the bloggers !

Monday, 25 July 2016

rungutan atau bebelan?

Assalamualaikum & hye semua! :)

its monday and payday!
hari gaji sebenarnya ialah hari untuk membayar hutang
jadi janganla seronok sgt bila dpt gaji tu
mohon terus bayar segala hutang piutang anda ye!

sebenarnya nk cerita pasal hari2 ku di hari bekerja
aku taktaula awat teruk nau
setiap hari tanpa miss mesti aku akn pergi kerja dalam keadaan kelam kabut
SETIAP HARI TANPA GAGAL

maksudnya setiap kali nak pg kerja mesti terkocoh kacah
kadang tu sampai tak sempat salam laki
tp anak wajib cium
kalau tak cium anak rasa tak complete
sanggup pg keje lambat kalau si kecik tu dh bgn dulu
tp tang salam laki sanggup jgk tak buat sbb dah lambat , HAHA

aku pun pelik kenapa mesti kelam kabut nk pg kerja HARI2
sedangkan dah tau dah apa yg patut dibuat
hari2 buat benda yg sama
bangun tido mesti pam lpstu siapkan botol susu gosok baju mandi semayang
tapi kenapa mesti kelam kabut jgk?
bila dah lambat tu mula lah bawak kereta macam pelesit
sendiri rasa nak marah sbb bwk kete laju2
padahal diri sendiri yg salah

lately ni sejak kena masak bubur hari2 laaaaagi la rushing
walaupun bgn 5 sengah pagi tetap bila 7 suku nk keluar rumah tu rasa terkocoh kacah
tak pernah lagi ada perasaan nk pg kerja tu dgn tenang
tak payah jalan laju2 nk pegi basement
TAK PERNAH
mesti akn kuar rumah laju2 jalan laju2 tekan lift laju2 lpstu jalan laju2 pg kereta
penat hoih

punch kad skrg pun cukup2 je masa
pernah punch 8.00 tepat
tp paling banyak ialah 7.57 7.58
tu nasib baik takde pape jadi dkt jalan
kalau kata ada exsiden ke otw nk ke keje kompem jalan jem
kalau jem exsiden mmg babai lah nk smpai keje on time
apatah lagi nk singgah beli bfast
selalu berangan tiap2 mlm sebelum tido
esok nak pg keje awal lah nk singgah beli bfast
tp selalunya ia hanyalah angan2 indah sahaja

jadi salah siapa sekarang?
salah masa sebab jalan cepat sangat?
salah kereta sbb byk sgt dkt jalan?
atau salah sebab tempat kerja jauh dari rumah?

harus jawapan dia SALAH SENDIRI.
padan muka.








 ~kisah hati cikCT~

Wednesday, 20 July 2016

Noah is Peterpan

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin pulak cikCT update blog
mungkin kerana hidupku sudah mula teratur
jadi masa untuk merapu di dalam blog pun dh mula teratur
echewahh

tgh buat tesis sebenrnya ni
sambil dgr kool fm
aku skrg ni layan kool fm
sbb lagu2 dia kena dgn jiwa2 zaman remaja dulu
so mmg hari2 layan kool

ok back to topic
tiba2 deejay ckp next song is from noah bla bla bla
aku mmg layan lagu noah ni sbb lagu dia kena dgn jiwa ku yang jiwang ini
biasalah org yg putus cinta dulu2 mmg layan lagu indon jiwang
dan rupanya baru ku tau
kumpulan noah is petepan yg dulu
diorg rebranding kot? mungkin ada ahli lama yg keluar atau ahli baru yg masuk
no wonder la aku minat lagu2 noah
sbb i is fan susah mati peterpan!
minat weh. lagu diorang mendayu2
sayuuuuuuuuu je dengar

aku taktaulah org mmg dh lama tau atau aku je yg baru tau
atau sebenarnya orang tak kesah pun noah ke peterpan
aku je yg over sampai buat entri pasal depa
HAHA


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday, 19 July 2016

Mimpi

Assalamualaikum & hye semua! :)


korang pernah tak dapat mimpi yang tak disangka2?
bagi aku kalau tiba2 mimpi dgn orang yg dah lamaaaa kita tak ingat, aku akn ada rasa pelik.
pelik kenapa tiba2 dia ni masuk dalam mimpi aku.
dan selalunya apa yang aku buat bila dpt mimpi orang tu aku akan stalk semula fb dia.
tengok dia hidup lagi ke tak.
pelik kan?

yang buat aku lagi rasa tak best ialah bila orang yg aku mimpi tu selalunya the ex'es.
haihlaaa
kenapa lah korang masuk dalam mimpi aku,
nanti tak pasal2 aku bangun tidur terus teringat kat dia.
padahal sebelum ni takde pun teringat2 kat dia.

lepastu orang cakaplah, orang cakap bukan aku yang cakap tau.
kalau kita mimpi orang tu maksudnya dia rindu atau teringat kat kita.
i is scary kalau tiba2 diorang rindu pada ku.
ouuchhh.


gambar takde kena mengena dgn tajuk

 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 14 July 2016

#throwback

Assalamualaikum & hye semua! :)


orang sibuk duk share gambar raya tapi i is sibuk nk throwback :p
tgh duk kemas2 hp tetiba ternampak gmbr lama masa membawa si zhareef nazhan dalam perut.
bila tgk blk gmbr2 lama Ya Allah kembangnya aku.
tak sangka blh sekembang gitu.
yg paling obvious ialah masa 9 bulan.
muka hidung kembang semangkuk.
alhamdulillah Allah bagi peluang dan rezeki untuk mengandung dan menjadi seorang ibu.

sape ntah amek gambar aku time ni. masa ni raya tgh pregnant 6 bulan kot :)


gambar pakai jubah ni masa tgh 9 bulan berapa hari ntah. tapi seingat aku kalau ikut due 12/11 lagi 3 hari rasanya. time ni adik ipar aku kawen. mmg sarat dah tp selamber je jalan ke hulu hilir bwk si kenit dlm perut.



gambar paling kenangan sbb gambar ni ialah mlm terakhir si zhareef dlm perut. tak silap gmbr ni amek dlm pukul 10 malam kot. pukul 5 pagi esok ketuban dah pecah :)





gambar pertama beliau selepas dimandikan. lain betul dari skrg. bwh dagu tu ada tisu sbb atok dia bg minum air zamzam dgn kurma lps dia lahir. tuyg alas tisu bwh dagu.


rasa macam nk sambung cerita bersalin dkt GMC aritu lah pulak. stay tuned!

 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 30 June 2016

Marriage life

Assalamualaikum & hye semua! :)


Alhamdulillah 3 tahun dah usia perkahwinan kitorang.
macam2 dah hadap. tapi baru 3 tahun baru sgt. belum habis kenal lagi hati budi masing2.
sbb nk mengenali pasangan kita ni bukan amek masa setahun atau 2 tahun tapi amek masa sehingga ke hujung perkahwinan Insyaallah.

hidup suami isteri ni ada turun naik nya. kadang2 melompat girang di kaki langit (hyperbola) kadang2 jatuh tergolek di bawah roda (hyperbola again).

yang penting, ikhlas. ye mmg setan tu selalu api2 kan kita. eh kenapa laki aku mcmni. eh kenapa bini aku buat gini? kalau blh sabar, sabar je. kalau dh tak blh sabar, sabar kan jgk lah lagik. kalau dh tak blh sabar kan jgk lagi mcmna? sabarrrrrrrrrrrrrrrrr sajork. haha. ok melalut.

apa benda yg aku nk tulis pun taktau sbnrnya. takde idea. tiba2 rasa nak menulis. rindu nk menulis nak membebel. tapi bila bukak blog sendiri terus taktau nak tulis apa. bukan apa sebab aku takut tertulis benda yang tak elok. negative vibes. sebab aku ni banyak nauuuuuuu negatip dari positipnya. tuyg sunyi sepi je blog.

nak cerita pasal si kenit tupun tak jadik. sbb aku suka cerita beserta gambar. tp semenjak kes pedophilia dah tersebar luas skrg ni aku jadi takut nk share apa2. ye, sbnrnya kes2 mcmni mmg dah terlalu lama ada dalam masyarakat cuma skrg baru byk pendedahan. aku pun taktaulah apa sebenarnya si pedo ni pikir. napsu dh overdose sangat ke sampai bebudak pun korang nak sebat? korang ada pikir tak kalau dulu2 masa korang kecik korang di pedo kan oleh org besar? ada pikir? kalau dh overdose nau napsu tu pg jelah cari pe****r. bersepah kat lorong2 gelap tu. dari korang meyeksa budak2. haish. ha tgk. dah melalut aku ni. tajuk marriage life tp content takdak. ni kalau pekse BM kompem takde markah karangan.

dah alang2 update blog ditambah dgn nak raya dah, marilah kita saling bermaafan. maafkan sy andaikata ada terkasar bahasa tersentapkan hati korang dalam blog ni (walaupun entri dlm blog adalah dlm 2 kali setahun).

Selamat Hari Raya korang!


 ~kisah hati cikCT~

Monday, 23 May 2016

no title.

Assalamualaikum & hye semua! :)


ibuuuuuuuuuuuuuuuu.
cepatlah sambung cerita bersalin kan zhareef.
kenapa ibu lambat nau nk habiskan cerita bersalin kan zhareef ni.




 ~kisah hati cikCT~