Assalamualaikum & hye semua! :)
topik kita pada hari ini ialah mulut. pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. kerana mulut juga perut merana. kerana melalui mulut kita akn mkn bermacam2 maka meranalah perut kerana kebuncitan dan kegemukan melampau.
puitis tak introduction entri aku arini :p
sebenanrya nak update pasal pengalaman 10w, 12w dan D&C tapi takdak mood lagi nk mengarang ayat. so kita cita benda lain dulu lah ye.
baru2 ni aku perasan kat fb. ada kawan yg meluahkan perasaan. sbb terlalu penat menjawab soalan yg dia sendiri tak tau jawapan nya apa. ye, pasal anak. aku pun tak paham mulut manusia. apatah lg yg bertanyakan soalan itu ialah seorang kawan. kalau soalan nya penuh adab susila mgkn kita blh terima lagi. tp kalau soalannya diselang selikan dgn ayat menghiris hati dan perasaan, bukankah soalan itu akn merobek hancur hati pada si penjawab soalan? aduhai. mulut oh mulut. apa korang ingat kita ni tak nak anak sendiri ke? aiyoo.setiap yg berkahwin mestilah nak anak wehh. tp janganlah ditanya bila nak dpt anak =_=
bila dah kawen, org akn tanya bila nk ada anak? bila dah pregnant lpstu kandungan tak menjadi dan terpaksa digugurkan, org tnya pulak kenapa gugur? bila dah cuci kandungan ditanya pulak soklan SAKIT TAK CUCI? wehhhhh. soalan apa yg ko tanya ni???
hanya kerana aku ni tak beranak kan budak, tak bermaksud cuci tu tak sakit. mmg lah masa cuci tu tak rasa apa sbb kena bius tp kesan lepas cuci tu. ko ingt mcm cuci luka je ke. aku taknak lah compare rasa sakit bersalin dgn sakit cuci. masing2 ada sakit yg tersendiri. tp org yg terpaksa mencuci kandungan ni diibaratkan memetik buah yg belum masak. kena PAKSA untuk dikeluarkan. agak2 rasa dia mcmna?
lepastu soalan MCMANA BOLEH GUGUR. kalau tnya elok2 ye, kita blh jwb dgn hati terbuka. tp bila ko tnya soalan mcmni:
penyoal: mcmna boleh gugur? ko jatuh ke? makan benda tajam ke? ko buat kerja berat ke?
tanya soalan yg dgn jawapan ko sendiri bertubi-tubi . agak2si penjawab soalan tu rasa apa? adoi..aku takdelah marah pun kalau org tnya aku kenapa blh gugur. serius tak marah. tp kalau soalan yg ditanya tu Ya Allah, mungkin blh proper sikit kot . setiap ibu mesti nakkan yg terbaik utk kandungan dia kan :)
lega rasa dpt membebel kat blog. sbb kalau aku membebel kat fb kang laaaaaaaaaaagi lah lain jadi nya. kadang2 rasa mcm menyesal pulak bgtau kat fb yg kandungan aku terpaksa digugurkan. rasa mcm baik lah org taktau aku mengandung drpd org tau aku mengandung tp tak jadi mengandung lak tetiba. sbb selama ni diorg taktau pun aku ni mengandung. yg tau pun tak ramai. tulah GATAI nau p cerita kat fb sape suruh. pastu duk membebel bengang sendiri bila org tnya mcmna blh gugur :p
~kisah hati cikCT~
16 comments:
sabar je..insya allah ada rezeki....kpd yg suka bertanya tu pun sebenarnya dia ambil berat cumanya cara soalan ditanya tu rasa cam nak lempang..eh..eh..saya lak naik seh..boleh??
sbb tu saila tak pernah nak bagitahu apa2 hal peribadi dkt FB..nak tulis status aktiviti ke perasaan lagi la taknak. sbb yg saila perasan, org2 kat FB tak macam org2 kat blog. diorang macam suka cerita2 hot pastu judge kita. dekat blog ni saila rasa selesa nak bercerita, sbb dah nama pun blog kan.. byk kita tulis, lebih sikit fahaman org. kat status tu takkan nak tulis mcm blog..hehehe! lebih menyedihkan kalau kwn sendiri suka amek tahu hal kita pastu judge, pastu cebik, pastu dah. huhu!
kuat semangat yong...
sabo..sabo...
huhuhu
sbr ye sayang...mulut org mmg begitu....awin pun, tak suka sgt post pape kt fb, mmg beza lah fb ngn blog...klu kat fb, org nk kondem je, klu kat blog, kita bnyk terima moral support kan...
Setuju ngan saila...kat blog lebih memahami..kat fb orng main suka2 je..geram pun ada..tu yg mls nk update fb sgt..yg penting2 je...free2 jemput join GA cik mah ye...
jom2,jom naik syeikh sesama dgn kita. hehe
btl tu saila.kita mmg tak bgtau kita prgnnt kat fb just ckp dh gugur je.tupun org ramai persoalkan kenapa gugur.adeii...lpsni mmg taubat lah k cte pape kat fb lg. serik den..
skrg aku dh kuat semangat dah,,yg masa memula aritu je.soklan mereka terasa menusuk kalbuku. tp kalau skrg org tnya pape soklan aku dah kebal dah. hehe
tau xpe. kalau kat fb tu mmg rasa mcm lagi menambahkan mslh dan beban di dada je. nasib baik ada blog.rasa mcm tenanggg je nk bercerita kan awin :)
lpsni kita mmg takde updae apa dh psl prgnnt or tak jd pregnnt cikmah. kang tau2 je dh kelaur bby. senang tutup mulut semua org. hihi. insyaAllah ada masa kita join ye cikmah. gud luck cikmah :)
sebab tu aku tak share kat fb time gugur dulu...haha sebab aku tak kuat nk hadap bnyk sgt orng tanya itu dan ini.......xpe stay strong ja,,i know your feelings...relax2 je k.Life goes with the flow, Allah akan bagi rezeki anak jugak nanti,...bnykan amalan,jaga makan, jgn stress sgt pasal anak ni..InshaALLAH rezeki akan tiba ...
hehehe..agree dgn ct..tau2 dah ada baby n dah habis pantang pun..hehe! saila harap saila mampu bt mcm tu..xyah nak reveal sangat..hehehe!
sakit ati kan dgn soalan2 yg mcm tu. aritu mse gugur, ingt lg member duk tnye mcm2, siap ckp "ala, sygnye npe x jge elok2"... sedih tau, mcm kita suka sgt gugur tu. Sabar tau ct, linda paham ape yg ct rasa. Insyaallah lepas ni ALLAH berikan rezeki lain. Banyakkn brdoa ;)
bgs tindakan ko tu as..aku ingtkan aku kuat n expect org2 kat fb tu memahami. tpnmpknya ada jgk yg "kurang' memahami. haha. takpelah, take it as lesson kan?
linda,
nasib kita takde org tnya knpa tak jaga elok2. kalau ada org tnya mm habislah org tu kena sembur blk dgn kita.haha. kdg2 soalan tu tak berapa senstitip. kita ni mak, takkan kita nk buat main2 pulak dgn kandungan kan? kalau Allah ckp yg tu bkn rezeki kita lg nk buat mcmna. kita dh cuba sehabis baik nk jaga dia kan :)
Post a Comment