the bloggers !

Thursday 15 September 2016

Selamat Ulang Tahun dan Ulang Bulan Kekasih2 Hatiku!

Assalamualaikum & hye semua! :)


Nothing much to say
I LOVE U BOTH TO THE MOON AND BACK!

Nurul Hazriq bin Mokthar 
15 September 1985
31 yrs
Muhammad Zhareef Nazhan bin Nurul Hazriq
15 November 2015
10 month


From your love,
Siti Noorhaniza binti Hamdan


Monday 25 July 2016

rungutan atau bebelan?

Assalamualaikum & hye semua! :)

its monday and payday!
hari gaji sebenarnya ialah hari untuk membayar hutang
jadi janganla seronok sgt bila dpt gaji tu
mohon terus bayar segala hutang piutang anda ye!

sebenarnya nk cerita pasal hari2 ku di hari bekerja
aku taktaula awat teruk nau
setiap hari tanpa miss mesti aku akn pergi kerja dalam keadaan kelam kabut
SETIAP HARI TANPA GAGAL

maksudnya setiap kali nak pg kerja mesti terkocoh kacah
kadang tu sampai tak sempat salam laki
tp anak wajib cium
kalau tak cium anak rasa tak complete
sanggup pg keje lambat kalau si kecik tu dh bgn dulu
tp tang salam laki sanggup jgk tak buat sbb dah lambat , HAHA

aku pun pelik kenapa mesti kelam kabut nk pg kerja HARI2
sedangkan dah tau dah apa yg patut dibuat
hari2 buat benda yg sama
bangun tido mesti pam lpstu siapkan botol susu gosok baju mandi semayang
tapi kenapa mesti kelam kabut jgk?
bila dah lambat tu mula lah bawak kereta macam pelesit
sendiri rasa nak marah sbb bwk kete laju2
padahal diri sendiri yg salah

lately ni sejak kena masak bubur hari2 laaaaagi la rushing
walaupun bgn 5 sengah pagi tetap bila 7 suku nk keluar rumah tu rasa terkocoh kacah
tak pernah lagi ada perasaan nk pg kerja tu dgn tenang
tak payah jalan laju2 nk pegi basement
TAK PERNAH
mesti akn kuar rumah laju2 jalan laju2 tekan lift laju2 lpstu jalan laju2 pg kereta
penat hoih

punch kad skrg pun cukup2 je masa
pernah punch 8.00 tepat
tp paling banyak ialah 7.57 7.58
tu nasib baik takde pape jadi dkt jalan
kalau kata ada exsiden ke otw nk ke keje kompem jalan jem
kalau jem exsiden mmg babai lah nk smpai keje on time
apatah lagi nk singgah beli bfast
selalu berangan tiap2 mlm sebelum tido
esok nak pg keje awal lah nk singgah beli bfast
tp selalunya ia hanyalah angan2 indah sahaja

jadi salah siapa sekarang?
salah masa sebab jalan cepat sangat?
salah kereta sbb byk sgt dkt jalan?
atau salah sebab tempat kerja jauh dari rumah?

harus jawapan dia SALAH SENDIRI.
padan muka.








 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 20 July 2016

Noah is Peterpan

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin pulak cikCT update blog
mungkin kerana hidupku sudah mula teratur
jadi masa untuk merapu di dalam blog pun dh mula teratur
echewahh

tgh buat tesis sebenrnya ni
sambil dgr kool fm
aku skrg ni layan kool fm
sbb lagu2 dia kena dgn jiwa2 zaman remaja dulu
so mmg hari2 layan kool

ok back to topic
tiba2 deejay ckp next song is from noah bla bla bla
aku mmg layan lagu noah ni sbb lagu dia kena dgn jiwa ku yang jiwang ini
biasalah org yg putus cinta dulu2 mmg layan lagu indon jiwang
dan rupanya baru ku tau
kumpulan noah is petepan yg dulu
diorg rebranding kot? mungkin ada ahli lama yg keluar atau ahli baru yg masuk
no wonder la aku minat lagu2 noah
sbb i is fan susah mati peterpan!
minat weh. lagu diorang mendayu2
sayuuuuuuuuu je dengar

aku taktaulah org mmg dh lama tau atau aku je yg baru tau
atau sebenarnya orang tak kesah pun noah ke peterpan
aku je yg over sampai buat entri pasal depa
HAHA


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 19 July 2016

Mimpi

Assalamualaikum & hye semua! :)


korang pernah tak dapat mimpi yang tak disangka2?
bagi aku kalau tiba2 mimpi dgn orang yg dah lamaaaa kita tak ingat, aku akn ada rasa pelik.
pelik kenapa tiba2 dia ni masuk dalam mimpi aku.
dan selalunya apa yang aku buat bila dpt mimpi orang tu aku akan stalk semula fb dia.
tengok dia hidup lagi ke tak.
pelik kan?

yang buat aku lagi rasa tak best ialah bila orang yg aku mimpi tu selalunya the ex'es.
haihlaaa
kenapa lah korang masuk dalam mimpi aku,
nanti tak pasal2 aku bangun tidur terus teringat kat dia.
padahal sebelum ni takde pun teringat2 kat dia.

lepastu orang cakaplah, orang cakap bukan aku yang cakap tau.
kalau kita mimpi orang tu maksudnya dia rindu atau teringat kat kita.
i is scary kalau tiba2 diorang rindu pada ku.
ouuchhh.


gambar takde kena mengena dgn tajuk

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 14 July 2016

#throwback

Assalamualaikum & hye semua! :)


orang sibuk duk share gambar raya tapi i is sibuk nk throwback :p
tgh duk kemas2 hp tetiba ternampak gmbr lama masa membawa si zhareef nazhan dalam perut.
bila tgk blk gmbr2 lama Ya Allah kembangnya aku.
tak sangka blh sekembang gitu.
yg paling obvious ialah masa 9 bulan.
muka hidung kembang semangkuk.
alhamdulillah Allah bagi peluang dan rezeki untuk mengandung dan menjadi seorang ibu.

sape ntah amek gambar aku time ni. masa ni raya tgh pregnant 6 bulan kot :)


gambar pakai jubah ni masa tgh 9 bulan berapa hari ntah. tapi seingat aku kalau ikut due 12/11 lagi 3 hari rasanya. time ni adik ipar aku kawen. mmg sarat dah tp selamber je jalan ke hulu hilir bwk si kenit dlm perut.



gambar paling kenangan sbb gambar ni ialah mlm terakhir si zhareef dlm perut. tak silap gmbr ni amek dlm pukul 10 malam kot. pukul 5 pagi esok ketuban dah pecah :)





gambar pertama beliau selepas dimandikan. lain betul dari skrg. bwh dagu tu ada tisu sbb atok dia bg minum air zamzam dgn kurma lps dia lahir. tuyg alas tisu bwh dagu.


rasa macam nk sambung cerita bersalin dkt GMC aritu lah pulak. stay tuned!

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 30 June 2016

Marriage life

Assalamualaikum & hye semua! :)


Alhamdulillah 3 tahun dah usia perkahwinan kitorang.
macam2 dah hadap. tapi baru 3 tahun baru sgt. belum habis kenal lagi hati budi masing2.
sbb nk mengenali pasangan kita ni bukan amek masa setahun atau 2 tahun tapi amek masa sehingga ke hujung perkahwinan Insyaallah.

hidup suami isteri ni ada turun naik nya. kadang2 melompat girang di kaki langit (hyperbola) kadang2 jatuh tergolek di bawah roda (hyperbola again).

yang penting, ikhlas. ye mmg setan tu selalu api2 kan kita. eh kenapa laki aku mcmni. eh kenapa bini aku buat gini? kalau blh sabar, sabar je. kalau dh tak blh sabar, sabar kan jgk lah lagik. kalau dh tak blh sabar kan jgk lagi mcmna? sabarrrrrrrrrrrrrrrrr sajork. haha. ok melalut.

apa benda yg aku nk tulis pun taktau sbnrnya. takde idea. tiba2 rasa nak menulis. rindu nk menulis nak membebel. tapi bila bukak blog sendiri terus taktau nak tulis apa. bukan apa sebab aku takut tertulis benda yang tak elok. negative vibes. sebab aku ni banyak nauuuuuuu negatip dari positipnya. tuyg sunyi sepi je blog.

nak cerita pasal si kenit tupun tak jadik. sbb aku suka cerita beserta gambar. tp semenjak kes pedophilia dah tersebar luas skrg ni aku jadi takut nk share apa2. ye, sbnrnya kes2 mcmni mmg dah terlalu lama ada dalam masyarakat cuma skrg baru byk pendedahan. aku pun taktaulah apa sebenarnya si pedo ni pikir. napsu dh overdose sangat ke sampai bebudak pun korang nak sebat? korang ada pikir tak kalau dulu2 masa korang kecik korang di pedo kan oleh org besar? ada pikir? kalau dh overdose nau napsu tu pg jelah cari pe****r. bersepah kat lorong2 gelap tu. dari korang meyeksa budak2. haish. ha tgk. dah melalut aku ni. tajuk marriage life tp content takdak. ni kalau pekse BM kompem takde markah karangan.

dah alang2 update blog ditambah dgn nak raya dah, marilah kita saling bermaafan. maafkan sy andaikata ada terkasar bahasa tersentapkan hati korang dalam blog ni (walaupun entri dlm blog adalah dlm 2 kali setahun).

Selamat Hari Raya korang!


 ~kisah hati cikCT~

Monday 23 May 2016

no title.

Assalamualaikum & hye semua! :)


ibuuuuuuuuuuuuuuuu.
cepatlah sambung cerita bersalin kan zhareef.
kenapa ibu lambat nau nk habiskan cerita bersalin kan zhareef ni.




 ~kisah hati cikCT~

Monday 25 April 2016

Pengalaman bersalin

Assalamualaikum & hye semua! :)

Sementara tengah mood rajin.
konon2 nak rajin update blog mcm sya orked meletop *fliphair*

Macam yg aku pernah update sebelum ni. aku besalin di Gomabak Medical Center, Sri Gombak, Selangor. boleh google tempat tu kalau nk tau kat mana.

kenap aku bersalin situ? rasanya faktor utama sbb dia murah! haha. aku akui itu yg pertama dalam kepala yg kitorang kena fikir sbb company xcover pape kan *rindu unikl.sobsobs* lepastu of course sbb doktor dan nurses perempuan plus ada good review pasal doktor hamiza. wlwpun hospital dia biasa2 je sekurang2nya servis dia ok. dan yg paling penting dekat dgn rumah since time tu kitorg duduk rawang. dgn ofis pun dekat. kalau dr UTM tu ikut duke je dh blh exit sri gombak. walaupun mas 9 bulan aku dh prepare GL untuk hospital selayang dan HKL tapi di hati tetap letak GMC no 1. hihi. HKL stanby GL sbb takut terbersalin dkt opis. selayang pulak stanby sbb dekat dgn rumah. alhamdulilah rezeki dpt bersalin dkt GMC.

sebenarnya checkup monthly di KKIA kampung baru. masa dah 8 bulan baru checkup GMC. itupun ikut mood atau dlm erti kata lain tgk bajet. HAHA. tp cekup GMC pun dikira reasonable. sekali cekup scan consultation dlm rm95 tak sampai seratus. tak mcm al islam. sekali cekup rm150 kompem dlm tangan ;p

nak dijadikan cerita, si kecik dlm perut ni tak mo keluar ikut due which is sepatunya 11 november. seronok duk dlm perut bulat mak dia gamaknya. 12/11 cekup GMC. bila doc scan tgk baby dah 3.3kg. doc miza xbg overdue lama2 sbb takut si kecik mbesar dgn jayanya dlm perut. so dia bg last smapai 17/11. kalau xde tanda jgk sila serah diri ke hospital. sblm tu doc cek jalan dulu. katanya serviks masih tebal ke tinggi. baby mmg dh engage lama cuma rahim masih tebal lg. doc decide nk tlg bukak kan jln. menjerit sikitlah time tu. doc miza siap gelak lg. dia kata mcmni awk ckp sakit. contraction nnt lg sakit. aaaaa. mak dh takut time tu. masa doc miza tlg bkk jln tu dia ckp dh bukak 3cm. blh lah balik rilek2 bykan berjalan kalau nk beranak cepat. dia siap pesan lpsni, akn turun tanda darah atau lendir sbb jln dh bukak. so kena monitor kalau dhkeluar ketuban atau sakit kontraksi blh lah dtg ke hospital. dan mmg lps blk dr cekup tu blood spoting mmg sntiasa ada. aku blh pg kerja lg mcm biasa. hari jumaat pg ofis mmg monitor jelah spoting tu. so far blh kontrol lg. khamis jumaat turun naik tangga library smpai tingkat 4. punyalah ecxited nk beranak kan.

sabtu pagi, keluar lendir+darah. mak dah cuak time ni. siap kol doc hamiza lg. tp doc hamiza rilek je very the cool punya doktor tau. aku rasa kalau doc private lain dh suruh admit kot. dia ckp its ok sbb jln mmg dh bukak. dia tnya aku ada sakit atau pecah ketuban tak. aku cakap xde doktor sy cuak sb dh 3 hari keluar tanda yg ni yg mcm obvious sgt tanda tu. doc hamiza ckp kalau awk nk pg hosp utk cek blh je tp kalau awk tak bersalin harini nt penat je duduk hospital lama2. aku pikir btl jgk. lpstu kalau pg hosp mesti kena cekup bila cekup kena bayo lagi. HAHAHA. dasar penjimatan betul aku ni. last2 deciede dduk je rumah monitor baby. alhamdulillah baby behave. siap plan ptg tu nk pg jalan dkt taman layang2 selayang tp sbb hujan so tak jadik. konon nk jalan2 nk bg senang beranak lah kan.
tak puas hati tak dapat jln ptg tu aku ajak laki jln mlm lps maghrib. saje pusing2 aeon rawang. smapi pukul 10 aeon nak tutup aku ajak laki p uptown damansara pulak. sejujurnya aku penat. HAHA. tp sebab nk senang beranak bertabahla bwk perut mboyot ni ke mana2,



gambar paling mahal. btl2 mlm terakhir si zhareef dlm perut ibu. muka ibu dia pun dh kembang semangkuk bebenauu

sampai rumah dalam pukul 1 ke 2 pagi. blk rumah cuci2 muka tido. laki dgn adik aku (masa tu adik lelaki dh stanby dkt rumah sbb tau akk dia nk bersalin dah) sambung layan tgk bola. rasanya sampai pkl 4 kot diorg tgk tv. puul 5 lebih aku terbangun. terasa basah dah katil. pikir jap terkencing ke hape ni sbb mmg bgn nak p kencing. kejut laki dia mamai2. tanya dia , dia pun haruslah taktau kan. bgn duduk bgn duduk terkeluar lagi air sikit. ok kompem ketuban sbb aku baca air ketuban ni tak blh kontrol. aku terus bgn mandi semua. paksa laki bgn wlwpun dia smcm stres plus gelabah sbb baru tido tak sampai sejam. padan muka. haha. gelabah sbb aku gelabah. biasalah first time kan. kejut adik dia pun blur sbb masing2 baru tido kan. nasibla. haha. 

dalam pukul 6 kot kitorg terus ke gmc. nasib baik pg2 buta alhamdulilah jln tak jem. kalau tak jalan dr rawang nk ke sri gombak tu kompem jem sbb kena lalu pasar borong selayang dulu. dlm kereta kejap2 basah seat sbb ketuban asek keluar sikit2 je kan.

err, mengantuk pulak. sambung nt blh tak.;p


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 19 April 2016

melampau nau.

Assalamualaikum & hye semua! :)


5 bulan tak berupdate blog. asal la melampau nau tuan punya blog ni.
si sya orked meletop tu rajin gila hupdate blog. jeles iols!
xmenyempat2 nak baca setiap entri dia. chaiyok sya!

semoga saya istiqamah update blog *sepatutnya doa istiqamah berbuat baiklah weh*

moh kita refresh rupa seketui muhammad zhareef nazhan


opps! tertutup muka pulak :p




assalamualaikum aunties uncles!


gonna miss this place. tq UTM!

 ~kisah hati cikCT~