the bloggers !

Sunday 31 March 2013

terima kasih :)

Assalamualaikum & hye semua! :)




Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu
Ku berubah hidup kini
Penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri
Amat ku hargai

Setiap ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


:)

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Friday 29 March 2013

background lagu

Assalamualaikum & hye semua! :)

korang,

sori tau kalau korang bukak blog aku pastu dengar lagu bising mcmni.
sebab tetiba je aku rasa mcm nak letak lagu pulak kat blog
sebab skrg tgh tiba2 gila pulak dgn lagu ni.
so bolehlah dgr berulang2 kan.hehe

nanti aku dh  bosan , aku buang balik ea lagu ni?

:)


~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

header baru

Assalamualaikum & hye semua! :)

please cakap comel pleaseeeeeee. hahaha



~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Thursday 28 March 2013

perihal kad kahwin

Assalamualaikum & hye semua! :)


Wedding Countdown Ticker


dah tgk teaser? rasa mcm kelakor lah pulak ber teaser2 bagai . hihi.

act gmbr teaser tu mmg fresh from oven. sbb time tu (isnin) nak bg ayah kad kawen. nak blk kampung johor katanya minggu ni.. so dia nak bwk kad blk kampung bg kat sedara mara. tp disebabkan anak dia yg super duper suka giler buat keje last minit, so isnin tu jugaklah baru aku beria print bagai dan terus bg pada ayah dlm pukul 3 petang mcmtu.

utk kad yg aku bg kat ayah tu ada 2 sided. satu utk belah perempuan dan satu utk belah lelaki. sbb dah mmg tempah design dgn IEDA utk dua belah pihak . *thnx IEDA! best tau bekerjasama dgn dia ni. rajin melayan kerenah customer byk songeh mcm aku ni :) * tapi tiba2 je aku rasa mcm ada idea lain. since majlis belah lelaki dan perempuan agak jauh gap nya, rasa mcm tak berbaloi pulak nk print sampai dua2 belah kan. tup2 terus ada idea nk buat kad lain dan dgn cara yang leeeeeeeeebihhhhhh jimaaattt.




*sbb org kampung tak kenal saya siapa, so haruslah letak nama mak ayah sekali kat sampul surat tu*


ptg tu jgk aku download photoshop online.. amik yg trial je utk 30 hari. esoknya baru siap download. so dgn sepenuh keringat dan tenaga, mula lah sy mengasah bakat yg mmg tak pernah ada ni utk meng cut paste dan sebagainya berbekalkan design yg ieda bg. dan pada keesokan harinya, akhirnyaaaaa, ia nya siap!



very the cut cost ini kad. kita buat depan belakang so dptlah sekeping. maka nya, rakan2 di alam maya sekalian, kalau nk kad nnt bgtau nk kad utk belah perempuan sahaja atau kedua2 belah ye? nnt aku print yg mana korang nak. hebat tak aku ada berbagai2 jenis kad kawen? HAHAHA

p/s: mgkin aku akn buat 1 entri melekat khas utk jemputan kad kot? nk buat skrg rasa mcm awal lagi lah pulak ;p

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Wednesday 27 March 2013

WW : si comot

Assalamualaikum & hye semua! :)



tahun 2011 rasanya ni.. giler comot masing2! haha


~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Monday 25 March 2013

wed prep 4# : TEASER

Assalamualaikum & hye semua! :)




~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Tuesday 19 March 2013

44 hari

Assalamualaikum & hye semua! :)


bosan duk menghadap PC je. pastu tgn pun menggatal cek kat kalendar kira tinggal berapa hari je nak menuju ke hari 'itu'

44 HARI!






aaaaaaaaaaaaaaaaaa! gelabah ayam! asal tetiba je tinggal 44 hari ni? biar betul wehh. borang nikah tak isi lg. ni semua mamat tu punya pasal lah. lambat nau nk isi. susah sgt ke weh nak isi borang nikah utk belah lelaki ni? pelik betul aku. manjang je nak gaduh bila ckp pasal hal nikah kahwin ni.

yg paling best, KAD KAHWIN pun tak buat lagi. ini semua salah mamat tu jgk! org nk buat kad belah perempuan je tak bg pulak. sibuk nau nak buat kad sekali tp details lmbt bagi. sudahnya, semalam petang baru dpt bg maklumat kat IEDA, hopefully sempat lah siap by end of this week. sbb ayah dah bising mintak kad kahwin. nak bg kat org kampung katanya. kalau kampung kat melaka takpe gak,. ni ayah nak hantar balik ke JOHOR. tu yg kena siapkan kad awal. sobs sobs T_T





p/s: pasal OV tu ramai gak yg interested kan. aku tak dpt diskus lg budak tu. nk tnya lg dia lebih detail. so blh lah explain lebih2 kat korang2 yg cantik nnt :D

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Friday 15 March 2013

masih mencari videografer dgn harga yg rendah? saya ada jawapan nya! :D

Assalamualaikum & hye semua! :)

sahabat sekalian di alam mayaaaaa.

anyone yg masih mencari OV?

kalau sape2 interested dgn kerja dia ni, just tell me. 

insyaAllah harga dia sgt reasonable!

bdk ni newbie, mmg baru sgt2 . 

tp dgn harga dan hasil yg dia bg , rasanya berbaloi baloi baloi kot :)


antara contoh yg dia buat;


Majlis Perkahwinan Abul & Ain (Highlights) 

WalimatulUrus Haider & Ayu (Highlights)  



p/s: dont forget to mention my name.hihi
      email me at siti_noorhaniza@yahoo.com



~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Wednesday 13 March 2013

kosong

Assalamualaikum & hye semua! :)














kosong























kosong


























kosong

































kosong

























arghhhhhhhhhhhhh

 T_T






~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Friday 8 March 2013

pasrah

Assalamualaikum & hye semua! :)


 -_-

~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinan ku Ya Allah. Aminn~

Thursday 7 March 2013

Pearl handbouquet: cerita sebenar disebalik pembikinan

Assalamualaikum & hye semua! :)

curlass tak tajuk entri tu? haha. meh sini meh..nak cerita di sebalik pembikinan pearl hb yg merah menyala mak ngah tu..

AMARAN: ENTRI NI PANJAAANG CERITA NYA

sebenarnya pearl hb ni mmg list pertama yg aku nak DIY. alhamdulillah berjaya jgk membuatnya walaupun sbnrnya bukan fully DIY oleh aku. rasanya semua org dah tau kot cara - cara pembuatan pearl hb ni. kalau taktau silalah menggoogle kerana banyaaaaakk sgt dah org but tuto pasal benda ni. tapi I is malas nak tulis panjang2..haha. selamat menggoogle lah ye :)

back to topic ye, sbnrnya aku dah duk gentel dah mende pearl ni kat opis. adalah dlm 4 utas pearl . aku gentel guna dawai 28. mmg mudah dan pantas menggentel nya sbb dawai ni tersangatlah lembut. tutup mata pun blh siap dah.


ni cubaan pertama masa aku mula2 meenggentel. masa ni takde plan lg nk tmbh warna krim. pastuu kebetulan ada org pesan suh belikan pearl kan, so weekend tu aku p kenanga lagi. borong pearl byk2. 2 minggu berturut2 aku p kenanga masa tu,mcm tak percaya je. nasib baik nafsu nk shopping baju dh takde dah. kalau tak kompem bankrup lg haha




dah dpt pearl krim, apa lagi dgn pantasnya aku menyambung menggentel . so dptlah 2 kaler. tp sbb aku beli 1 utas je. so kaler krim tu tak bape nak naik kerana beliau telah ditenggelami oleh 3 utas pearl merah.


masa ni aku dah hbs gentel dah. rasanya dlm 300 pearl jgklah kot? sbb aku pakai 4 utas pearl. tetaaaaaapi ada masalah sikit. mgkn dlm gambar tak nmpk.. sbnrnya, masa ni pearl ni asiklah terliuk lentuk. susah bebno nak menegakkan nya. almaklumlah , pakai dawai 28 kan. dah tangkainya lembut, dia pun takdelah berdiri tegak kan. aku wasup CIKTIE, kwn aku yg rajin terer giler cantik dan kreatif tangannya . bg gambo bunga ni. dia terus jwb, TAK CANTIK. uwaaaa..sentap mak nak. gegeh aku berusaha membuatnya, blh lah pulak makcik tu kata tak cantik. tp mmg betul pun. sbb housemate aku pun kata tak cantik. sbb susunan pearl dia berterabur. sbb dia tak tegak plus meliuk lentuk je kan. takpe2, aku pasrah. CIKTIE kata blk melaka bwk hb ni p rumah dia. nnt dia touch up.

kebetulan mggu tu aku blk mlk. esok tu terus p rumah dia bwk menatang ni. dia pun tak puas hati tgk mende ni kan. terus dia ckp. "ko bukak blk semua yg ko dah buat ni. pastu kita pakai dawai 22. kau bukak, aku gentel balik" ,masa dia ckp mcmtu, aku dah WHATTTT? gila ke nak suh bukak balik. aku ni buat dgn sepenuh hati dan perasaan kot. dahlah TIGA RATUS pearl aku dh gentel pastu ko nak suruh aku bukak balik lak kan. TETAPI, disebabkan aku nak hb ni cantik. dgn KETERPAKSAAN hati aku pun mengopek semula pearl2 ini dan mengeentel semula bersama beliau..sobs sobs.

selesai menggentel kesemua pearl dgn menggunakan dawai 22, akhirnya pearl tersebut berjaya berdiri dgn tegak dan cantiknya. dan oleh kerana aku tak blh duduk lama2 rumah dia, aku pun meninggalkan HB ini di rumah beliau dgn jaminan beliau yg HB ni aku blh amik esok kat rumah dia.

dan esoknya, aku kembali semula ke rumah beliau dan taaraaaaaaa! inilah hasilnya :)



*aku pinjam gambo ko ye timah.hehe*

 terima kasih CIKTIE kerana menyudahkan HB aku yg tantek ni. collar dan pemegang ni CIKTIE yg buat semuanya. so, jgn tanya aku mcmna nak buat sbb aku memaaaaaaang taktau. haha.

p/s:

1. CIKTIE skrg dah open order. harga ? aku rasa MURAH dah kot :)
2. size pearl yg aku guna ni yg 10mm. tp rasanya pakai yg 8mm pun dah blh dah kot sbb tgk ramai je yg guna 8mm.aku tak google masa tu so aku terguna yg 10mm.

 
~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinanku Ya Allah. Aminn~

Wednesday 6 March 2013

Tuesday 5 March 2013

macam2 cerita.

Assalamualaikum & hye semua! :)

alhamdulillah...dah  masuk minggu pertama Mac kan bulan ni?semua brides Mac, selamat pengantin baru again to uols! sy mendoakan perkahwinan anda semua berkekalan hingga ke syurga kelak..aminn :)

selamat pengantin baru utk AWIN! sory AWIN tak dpt attend wedding kamu..walaupun kamu bg kad pd kita by hand tp kita tak dpt menghadirkan diri kerana ibu di kampung suruh pulang membuat persiapan perkahwinan..tahniah AWIN!

di kesempatan ini juga, sy meminta bantuan sahabat2 sekalian untuk mendoakan kesihatan ank kwn sy..skrg beliau sedang menunggu panggilan dari IJN utk dibedah..doakan supaya beliau dipermudahkan utk mendapat tarikh ye..terima kasih kawan2 ..



SHARED from FB FYNN JAMAL,


comel, kan?
maasyaAllah.

kawan2,
nama si cantik ini--
fatihah aisyah binti faizul,
55 hari usianya.

atas taqdir tuhan, dia dilahirkan dengan cardiac tumor.
ketumbuhan dalam jantung.
dalam cuma 2 minggu,
tumor tadi membesar dari 1.2cm menjadi 1.4cm.

si cantik ini tidak memerlukan bantuan duit ringgit.
mungkin belum lagi.
saya meletakkan gambar dia di sini pun demi meminta ihsan kita ramai2 sama2 mendoakan dia.
bondanya sebolehnya mahu gagah sendiri.
tapi kawan2nya tahu dia perlukan doa2 kita.

mereka masih menunggu rezeki dibagi peluang mendapat tarikh.
aku sangat mengerti debar menanti tarikh.
menunggu untuk mendapat peluang untuk berikhtiar.

sudikanlah membagi 2 minit kalian.
untuk malaikat kecil ini,
fatihah aisyah binti faizul,
al-faatihah.

rabbi yassir walaa tu'assir.
rabbi tammim bilkhair.

tuhan,
temankan dia selalu,
titahkan makhlukmu menjaganya,
peluangkan dia merasa nyawa selama daya.

innallaah--
paling penuh kasih.




 ~kisah hati cikCT~

Friday 1 March 2013

mihmihmih :)

Assalamualaikum & hye semua! :)



saje je ngada nak letak..:)
dah nak masuk bulan 3 ni dah kena tukar gear cepat sikit dah
go cikCT go!

for brides MARCH, selamat pengantin baru dear :)
saya mendoakan perkahwinan anda semua berjalan dgn lancar.
berikut antara perantin2 MARCH yg update dlm grup BRIDES 2013;


MAC

  1. 16 March 2013 -  Teha, di rumah@klang, selangor:)
  2. 2 March 2013-  Scha Nur, Ixora Hotel, Seberang Jaya Penang
  3. 2 March 2013 -  Mila, Dewan Kampo, IYC, Bandar Tun Razak, Cheras =)
  4. 2 March 2013 - wani, Dewan Kondominium Mutiara, Bandar perda Bukit mertajam :)
  5. 23 March - Iryani Rahman, Dewan Kuarters Kastam, bkt Gelugor,Penang
  6. 23 March - Aqilah Azman, Taman Melawati (Reception 1)
  7. 24 March 2013 - Shuhadah Zainol, Dewan Tapak Expo Seberang Jaya, Penang.
  8. 24 March 2013- Aqilah Azman, Ipoh (Bertandang)
  9. 24 March 2013 - Akmar, Bintulu, Sarawak (Bertandang)
  10. 1 & 2 March 2013 - Natasha Shariff, Cheras Perdana, Selangor.
  11. 16&17 March 2013-Fatin Bahirah, Dewan Pengaman Pulapol, Kuala Lumpur.
  12. 31 Mac 2013 - Miyoko suki (siti ernee aka titin), dewan LPPKP, Penang
  13. 23 mac 2012 - Sharifah Syahirah - dwn smk seremban 2, n9.
  14. 23 Mac 2012- Ellyana Johari- Muar, Johor
  15. 15 & 17 March 2013 - Fyka ,rumah Bukit Mertajam, Penang.
  16. 1 & 2 March 2013 -Cik Qalee-, Sabak Bernam, Selangor. (Nikah & Sanding)


selamat pengantin baru uols!

 ~kisah hati cikCT~