblah kan. hehe dan esoknya bermulalah rutin harian seperti biasa sehinggalah jumaat. and yeayyyyy! esok sabtu dan ahad! takyah bgn pg2 nk p kerja. hey! hey! hey! hooooyeahhh!

perbezaan selepas berkahwin? blh thn berubah jgklah rutin harian kita kan. yelah sebelum ni duduk sorang2 rumah sewa pulak tu. so mmglah blh buat sesuka hati kan. taknak mandi lps kerja pun apa ada hal? bukan org tau pun. hahaha. tp dh lepas kahwin ni, suami kena jaga. makan minum dia, pakaian dia. tempat tinggal kita. lagilah kalau duduk dgn mertua, takkan ko nak sepah2 brg kan? maka nya faham2 sendirilah :)

aiyoyoyoo..panjangnya membebel. dh lama tak menulis mcmnilah. kalau sesapa yg berjaya membaca sampai habis, tahniah sy ucapkan pd anda! ;p

meh tepek sikit gmbr kitorg 1st time p kenduri as husband and wife. excited sbnrnya ni. 1st sbb 1st time pergi as husband and wife kan. 2nd sbb kedua2 pengantin ni ialah kwn satu sekolah aku yg mana aku yg kenenkan diorg sampai diorg berkahwin. bak kata pengantin aku ni bunga telangkai diorg a.k.a mak ayam diorg. hampeh monie -_-


pengantin baru vs pengantin tak berapa nk baru


us :)
*terasa mcm makcik2 bila tgk diri sendiri*

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 6 June 2013

1 bulan 3 hari

Assalamualaikum & hye semua! :)

Alhamdulillah.. dah sebulan 3 hari rupanya kami.

masih baru lg. cabaran nya pun sikit lgi. masih banyakkkkk lagi masa utk kami menempuh hidup berumahtangga ni. insyaAllah.

mudah2an perkahwinan yang kami bina ini berkekalan hingga ke syurga kelak..amin :)

sebelum



selepas :)


Alhamdulillah :)


 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 29 May 2013

update.

Assalamualaikum & hye semua! :)

byk benda rasa nk cerita tp taktau nk cerita apa . my bad :|






rasa mcm nk tnya korang sesuatu. nk mintak pendapat mungkin?


mcmni cerita dia, si A meniaga online. buat brg2 kraf dan DIY. dia belajar buat benda2 ni semua dgn usaha sendiri. google dan youtube sahaja, mula2 dia biasa2 je. biasalah org baru nk stat bisnes kan.. dan lama kelamaan perniagaan dia semakin maju. bermula dr kecil2 an dan sekarang alhamdulillah nampak peningkatan di situ. dia jual through fb sendiri and page dia.

persoalannya, ada yg mula merisik beliau bertanya ttg bagaimana mahu  membuat brg2 kraf dan DIY tersebut, beli di mana dan sebagainya. jika anda menjadi beliau, apakah yg anda akan lakukan?

thkns korang! :D


 ~kisah hati cikCT~

Friday 17 May 2013

wedding review#1 : kad kahwin oh kad kahwin. DIY?

Assalamualaikum & hye semua! :)

hati ni memberontak nk update blog tp malas ni kan dia jahat tau. jahat giler. hari2 aku  bukak blog sendiri pastu bw dgn blogger2 lain tp udate nya idok.. nk tggl komen dkt blog diorg pun mls. acaner tu? jdk silent reader jelah kita ^_^

benda yg paling senang kita review dulu ialah KAD KAHWIN! :)

sblm majlis aku ada cerita sikit pasal kad kahwin aku ni. ada 2 version sbnrnya. satu full version utk dua belah pihak dan satu lg version utk 1 sided je yg di DIY oleh tgn kayu ni.

tp yg paling penting ialah design kad kahwin tu. mmg taklah kan aku nk buat sendiri. setakat nk buat besday kad tu mmg lepas tp nk b uat kad kahwin? takut jadik memo suruh pggl org dtg kenduri kahwin je kang =_=

penyelesaiannya ialahhhhhh IEDA! yeayy IEDA. kenal IEDA ni dekat cikmah eh silap Puan Mah. dia order dgn IEDA so aku pun laju jelah order dgn dia. mintak dia buatkan kad utk dua belah pihak. aku just bg warna dan peta yg dilukis dgn tangan atas kertas kemudian scan dan attach pd IEDA melalui email. hebat kan teknologi skrg :) dan hasilnya? mmg superb! cantik design yg IEDA buat. simple and comel! itu yg penting . hehe

nk tgk hasilnya? boleh tgk sini.. malas nk upload gmbr lg :p

dan aku pun ada kad single yg di copy paste dan edit dgn design IEDA. thnks IEDA! :) contoh pun blh tgk kat link sini. hehe . kalau perasan kad yg gambr misai dgn mulut tu yg didesign sndiri oleh aku, yg belah dlm dia amik design IEDA je :p

untuk sampul surat pun sama. mana yg aku hntr by  hand akn dpt sampul yg bercorak tp kalau pos, kosong je. tak sggup nk byr setem mahal 20 sen dr biasa. hahaha. contoh nya blh tgk kat situ jugak ye :p

rasanya tu je kot yg blh direview psl kad kahwin? nk cerita psl vendor takde. IEDA lah vendor ku . hi hi kerja dgn ieda? mmg bestttt! b2b yg ras ank DIY blh contact dia. ieda pun ada buat printing sekali tau :)


kad kahwin ku yg diupload kwn di fb setelah menerimanya :)

 ~kisah hati cikCT~

Monday 13 May 2013

10 days ! alhamdulillah :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

rasa mcm laaaaaaaama sgt dah tak mengarut kat blog cikCT ni kan. insyaAllah aku akn cuba update selalu and review majlis satu persatu ye :)

buat masa skrg ni update gambar dulu yg diambil dr fb sendiri. thnks utk semua yg menjayakan walimatulurus saya :)













 ~kisah hati cikCT~

Sunday 12 May 2013

Walimatulurus Siti Noorhaniza & Hazriq

Assalamualaikum & hye semua! :)  *sticky post*

Dengan rasa merendah diri dan penuh rasa kesyukuran saya, cikCT ingin menjemput rakan rakan blogger samada yang kenal atau pun tidak untuk meraikan majlis perkahwinan saya pada:

PEREMPUAN (4 MEI 2013) , JASIN MELAKA




LELAKI (25 MEI 2013), BATANG KALI, SELANGOR



Kepada rakan2 blogger yang nak kad, boleh tinggalkan alamat di ruangan komen. Saya sangat berbesar hati kalau korang dapat hadir untuk memeriahkan hari bahagia saya ini :)

Wednesday 10 April 2013

WW : chit chat with air asia

Assalamualaikum & hye semua! :)



tanjat iols kena tegur suruh guna small capital letters. tapi mmg aku tgh hangin pun sbnrnya. dr semalam tunggu nk chit chat tak dpt2. pastu td tggu dlm sejam jugaklah baru dpt chat dgn customer service. english aku mmg berterabur dah lah sbb tgh marah kan. kejap bahasa melayu kejap english bersepah. gasaklah. yg penting diorg faham. so aku menunggu sehingga seminggu selewat2nya. kalau tak dpt respon jugak, iols akan mengamuk di Facebook mereka pulak. chaiyookk cikCT!

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Monday 8 April 2013

wed prep #5 :TEASER lagi

Assalamualaikum & hye semua! :)



ciktie wasup aku gambo ni. katanya teaser. pastu aku tnyalah ni teaser apa? mcmna aku nk cerita kalau aku taktau dia mcmna. pastu ciktie jawab,

"dah kata teaser..ckp je teaser attire nikah. apalah ko ni "

T_T

aku pun taktau mcmna ghupa baju nikah aku ni. yg aku tau, mggu lps aku p umah dia hntr baju kurung moden satin kosong. tggu jelah dia siapkan semua termasuk shawl and veil baru dia bg full version. debor pulak aku nk nunggu ni!

p/s:

1.cikite ni mmg buat dari zmn tunang lg dia buatkan tudung dgn veil aku. nk tempah dgn dia? boleh sajork :D

2.ciktie ni jugaklah yg tlg menyudahkan pearl hb aku tu. mcm2 jenis hb dh dia buat. bolehlah jenguk2 kat fb (Handbouquet Ibtisam) dia kalau rasa nk cuba hasil air tgn dia ^_^

3. 25 days to go bersamaan 3 kali Jumaat lagi. @ @

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Saturday 6 April 2013

1st GIVEAWAY from page HandBouquet-Ibtisam !

Assalamualaikum & hye semua! :)

thnksssss korang semua yg bg komen! rasa terubat sikit lara dihatiku yg LARAAAA ni. T_T
ramaii yg suh bakooo butik tu. tapi aku takut tak dpt kawen lak kang. ada yg bersanding dlm penjara nnt. hahaha. ok tak kelako. kemain SYA kan? siap suh carik keyword by Boolean bagai semua tu.. mentang2lah LIBRARIAN kannnn :p

sampai sekarang aku stil BLUR lg. pasal butik yg cancel last minit tu. keesokan harinya kau ada gakj p satu butik kat Melaka tu. siap dh letak depo RM150 lg. dh pilih baju semua lah. taaaaaaaaaapi, tetiba rasa mcm baju tu tak cantik meletop pulak. HAHA. sengal betul aku ni. so skrg ni stil duk survey butik2 area KL ni kot ada yg dpt RM500 sepasang ke kan?

giler melalut cite pembukaan ko cikCT. ni aku nk ajak korang join GA by mybff aka my wedding planer. fuyyyoooo.. wedding planner lah sgt :0

~1st GIVEAWAY from page HandBouquet-Ibtisam ~




cara-cara nk menang? senang giler hoccayyyy!

1. Like page HANDBOUQUET-IBTISAM..
2. Share gambar GA di wall FB anda dan set as public supaya ciktie mudah tengok walaupun bukan friend..
3. Tinggalkan comment di bawah gambar GA...
"SAYA NAK!! Serta Nama penuh & tarikh majlis anda"
4. Dan jika sesiapa BLOGGER, bole share kt blog post dan serta kan sekali link post tersebut di ruangan komen 
gambar GA... Satu credit untuk blogger...


Just it!!

** 1st GA ini dibuka kepada bride-to-be yang mjlis nya pd bulan June 2013 dan ke atas, tahun depan pun boleh join..
** 2 orang pemenang akan dipilih dgn membuat cabutan undi oleh cik asben...
** Pemenang akan menerima satu jenis HandBouquet (Pearl/Felt/Satin) & 10 corsage brooch untuk mjlis anda mengikut citarasa dan tema anda..
** GA ini berlangsung sehingga tiba hari ulangtahun pernikahan kami iaitu 13/4/13 jam1200am...
** Comment pada 
gambar GA selepas waktu itu tidak dikira...

** GA ini berlangsung di FB ye para blooger sekalian... kalo letak link kt bawah post ni, kene jgk letak kat sini gambar GA

Senang kan? 


So, apa lagi. marilah kita beramai2 join GA ni. mana tau rezeki korang nk dpt HB free :D


~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Tuesday 2 April 2013

speechless!

Assalamualaikum & hye semua! :)






~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Sunday 31 March 2013

terima kasih :)

Assalamualaikum & hye semua! :)




Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu
Ku berubah hidup kini
Penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai

Setiap ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


:)

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Friday 29 March 2013

background lagu

Assalamualaikum & hye semua! :)

korang,

sori tau kalau korang bukak blog aku pastu dengar lagu bising mcmni.
sebab tetiba je aku rasa mcm nak letak lagu pulak kat blog
sebab skrg tgh tiba2 gila pulak dgn lagu ni.
so bolehlah dgr berulang2 kan.hehe

nanti aku dh  bosan , aku buang balik ea lagu ni?

:)


~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

header baru

Assalamualaikum & hye semua! :)

please cakap comel pleaseeeeeee. hahaha



~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Thursday 28 March 2013

perihal kad kahwin

Assalamualaikum & hye semua! :)


Wedding Countdown Ticker


dah tgk teaser? rasa mcm kelakor lah pulak ber teaser2 bagai . hihi.

act gmbr teaser tu mmg fresh from oven. sbb time tu (isnin) nak bg ayah kad kawen. nak blk kampung johor katanya minggu ni.. so dia nak bwk kad blk kampung bg kat sedara mara. tp disebabkan anak dia yg super duper suka giler buat keje last minit, so isnin tu jugaklah baru aku beria print bagai dan terus bg pada ayah dlm pukul 3 petang mcmtu.

utk kad yg aku bg kat ayah tu ada 2 sided. satu utk belah perempuan dan satu utk belah lelaki. sbb dah mmg tempah design dgn IEDA utk dua belah pihak . *thnx IEDA! best tau bekerjasama dgn dia ni. rajin melayan kerenah customer byk songeh mcm aku ni :) * tapi tiba2 je aku rasa mcm ada idea lain. since majlis belah lelaki dan perempuan agak jauh gap nya, rasa mcm tak berbaloi pulak nk print sampai dua2 belah kan. tup2 terus ada idea nk buat kad lain dan dgn cara yang leeeeeeeeebihhhhhh jimaaattt.




*sbb org kampung tak kenal saya siapa, so haruslah letak nama mak ayah sekali kat sampul surat tu*


ptg tu jgk aku download photoshop online.. amik yg trial je utk 30 hari. esoknya baru siap download. so dgn sepenuh keringat dan tenaga, mula lah sy mengasah bakat yg mmg tak pernah ada ni utk meng cut paste dan sebagainya berbekalkan design yg ieda bg. dan pada keesokan harinya, akhirnyaaaaa, ia nya siap!



very the cut cost ini kad. kita buat depan belakang so dptlah sekeping. maka nya, rakan2 di alam maya sekalian, kalau nk kad nnt bgtau nk kad utk belah perempuan sahaja atau kedua2 belah ye? nnt aku print yg mana korang nak. hebat tak aku ada berbagai2 jenis kad kawen? HAHAHA

p/s: mgkin aku akn buat 1 entri melekat khas utk jemputan kad kot? nk buat skrg rasa mcm awal lagi lah pulak ;p

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Wednesday 27 March 2013

WW : si comot

Assalamualaikum & hye semua! :)



tahun 2011 rasanya ni.. giler comot masing2! haha


~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Monday 25 March 2013

wed prep 4# : TEASER

Assalamualaikum & hye semua! :)




~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Tuesday 19 March 2013

44 hari

Assalamualaikum & hye semua! :)


bosan duk menghadap PC je. pastu tgn pun menggatal cek kat kalendar kira tinggal berapa hari je nak menuju ke hari 'itu'

44 HARI!






aaaaaaaaaaaaaaaaaa! gelabah ayam! asal tetiba je tinggal 44 hari ni? biar betul wehh. borang nikah tak isi lg. ni semua mamat tu punya pasal lah. lambat nau nk isi. susah sgt ke weh nak isi borang nikah utk belah lelaki ni? pelik betul aku. manjang je nak gaduh bila ckp pasal hal nikah kahwin ni.

yg paling best, KAD KAHWIN pun tak buat lagi. ini semua salah mamat tu jgk! org nk buat kad belah perempuan je tak bg pulak. sibuk nau nak buat kad sekali tp details lmbt bagi. sudahnya, semalam petang baru dpt bg maklumat kat IEDA, hopefully sempat lah siap by end of this week. sbb ayah dah bising mintak kad kahwin. nak bg kat org kampung katanya. kalau kampung kat melaka takpe gak,. ni ayah nak hantar balik ke JOHOR. tu yg kena siapkan kad awal. sobs sobs T_T





p/s: pasal OV tu ramai gak yg interested kan. aku tak dpt diskus lg budak tu. nk tnya lg dia lebih detail. so blh lah explain lebih2 kat korang2 yg cantik nnt :D

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~