the bloggers !

Friday 31 December 2010

shower test

selamat pagi adik2 sekalian!
hari ini kakak akn mengajar anda semua subjek Bahasa Inggeris sila sediakan kamus masing2 ye..
dan kita akn memulakan pelajaran kita pd hari ini dgn soklan,


When you step into a shower, which part of the body do you wash first?

spongebob mandi mcmna pulak?

A. Chest
You are a practical person. Straightforward and do not beat around the bush. To you, convenience is of paramount importance. You hate to be distracted when concentrating and are impatient with people who do not see things your way. A good sex partner and willing to try new things. Your best partner in life will be those who choose D (Hair).

B. Face
Money is important to you and you will do anything to get it. Integrity and dignity is not important. You feel that friends are there to be used and life is one big hassle. Other people find it hard to understand you, but you are not concerned as to what they think. Very self-centered person. Average sex partner as too selfish and tend to be absorbed in self pleasure at the expense of your partner. Your best partner in life will be those who choose E (Private) and G (Others).

C. Armpits
You are a dependable and hard working person. Generally very popular person as you are very down to earth and willing to help others. Tend to get yourself into trouble as you cannot tell whether people are genuine towards you. Make very poor sex partners as you are the working type with average talent. Your best partner in life will be those who choose F (Shoulders).

D. Hair
Artistic type. Daydreaming is your hobby, but you can achieve what most other people cannot. Dedication is lacking, but you will work tirelessly towards goals which are to your liking. Money is not important. Friends are but only intellectuals and fellow artistic types. Make the best sex partners as you are most willing to explore and please ther other partner. Talent is your main strength. Your best partner in life will be those who chose A (Chest) and E (Private).

E. Private
Shy type. You lack self confidence and tend to be bullied by others. You do not have lots of friends as others find you boring and unattractive. Perserverance is not your strength and you tend to give up easily and at the first opportunity. However, you make an above average sex partner. You are able to show your true emotions to very few people. Hence in sex, you find your inner strengths. Your best sex partner in life will be those who choose B (Face) and D (Hair).

F. Shoulder
A born loser. You fail in everything that you do. People dislike you and you tend to spend your time alone. Your type have been known to be heavy gamblers and drinkers. You see the world as a living hell. Money and power is also important to you. But your luck will always fail you. You make a lousy sex partner. You will find it difficult to find a partner in life. Those who choose C (Armpits) are your only chance.

G. Others
You are a very average person. Undoubtedly, you have your inner strengths, but people find it hard to see. You must learn to be a little bit more adventurous and see your potential. Deep down, you are very likeable person with very few faults. However, the key will be to make your strengts stand out and not just hide your weaknessess. You are an average sex partner. You have great fantasies about different techniques, but unfortunately are not brave enough to try them out. Your best partner in life will be those who choose B (Face).

*ble tgk post yg warna warni mcmni,rasa mcm tgh buat asgmnt pulak (X__x) rindu UiTM!

Thursday 30 December 2010

saya CHENTA najib ok!


perghhh~
gler panas punya en3
secara tetiba sy sgt C.H.E.N.T.A. akn itu najib
siapa najib?
harusslah beliau ialah PM kita semua~
knpa sy tetiba sgt C.H.E.N.T.A. akn itu najib?
kerana beliau ckp jumaat bersamaan dgn 31/12/2010
telah diumumkan sebagai C.H.O.T.I
yeayyyy yeayyyyyyyyy
lap u lah! *winkwink* (sumpah gedik!)

Tuesday 28 December 2010

jom kira K.A.W.E.N.!


tengah duk blog walking,tetiba ternampak post yg menarik!.K.A.H.W.I.N.??


so,pd sesapa yg berminat blh ler try utk mengira sendiri ye..thnxz to the owner of blog (*____*)


Korang tentu pernah dengar mengenai teknik pengiraan nombor tarikh lahir yang boleh mencungkil rahsia sikap dan personaliti seseorang. Tahukah korang bahawa dengan menggunakan Teknik yang sama, korang boleh menjangka tahun korang akan menerima lamaran atau berkahwin? Surprise kan?


Ya, seperti yang kita ketahui, Allah s.w.t telah menentukan rezeki, ajal dan jodoh seseorang sebelum seseorang itu dilahirkan. Jadi bolehkah jodoh ini kita jangkakan? Ok, tak per… Apa kata kita cuba ya~ Bagi sesiapa yang dah berkahwin pun boleh cuba teknik ini untuk mengenal pasti sama ada teknik ini menunjukkan jangkaan yang betul atau disebaliknya. Walaubagaimana pun, diingatkan, teknik ini hanya sekadar untuk kita menjangka sahaja. Sekadar untuk suka-suka dan tak perlu percaya sangat. Jangan kata ianya salah satu cara menilik nasib pula. Huhu~

Ok, caranya begini…

Saya gunakan tarikh lahir 14 Feb 1984, sebagai contoh… (ini bukan tarikh lahir saya ya.. huhu~)

LANGKAH 1

Buat seperti rajah pengiraan dibawah.no-lahir

Petak barisan pertama;

Hari lahir:

1+4= 5

Bulan lahir:

0+2=2

Tahun lahir:

1+9=(*10) => 1+0=1

8+4=(*12) => 1+2=3

Petak barisan kedua;

Jumlah tarikh lahir + Jumlah bulan lahir:

5+2=7

Tambah jumlah tahun lahir:

1+3=4

Petak barisan ketiga;

7+4=(*11) => 1+1=2

*sekiranya hasil tambah, mendapat jumlah 2 digit (cth; 11, 12, 14), tambahkan lagi jumlah 2 digit itu hingga menjadi hasil 1 digit sahaja.

LANGKAH 2

Tambah jumlah setiap tahun dengan mendapatkan hasil 1 digit. (cth; 2007 => 2+0+0+7=9). Jadi;

2007=9

2008=1

2009=2

2010=3

2011=4

2012=5

2013=6

2014=7

2015=8

2016=9

2017=1

Dan seterusnya… (kira sendirilah, huhu~)

LANGKAH 3

Lihat balik rajah pengiraan pada LANGKAH 1 tadi. Bandingkan angka-angka pada petak yang berwarna kuning, pink, dan biru seperti rajah dibawah.

no-lahir-1

Jika Kamu Lelaki;

Gunakan angka pada petak berwarna pink sebagai petunjuk tahun jangkaan berkahwin.

Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir lelaki, maka angka jangkaan berkahwinnya adalah ‘7’ iaitu pada tahun 2014 (lihat semula hasil pengiraan tahun pada LANGKAH 2).

Walaubagaimana pun, terdapat toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu, boleh jadi tahun jangkaan berkahwin adalah pada tahun 2013, 2014, 2015. (Dah nama pun, jangkaan sahaja…)

Jika Kamu Perempuan;

Perlu membuat 3 jenis pengiraan untuk menentukan tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran. Iaitu, dapatkan hasil digit dengan mencampurkan; petak kuning + petak pink, atau petak pink + petak biru, atau petak biru + petak kuning.

Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir perempuan;

Kuning+pink => 5+7=(*12) 1+2=3 [iaitu pada tahun 2010]

Pink+biru => 7+2=9 [iaitu pada tahun 2016]

Biru+kuning => 2+5=7 [iaitu pada tahun 2014]

Sama seperti lelaki, tahun jangkaan ini juga mempunyai toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu boleh jadi tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran adalah pada tahun;

= 2009, 2010, 2011

= 2015, 2016, 2017

= 2013, 2014, 2015

Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah sekadar jangkaan sahaja…

~ Ketika Menjelang Tahun Jangkaan Berkahwin

Tentu kita akan tertanya-tanya, apa yang akan berlaku ketika menjelangnya tahun jangkaan berkahwin? Menurut kajian yang dilakukan oleh En. Eddy Rosyidie Mohd Samsury, apabila sampai pada tahun jangkaan berkahwin, terdapat fenomena menarik berlaku kepada individu itu iaitu terdapat keinginan, pelawaan atau pinangan untuk berkahwin. Walaubagaimana pun, faktor persekitaran seperti masih lagi seorang student, faktor belum tiba jodoh atau belum bersedia dan sebagainya menyebabkan individu itu tidak mengambil keputusan untuk berkahwin…

Akhir kata, Selamat Mengira & Menjangka!


adapted from nuristimewa

~NUR KASIH~

|__NUR KASIH?__|

ble dgr je Nur Kasih apa perception korang?for me lah,Nur Kasih mengingatkan pd zmn2 sekolah dulu....zmn2 kepopularan INTEAM..gler mmg dulu admired kat diorang!pastu,zmn2 bercinta kat sekolah (@___@) hehe...rindu siot zmn sekolah dulu...nak2 si 'dia'..ehem3 (*_*) poyoz!


[nur kasih by inteam]

secondly,of coz lah drama Nur Kasih yg mmg meletop gler kat TB..cte tu dh mcm jadi fenomena kat Malaysia satu ketika dulu..semua org duk cte pasal Nur Amina ngn Adam..tp siyes diorg mmg sweet kapel gler dlm cte tu..dgn si Ustaz Aidil tu and adiknya si Sarah yg sgt menjengkelkan semua penonton..so,mcmna lah drama Nur Kasih tu tak meletop gler bangat kan?sampaikan makcik2 kat luar ni mengimpikan menantu2 seperti Nur Amina dan Ustaz Aidil..maka nya,harusllah si 'anak dara' dan 'teruna' mem polish diri anda sebaik mungkin ye ;p


[kot lah sesape yg terlupa cte Nur kasih tu mcmna, ni disediakan trailler utk korang semua]

Monday 27 December 2010

congratz Malaysia!

tahniah Malaysia!


ececeh..mcm aku follow je bola sepak sblm ni..haha...xpelah,yg penting selaku rakyat Malaysia yg berdedikasi, sy sgt bangga Malaysia mng game mlm td..sggup bersengkang mata menonton bola di kedai yg sgt SOMEL tb nye hnya kernamu Malaysia!


and thnx a lot to sum1 yg bg sy curikk spec beliau..ahahaha...cik cahaya sgt kejam hnya kerana tb tersebut sgt SOMEL,maka nya mata sy yg mmg dh terlebih TERANG ni mmgler TAK NAMPAK lgsg bola dan pemainnya..


neway,congratz to malaysia again...hope we will win this game @ indonesia (dgr cte gkn main kat tpt lain kot?)



chaiyokkkkkk!




sedikit selingan utk perlawanan smlm ..hehe

Saturday 25 December 2010

Bunga Yang Cantik ~





Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

[B]Tanpa iman[/B], kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

Monday 20 December 2010

TESTING..TEsTING.. 1 2 3.. ;p

ATTENTION!

haha..ngarut jelah dak jaja ni...
actually skrg ni still in mood try and error..
sedang melihat dan memperbaiki blog and pape yg patut..


so skrg nk cite ttg praktikal..biasalah skrg ni we olz still in 'mood' praktikal.
.yeahhhh! hehe..

sgt seronok sbnrnya praktikal kat UM (Universiti Malaya - for those yg unsure ;p) staff kat sini sgt menyeronokkan..they try to teach us step by step and all the related information dat we need..eventhough dat time kamii dh ke department lain,tp if diorg tau kitorg tak sempat blaja yg tu, diorg akn advice kitorg suh ke tpt diorg blk ble ada masa..
sgt bgs!mantopppp!

tp tulah..kitorang sendiri tak pasti ble akn ke department tu blk sbb jadual kami dh penuh..

kitorg dh ditetapkan dgn department2 pd hari2 yg telah ditetapkan..and each department we have our own schedule for each day..it will not missed even 1 day!cth mcm if kitorang kat department acqusition, kitorg dh dibekalkan dgn jadual setiap hari sepanjang di department tu beserta dgn staff yg bertanggungjawab yg akn hndle ktorg..maknanya kami tidak akn mnjadi sprti ank aym yg kehilANGAN ibunya pabila berada di setiap department..ahakz!..tp mmg bestlah..mereka mmg gler teratur..

oklah..jumpa lain kali ye..daaaaaaa :)

antara bukti kami berpraktikal..











Wednesday 15 December 2010

Malam Gala FPM







20 years later.. ;p





haha..believe it or not?just wait for another 20 years! ;p

p/s:kepada sesapa yg berkenaan..jgn risau.tiada rkn2 'kita' yg tahu ttg kewujudan blog ini.maka nya..jgn di risau ya pak ;p

mengarut tyme!!

salam..

hye dear! (ceh,mcm ada je?? hahaha )

actually taktau pun nk tulis apa kat sini...baru je nk try2 main blog so akn agk kelam kelibut utk permulaannya..firstly, nk cte ttg pengalaman berpraktikal...skrg ni sbnrnya sy dan rkn2 sedang berpraktikal (gle skema!)..kat library UM..for this 2 weeks kami akn berkampung di client service division...so,korang2 bulihlah melihat muka2 comel ni kat kaunter depan..hehe...meh2..meh dtg library...buhsan bangat takdak student ni..bebudak ni tgh cuti sem...so users pun takdelah ramai mana...sikit je orgnye...

tp sbnrnya duk kat kaunter ni lg seronok kot..(bg aku lah) sbb atleast kte boleh berinteraksi dan mempraktikkan apa yg dh belajar..nak2 kat tang communication skills..ditambah lg users kat sini mostly foreigners (sbb time cuti sem bdk masters tak cuti)...gler tunggang terbalik jugklah omputih kitorang..haha..tp tu semua slh satu cara utk improve skills kan...very so so sooooooooooo gooooooooodddd ;p

byk lg nk membebel ni tp mcm takde mood lak..dahla curik2 update blog kat kaunter ni..gler bahaya!sgt tak professional cik jaja kte kan?haha...oklah...nnt i hapdate lg blog ni ye...daaaaaaaaaaaaaaaa ;))

Thursday 9 December 2010

Salam kenallll

First day of blogging....welcome....:))

p/s:written by Masuri Ismail (sueri.blogspot.com) ;p