the bloggers !

Wednesday 31 December 2014

31 Disember 2014.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

LAst update 5 weeks ago. Phewww ~

Hari ni hari terakhir 2014.

Sepanjang tahun 2014 ni macam2 yang aku lalui. terlalu pelbagai. jom lumpsum kan semua apa yg masih boleh diingati :)

Pregnant :) sebenanrya positif pregnant krismas tahun lps tp masih kabur2. yg betul2 confirm double line ialah 31 disember 2013. memang ingt sangat2 tarikh tu. alhamdulillah diberi rezeki merasai pengalaman mengandung walapun kandungan tak menjadi. merasa morning sickness walaupun sikitttt sgt, merasa lah alah makan ubat. alhamdulillah. terima kasih Allah.

Pengalaman D&C. fuhh. bila ingat balik mmg ngeri. masa d&c tak rasa apa tp perasaan selepas D&C tu . hanya orang2 yg pernah merasai D&C half bius je tau macamana perasaannya. takmo cerita panjang2 sbb dah pernah cerita dlm entri sebelum2 ni. *sebenarnya pemalas nk taip panjang2.hihi*

selepas 2 tahun bekerja alhamdulillah mendapat penganugerahan. tak sangka betul masa dapat ni. sebab aku baru sangat2 kerja. 2 tahun dgn kpi yang cemerlang alhamdulillah. masa ni ofismate aku cakap, Allah ganti rezeki lain pada aku. bukan hanya rezeki zuriat. apa yg dia cakap tu memang buat aku betul2 berfikir. ada hikmahnya setiap apa yang Dia dah rancangkan untuk kita :)

maaf. saja menggedik nk main sorok2 pulak padahal boleh je nk cam keje mana kan :p

genap setahun kitorang kahwin, akhirnya kami dapat menyewa di rumah sendiri. sebelum ni duduk dgn mertua. perasaan mmg sgt seronok! walaupun masa mula2 pindah sangat sakit. almaklumlah kami pindah bawak keluar baju je. awl2 pindah tido toto je walaupun rumah besar. ok serius besar dan selesa dan yg paling penting murah. rumah teres 4 bilik dapur ruang tamu semua luas rm450. mau tak melompat kitorang masa dapat rumah ni. alhamdulillah. walaupun jauh sikit nk ke tempat keje tp rasanya sama je kot. ambil masa 1 jam hingga ke 1 jam setengah jgk kalau jem. kalau tak jem mcm time skrg ni rasa dlm stgh jam dh blh sampai dah :)

utk family pulak, rumah di jasin dilanda ribut. teruk sangat masa tu. bumbung tercabut siling bocor. kelam kabut rush balik melaka sbb masa tu hari bekerja. dahlah baru habis pantang masa tu terpaksa mengerahkan tenaga sendiri mengangkat barang2 dlm rumah sbb habis basah dalam rumah. tahun ni jugak mak disahkan ada cyst yg agak besar. hampir 12cm. operation di GH melaka dan aku sendiri ambil cuti seminggu sebab kena ulang alik ke hospital jaga mak. 

tahun 2014 tahun yg agak mencabar bg aku. cukup 6 bulan lepas dnc aku decide nak start TTC balik. ambil clomid 2 cycle 50mg & 100 mg tapi Allah belum bg rezeki lagi. mungkin PCOS aku dah berleluasa sbb dia dh tak respon dgn clomid lagi. jadinya marilah kita berusaha dgn lebih keras lagi utk tahun 2015 iaitu DIET. eat healthy and clean to get pregnant. insyaallah.

dan sebagai penutup tahun 2014, aku dh buat pun HSG dan jugak SA utk husband. buat semalam di hospital tawakal kl. result hsg? hurm. belum ada rasa nak cerita lagi sbb tak jumpa lagi doktor sebenarnya, just dapat result dari radiologist je. tp based on result yg dia bagi tu adalah jgk aku google apa maksudnya. nampak seperti mengecewakan. hurm.

rasanya itu je kot yang boleh disimpulkan utk tahun 2014. tahun 2015 ialah tahun TTC utk kami. utk kawan2 yg lain, thanks for being my virtual frens ! :)

p/s: thinking of create another blog for TTC. sebab macam segan pulak bila update tooo detail about my journey to get pregnant here. nanti kalau jadi aku create blog baru aku roger2 ye tp will not to mention here publicly lah. hehe

SELAMAT TAHUN BARU dan SALAM MAULIDUR RASUL :)


with love,
sitinoorhaniza.blogspot.com
 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 19 November 2014

anak

Assalamualaikum & hye semua! :)



sebenarnya bulan ni dah bulan kedua aku on clomid. kali ni kita up sikit dos. jadi 100mg. maksudnya kena telan 2 biji. masa dapat clomid tu, doktor pesan kalau tak jadi jugak bulan ni, dia mintak aku buat HSG dgn husband buat SA.

nak dijadikan cerita, Allah ckp belum rezeki kami lagi bulan ni. sedih jugak tapi tak sekecewa seperti bulan lepas. huhu. mungkin sebab bulan ni aku tak fikir dan berharap sangat plus senggugut tak seteruk bulan lepas. jadi lpsni kami nak kena cari masa untuk ke al-islam. buat dua2 sekali.selalunya aku pergi sorang2. sebab kwn cakap buat hsg agak sakit -_- jadi kena cari time betul2. lepas hsg kompem nak cuti rehat kurang2 sehari. *beria nak cuti bagai padahal hsg je punnnn*

bila tengah period ni macam2 aku fikir. biasalah setan byk kan. mcm2 benda negatif yang aku fikir. macam mana lah kalau kami ni mmg tidak dikurniakan rezeki anak? adakah kami akn hidup berdua sampai ke tua? suami aku boleh ke hidup berdua je dgn aku? macam2. seriusly macam2 yg difikirkan. takut semuanya ada. lagi lah bila adik ipar nak kahwin tahun depan. kalau dia dah kahwin lepastu dia mengandung tapi aku tak mengandung lagi mesti aku pressure melampau2. padahal tak salah pun kalau dia mengandung dulu kan. rezeki masing2. tapi yelah, bila kita dalam keadaan kotor ni, setan memang suka hasut minda kita. alangkan kalau kita tak period pun setan suka menghasut apatah lagi kalau kita tengah kotor.

bulan 5 tahun depan genap 2 tahun dah kami kahwin. rasa macam baru je buat majlis kenduri tup2 dah nak 2 tahun. kwn2 bride to be 2013 ramai yang dah ada baby. bila tgk blog diorang tiba2 je anak masing2 dah start makan solid food. wahhh cepatnya anak2 diorang dah besar. rasa macam baruuu je tgk diorang update double line tiba2 sekarang ni anak2 masing dah pandai bergaya. comel! seronok tgk anak org :) insyaAllah mudah2an ada rezeki kami pulak nanti.

sebenarnya aku masih dikira bernasib baik. sekurang2nya pernah merasa jadi ibu mengandung walaupun sekejap je. kalau baca blog2 ttcians yg lain selalu buat aku insaf.masih ada lagi yg belum berpeluang lagi mengandung atau ada anak. kahwin lebih lama dari aku. selalu buat aku terfikir macam mana mereka (ttcians) mengharungi hidup bertahun2 tanpa rezeki anak lagi. aku yg baru nak masuk 2 tahun ni pun dah tercungap2 melayan stress setiap kali period -__-

kekuatan itu datang dari kesabaran. dan kesabaran itu datang dari? tepuk dada tanya iman :)




 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 29 October 2014

cerita suri rumah part 2.

Assalamualaikum & hye semua! :)

bila datang mood rajin, hari2 update cerita kan. kemain lagi nak buat entri suuri rumah sampai ber part2. haha.

macam yang aku cerita entri sebelum ni, sejak dah duduk menyewa sendiri, automatik mood suri rumah ni muncul. perasaan macam mak2 . perangai pun macam mak2 dah. semalam ada kawan kat facebook buat aku meroyan. ada ke patut dia buat promosi tuppperware. aku ni memang pantang tengok bekas2 makanan. nak2 tupperware. aku susahhh nk beli tupperware sbb harga dia agak mahal. tapi bila budak ni buat promosi macamni terus aku meroyan.



RM280 untuk SEMUA yg ada dalam gambar ni. yang lagi best dia buat mcm main kutu untuk 5 bulan. sebulan RM56. hoihh! murah kot. sebab dia buat mcm byr duit kutu kan. ditambah lagi dengan barang2 yg kita dapat pun banyakkkkk. geram2.

mula2 aku tak heran pun. lpstu bila bukak fb blk ternampak lagi budak ni punya cerita kat newsfeed, terus aku tergoda dan dgn pantas pm budak tu. haha. mula2 aku dpt turn bulan 2 tahun depan tp sebab aku tak sabar aku mintak dia turn awal. so dapatlah aku turn ke 2 bulan 12 ni. yeayyyyyyy! geramnyaaaaaa tak sabar nak tunggu bulan depan ;p

 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 28 October 2014

cerita suri rumah

Assalamualaikum & hye semua! :)

wanita bekerja pun suri rumah jugak tau. tp suri rumah lps office hour lah. hehe. sejak2 dah duduk berdua dgn husband ni, tanggungjawab suri rumah of koslahletak kat bahu isteri kan. dulu masa duduk dgn mertua boleh dikatakan aktiviti rumah share2 dgn mertua (sila jgn tiru perangai sy ;p)

kebetulan pulak ofs dekat kg baru. tersangatlah dekat dgn chow kit. mula2 dulu, x sengaja ke pasar chow kit ni. sbb sampai ofis awl gila masa tu. 7 suku dh sampai. tup2 dpt idea nk p pasar beli lauk. lama2 pergi pasar tu dh jadi aktiviti mingguan. mula2 pergi sorang2 je lpstu bila sampai ofis bwk berplastik2 barang, ofismate pun tanyalah. so sekarang ni dh ada geng ke pasar. setiap jumaat kami akn ke pasar beli lauk. seronok sgt! sbb kat pasar chow kit tu bahan dia murah2 kot. sekilo udang boleh dpt rm24 je. selalu aku beli setengah2 kilo.

bila dh ada geng pasar, adalah geng masak nya. sekarang ni kalau wasup dgn opismate cerita pasal menu je. nk masak apa harini semalam masak apa minggu depan nk masak apa. serius best. yelah, sebab sebelum ni kan aku tak pernah masak tak pernah pergi pasar beli lauk. bila sekarng ni dah terasa macam mak2 dah walaupun anak takde lg.hihi



kak ain ni dulu tak pergi pasar pun. tp lepas dia bersalin lps raya aritu, dia rajin tanya aku pergi pasar ke tak. lama2 kami jadi geng pasar. mmg tak pernah miss lah setiap mggu ke pasar chowkit tu. selalu tukar2 resepi dgn dia. ni aku tanya dia resepi ayam masak kicap dia. sbb dia ckp husband dia mkn sampai 3x tambah. lain sikit cara dia dr yg aku biasa buat. selalu kan kita goreng dulu ayam lpstu baru masukkan kicap semua kan. yg ni, kita tumis cili dulu, lpstu masukkan kicap lepastu masukkan ayam yg belum digoreng. agak2 dh nak masak ayam tu, kita masukkan daun limau pulak.

harini ingt nak masak ayam kicap, kalau sedap n jadi nnt aku beritahu ye :)

 ~kisah hati cikCT~

Monday 27 October 2014

kucing

Assalamualaikum & hye semua! :)

fuh fuh fuh. buang habuk jap. beria ckp nk update blog selalu tp senyapppp jugak kita :p

lupakan jap cerita TTC. eh tp nak cerita jugak sikit. sekarang ni aku sedang cuba utk amalkan sus kambing. beli yg paket2 tu. so senang nak bancuh. lepastu husband pulak belikan dia kopi 8 in 1. kemain sampai 8. haha. kopi tu ada campuran buah tin ke apa ntah, lpstu habatussauda dgn mcm2 lagi. yg makanan sunnah lah. lupa pulak nk amik gambar.  sbb sebelum ni hari2 pakcik tu minum nescafe 3 in 1. kan tak elok minum 3 in 1 yg campuran dia mmg melampau gula etc. so aku tukarkan dgn kopi campuran lain. so far dia ckp sedap kopi tu. aku minum susu kambing, dia minum kopi. kita mulakan dgn minum minuman sihat dulu ye :)

ok jom sambung cerita kucing.

siapa suka kucing? angkat dua2 tangan dgn penuh perasaan gembira! aku ialah seorang penggila kucing. bukan penggemar lagi ye. penggila terus. huhu.

nak dijadikan cerita, dulu husband mmg tak suka kucing. langsung tak suka. kucing kalau dekat kat kaki dia, dia blh melompat :p tp lepas dia kahwin, otomatik dia dah boleh pegang kucing. haha. pengaruh bini :p

dkt rumah mak aku, ada anak kucing banyakkkk gila. kitorang mmg dlm proses nak memberi kucing2 secara percuma. ada sesiapa nak? lepastu aku try lah usha husband aku nak amik sekor bwk blk bela. tp dia mcm berat hati nak amik. alasan nya sebab kami bekerja dua2. pergi pagi blk maghrib. so kesianlah kat kucing tu nnt kan. takut tak terjaga. tapi lepas aku pujuk2 ckp nnt kita bg makan kat luar semua bla bla bla. so dia pun kata oklah, nnt blk melaka lg sekali kita bwk blk sekor ni. melompat lah aku bila dpt bela kucing kan. hehe

sbb masa aku duduk dgn mertua dulu, aku mmg ada bela kucing sekor. aku maik kucing tu kat opis. selama aku duduk dgn mertua dulu mmg aku jaga lah si bobo tu. (kucing) tp bila kami pindah keluar, bobo tu tinggal rumah  mertua. sbb kan busy baru pindah semua. takut dia hilang pulak kan. tapiiiiii, bila dah lama2 mertua jaga bobo, diorang mintak jaga bobo. dah sayang dgn bobo. aku pun risau dia hilang kat rumah kitorang ni maka ku relakan bobo tinggal di sana demi keselamatn beliau. chewahh. hihi

ok cerita dh tunggang terbalik ni. sebenarnya aku nak cerita pasal apa? haha.

bila aku fikir2 balik, kenapa lah husband aku ni susah sgt nak bg aku bela kucing lain bila kitorang dah pindah rumah ni. sbb masa bobo dulu dia takdelah tak bg. aku pun ada jugak ckp dgn dia aku nak ambil balik bobo. nak bela dia, tapi husband tak bg. katanya kesian bobo nanti x bebas duduk dalam rumah. (kat rumah mertua bobo bebas keluar masuk rumah sbb dia dah biasa kawasan sana). kalau dekat rumah kami nanti mestilah aku nk letak dia dlm rumah je sebab takut dia hilang kalau kat luar. huhu.

rupa-rupanya bila aku korek2 dengan husband, dia ckp kalau aku bela kucing nanti aku tak layan dia dah. sebab aku kan penggila kucing. kiranya nanti kasih sayang terbahagi dua lah kalau aku bela kucing. haha. hadoi. patutlah kemain susah lagi aku nak bela kucing lain. alasan kemain takut hilang lah apa lah. rupanya takut tak cukup perhatian :p


nama: ABU
jantina : betina
status: UNTUK DIBERI SECARA PERCUMA
keadaan kucing: sgt comel, aktif dan baik :p



nama: KECIK
status: TAKEN sbb tuan blog nak amik dia dah ;p

 ~kisah hati cikCT~

Monday 13 October 2014

TTC:layan

Assalamualaikum & hye semua! :)

harini dari pagi sampai ke petang layan makcik senggugut ni.
seronok sgt sampai rasa nak berguling-guling dalam library ni.

T_T

 ~kisah hati cikCT~

TTC: update

Assalamualaikum & hye semua! :)

failed.

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. macamni rupanya rasa kecewa kan. tak pernah rasa sekecewa begini. sobsobs.

frust.


 ~kisah hati cikCT~

Friday 12 September 2014

TTC: macam mana nak buat appointment untuk ke O & G buat pertama kali.

Assalamualaikum & hye semua! :)

ada orang tanya aku, macam mana nak buat apointment direct ke o&g. aku faham perasaan tu. sebab dulu masa mula2 aku nak jumpa pakar pun bercinta jugak.asyiklah tangguh sana tangguh sini.takut katanya.sbb takut prosedur dia macam2.tapi last2 menyerah diri jugak sebab stghess tgk period ni  mengada2.suka2 hati je dia nak datang taknak datang kan.

macam aku, tak pergi klinik biasa. sebab dah tau jawapan diorang apa. mesti akan bg ubat turun period. sebab tu aku p jumpa pakar. macam yg aku pernah sebut sebelum ni, hospital aku ialah Al-Islam Kg Baru. kenapa aku pergi sini sebab utama ialah panel. hihi. kalau tanya aku servis ok ke tak. aku x boleh nak jawab. sebab aku dah biasa dkt sini dgn doktor feveret aku. so aku rasa best je. tp tak semua org akan rasa best sebab kalau siapa yg dah pernah pergi alislam mesti tahu kenapa.hehe

ok dah mengarut. disebabkan aku nak jumpa pakar ni bawah panel. diulangi panel ye. aku tak boleh direct p jumpa o&g. boleh je kalau nk pergi tp ko kena bayar sendiri. kalau taknak bayar, kena jumpa MO dulu. since alislam pun mmg ada MO, so aku just jumpa MO/ doktor biasa. cerita apa masalah dan cakap yang kita nak jumpa pakar. so far, doktor tu takde masalah. memang dia bg je GL (Guarantee letter) untuk kita bwk blk ofis nak mintak ofis atau HR keluarkan GL. once MO/ doktor dah bg surat tu, bolehlah pula kita ke bahagian pakar untuk buat apointment bila.

untuk appointment yg seterusnya jika ada, kita dah x perlu lagi nak jumpa MO. sebab doktor pakar sendiri akn bg kita surat request GL dari company. kira nya dah senang sikit lah.

itu kalau yg nak guna GL. kalau nak bayar sendiri laaaagi lah senang. just call je hospital lepastu minta sambung ke bahagian pakar dan buat apointment terus.

sebenarnya tak susah pun. yang penting langkah pertama kita. sama ada berani atau tak nak jumpa pakar sakit puan. ada sesetengah orang taknak jumpa pakar sebab bagi mereka, mereka tak sakit. mereka takde masalah. kalau tak sakit pun tak salah kan kita p jumpa pakar? daripada asyik tertanya2 kenapalah period aku jadi macam ni. kenapalah itu kenapalah ini.

sekian sahaja tips dari newbie TTC. byk lagi yg aku kena belajar ni. yg paling penting ialah kena belajar SABAR :)

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 11 September 2014

TTC: Metformin - Clomid

Assalamualaikum & hye semua! :)

disebabkan ramai yg mash mengingatiku.chewahhh ;p marilah kita update blog secara konsisten. hehe

kali ni nak cerita pasal TTC. aku pernah cerita sebelum ni yg aku pernah pregnant dan dah selamat pun kandungan aku dulu (D&C). kalau ikutkan if kandungan tu menjadi, due date aku ialah 6 September 2014 :)

rasanya dah cukup kot aku berehat.dnc mmg betul2 hujung bulan 2. pantang bermula awal Mac dan sekarang dh menjengah ke pertengahan September. 6 bulan dah kosong dan mengharapkan natural pregnancy. tp belum rezeki lagi Dia cakap.since period pun nmpk mcm dah ok. cycle dah tak berapa nak lari2 macam sebelum pregnant dulu. aku pun melangkahkan kaki menggagahkan diri ke hospital feveretku. Al-Islam Specialist Kg Baru ataupun org panggil KBMC.

aku pergi al-islam 2 minggu lps. masa tu cycle dlm 20++ rasanya. mmg menunggu hari nak period jelah kan.doktor bagi metformin and clomid. clomid dah pernah mkn dulu. yg metformin ni 1st time dia bg. cuak gak masa mula2 amik metformin sbb taktau apa kesan dsb. metformin kena makan 2x sehari. pagi dgn malam selepas mkn. tp sbb aku ni penakut plus pemalas plus pelupa, so aku amik metformin tu mlm je. kesan yg aku rasa ialah cirit birit pg esoknya. mula2 aku ingat aku salah makan. sbb masa 1st time mkn tu. aku keluar masuk toilet 3 kali. lpstu esoknya aku kena lagi pada waktu yg sama. dan2 sampai ofis pg tu aku google kesan metformin. dan memang betul cirit birit is of the effect -_- . last2 aku mkn metformin 3 hari je sebab xtahan sakit perut pg2 time tido. tapi sebenarnya kes mls nk bangun p toilet ;p

doktor ada pesan haritu, once dah period kena call dia untuk buat apointment.disebabkan semalam hari kedua period so aku pun call lah dia. sambil2 call untuk buat apointment, tanya doktor kenapa bila sy makan metformin sy kena cirit birit. dia kata, "itu normal sebab badan awak banyak toksin. badan awak respon dgn metformin tu. jadi jangan tinggal makan metformin tau". aiyak, hantuk kepala sendiri kat dinding.

maka, start dari semalam aku dah mula ambil metformin dan clomid. asid folik juga tidak dilupai. kalau ada apa2 perkembangan aku inform lagi dalam blog. kalau aku senyappp je maksudnya takde perkembangan lah tu ;p



 ~kisah hati cikCT~

Monday 8 September 2014

lama dah.

Assalamualaikum & hye semua! :)

rasa macam lama dah sangat tak update blog.
rasa macam lama dah sangat tak menulis dlm blog
rasa macam lama dah sangat tak bercerita dari hati
rasa macam lama dah sangat tak meluahkan cerita hati
rasa macam lama dah sangat menyepi :)

insyaAllah I will be back to you blogspot
dengan cerita2 dan mungkin juga pengalaman
dan mungkin blog akan lebih kepada cerita TTC :)

majoriti kwn2 sy kat sini ialah ex b2b 2013
sbb rasanya time tu lah yg paling aktif berblog
tgk bloglist kawan2 entri kebanyakan dah cerita tentang anak masing2
seronok!
selalu baca entri diorang mesti senyum sorang2
baca keletah anak masing2
tahniah semua :)

yang belum ada rezeki anak jangan sedih2 tau
jangan sedih2 macam saya.hihi
sebab Allah tau bila waktu yg terbaik untuk hadiahkan kita rezeki zuriat
Dia akan bagi bila kita perlukan bukannya bila kita nak :)


 ~kisah hati cikCT~

Monday 30 June 2014

updated blog list.

Assalamualaikum & hye semua! :)



aku berblogging dh lebih dr 3 tahun tak silap. tp aktif blog baru dekat 2 tahun. aktif pun masa zaman muda2 bride to be dolu2. bloglist pun dh ramai yg tak berupdate. nak tgk dlm blogger malas so aku update je bloglist kat tepi ni. senang utk aku dan yg lain2 blogwalking sape2 yg update :)

so korang semua jgn malu2 ye. tinggalkan link blog korang kat entri ni. aku akn buat sticky post. blog aku universal. very the general. hehe.. jom tambah kenalan!


 ~kisah hati cikCT~

jawapan apo bondo eh ni edisi ramadhan @ episod 4

Assalamualaikum & hye semua! :)



  1. KAMERA AES
  2. BENGKANG JAGUNG
  3. KUAT TIDUR
  4. PANASKAN LAUK
  5. PENGUMUMAN PUASA
  6. BUKU RESIPI
  7. THUNDERCLAP
  8. PUTERI MANDI
  9. MUSAFIR
  10. TELAN AIR LIUR
  11. AYAM GOLEK
  12. ETS
  13. JAGA KEBERSIHAN
  14. STADIUM BATU KAWAN
  15. SEHARI SERINGGIT
  16. PENGAT PISANG
  17. TAU FU FA
  18. PENGANTIN MALAM
  19. KUDAPAN MANIS
  20. BUTANG BAJU MELAYU
  21. SIRAP ROS
  22. ZAKAT FITRAH
  23. KILAUAN EMAS
  24. YUSuF TAYOOB
  25. JADUAL ImsaK
  26. KESESAKAN
  27. TERLAJAK
  28. SIREN BERBUKA
  29. BAS DURIAN BURUNG
  30. BERSABAR
  31. NASI TOMATO
  32. JANGAN MENGATA
  33. JAGA MATA
  34. TERIK
  35. CHATIME
  36. INGAT MATI
  37. MALAM SERIBU BULAN
  38. NASI BUJANG
  39. SERI MUKA
  40. TEMBIKAI KUNING
  41. SENANDUNG MALAM
  42. TUJUH LIKUR
  43. MERIAM BULUH
  44. CUCUH MERCUN
  45. PUDING ROTI
  46. SIRAP SELASIH
  47. BERITA GEMBIRA
  48. PENGAT UBI
  49. TOLAK TEMPAHAN
  50. AYAM PERCIK
  51. ULAT TIKET
  52. SAMOSA AYAM
  53. TELUR NAGA
  54. MENJOLOK MATA
  55. BUNGA API
  56. BUFFET RAMADHAN
  57. TEROMPAH
  58. IKLAN JUS OREN
  59. PELITA BULUH
  60. HATI AYAM
  61. PUASA PENUH
  62. SEJUK MATA MEMANDANG
  63. ROTI ARAB
  64. SOYA CINCAU
  65. BAZAR RAMADHAN
  66. LOMPAT TIKAM
  67. MAKRUH
  68. SERVIS KENDERAAN
  69. KALENDAR ISLAM
  70. JAGUNG REBUS
  71. FENG YI DAN FU WA
  72. SEL KERING
  73. TAPAU NASI
  74. WAKTU SAHUR
  75. SOGO
  76. SYAITAN DIIKAT
  77. MOREH
  78. BALIK KAMPUNG
  79. MUHASABAH DIRI
  80. EKSPRES MAHLIGAI
  81. PUDING KARAMEL
  82. SUBUH GAJAH
  83. MADU LEBAH ASLI
  84. TENGAH RAMADHAN
  85. SEPERTIGA MALAM
  86. LETIH TUNGGU
  87. KERACUNAN MAKANAN
  88. ADUAN KECEMASAN
  89. UZUR
  90. PAGI BUKA PERIUK
  91. PIZZA MAGGI
  92. SENGKANG MATA
  93. ANAK BULAN
  94. SUCIKAN JIWA
  95. NIAT DALAM HATI
  96. WAKTU BERBUKA
  97. ELAKKAN BERHUTANG
  98. RENDANG AYAM
  99. SETENGAH HARI
  100. BERBUKA BERSAMA

~kisah hati cikCT~

Friday 27 June 2014

TTC: 10w - 12w - D&C (ERPOC)

Assalamualaikum & hye semua! :)

lps 3 bulan baru aku cerita pengalaman TTC lepas bulih kan? hehe. lama sgt tunggu nak sambung cerita ni. sbb rasa mcm malas pulak tp kalau tak cerita dlm ni nnt takut lupa pulak :)

jom kita sambung cerita. eh nk pesan siap2. entri ni super duper panjang :)

10 minggu.

masa ni mmg kena jumpa doktor sbb 1st check up. so doc scan utk tgk progress baby. bila scan. nampak kantung. tapi kantung tu kecik je. saiz 6 minggu katanya. aku dh mulalah gelabah sbb sepatutnya dah 10 minggu dan dh kena ada jantung kan. tp doctor kata takpe. mungkin ovulate lambat. sbb tu jantung tak nampak lagi. tp hati aku mmg tak tenang dh time tu. yelah. sbb aku tau bila last period aku dan aku sgt konpiden. dgn check upt masa CD25 dh positif kan. mestilah kita konfiden dgn umur kandungan kita kan. tp doktor tu ckp takpe2. kita jumpa lg 2 minggu dan tgk mcmana. so kalau lg 2 minggu maksudnya 8 minggu lah (kalau ikut ckp doktor) tp kalau ikut tarikh period aku patut dah 12 minggu. ok takpe, aku positif . lagipun kebetulan masa nak tggu lg 2 minggu tu mmg aku tgh sibuk. sbb ada audit. so takdelah fikir apa sgt pun. tp doktor dh pesan kalau awak ada sakit perut ke turun darah ke terus pergi hospital. aku dh rasa macam. aik? siap pesan tuuu.

10w - Al Islam

 12 minggu.

datang awal. sbb taknak tggu lama. dlm masa 2 minggu tggu tu aku ada jugak pergi al islam sbb nk double komfem. and mmg bila scan ikut atas dgn bawah pun stil tak nampak jantung jugak. tp doktor kata masih ada harapan lg sbb dia nmpk ada salur darah dkt tepi kantung aku. means yg mungkin sedang dlm proses nak setup organ dalaman tu adalah sikit. tuyg aku masih bertahan sampai 12 minggu ni. so bila dah jumpa doktor dan scan. guess what? harussslah kantung aku no progress. saiz masih maintain 6 minggu. aku dh mula lah fikir mcm2 kan. tapi korang tau doktor ckp apa? ok kantung masih kosong saiz 6 minggu. takpe kita tggu lagi 2 minggu tgk mcmna. korang rasa kalau korang jadi aku korang nak buat apa? rasanya boleh tggu lg 2 minggu ke? mmg nak mengamuk dah dlm b ilik doktor tu sbnrnya. airmata dah keluar dah. aku ckp dgn doktor yg aku dh x boleh tunggu lagi. aku tggu dah 4 minggu takkan nk suruh aku tunggu lg 2 minggu???? aku nak mintak dia refer aku terus p hospital n proceed je dgn apa yg sepatutnya. korang tau doktor tu ckp apa? kalau sy refer awk p hospotal pun pakar akn suruh awak tggu jugak. dem! dia siap tanya aku lagi, jadi awk nak sy buat apa skrg? doktor oh doktor. kalau lah aku tau apa yg aku kena buat kalau ada masalah masa mengandung aku takkan tnya ko doktor. baik aku setelkan je masalah aku ni sendiri. last2 dia bg date lagi 2 minggu dan mcm biasa pesanan penaja. kalau ada sakit perut bla bla bla awk terus ke hospital ye. yg tu ko tak ckp pun aku taulah ngek. haha. geram sgt dh aku masa tu.

tapi aku mmg tak tggu lama. keluar bilik doktor haruslah  menangis sbb dah tau yg dia mmg xde. nak tunggu lagi 2 minggu nak buat apa kan?kenap kena simpan benda yg dah takde. so aku decide nak ke al islam. double konfem. n guess what? bila scan kali ni kantung kau dah xcantik. dan doctor sendiri ckp yg mmg kandungan aku tak menjadi. sbb dia dh pesan 2 minggu lps. kalau awk dtg lagi jantung mesti kena ada. kalau jantung takde maksudnya kandungan awk takde. jadinya?

aku tak menangis pun time tu. aku just dengar n terus fikir apa yg aku nak buat lepasni. owh, aku p al islam tu sorang sbb husband kena pergi kerja. dia dpt temankan p KK je. tp takpe. aku dh biasa buat sorang.sambil2 tu wasup dgn husband update cerita. so doktor tu tanya aku nak cuci tak ni? aku ckp mmglah aku nak cuci. nak tunggu apa lagi kan. then dia tnya nak cuci kat sini ke. insurans cover tak. dan mmg company aku tak cover utk pregnancy matters. diorg just cover delivery je. bila aku tanya kos berapa? doc kata dalam 2k. pffftt~ menung jap aku. hehe. kalau 2k untuk proses kelahiran aku tak kisah rasanya, tp utk proses pembungan mmg aku kisahh saangat, hehe. jadinya aku mntak doctor tu buat surat refer ke hospital kerajaan. dia siap tnya lagi awk nak hospital mana? HKL boleh?  menjerit aku ckp taknak. hahaha. aku mintak dia refer ke hospital sungai buloh sbb dekat dgn rumah.




12w - Al Islam


dan bermulalah episod aku ke hospital sg buloh. panjang cerintanya dan aku pendekkan. pakar kat sana agreed utk D&C sbb dh dpt reference dr pakar al islam kan. walaupun dorg mcm tak konpiden tp sbb aku dh buat muka kesian nak cuci jugak. pakar sg buloh siap tnya lagi awk nak cuci hari apa? best kan sbb dibagi pilihan. haha. aku ckp ak nk cepat. jadi aku dtg hari rabu. fyi, kejadian 12 minggu ni dalam masa 1 hari je iaitu Isnin. pagi isnin di KK, tghri isnin di Al islam dan ptg isnin  di hospital sg buloh. aku sempat masuk keje hari selasa tinggalkan amanah. HAHA. sbb aku tau lps cuci aku akn dpt cuti 2 minggu. kirnya dekat 3 minggu jugak aku tak keje.

check in haru rabu pagi. khamis kena puasa. khamis 10 pagi induce. doktor masukkan sesuatu dkt tutt aku. mcm pil kot. diorang ckp yg tu utk bukak bukaan. dlm pukul 1 aku dh sakit perut gilerrrrr! mmg rasa mcm kena pulas2 je perut tu. dlm pukul 3 aku dh blh bgn n darah kelaur mcm paip bocor. bila berdiri tu boleh  mengalir woooo darah .haha. mcm apa je aku punya cerita ni kan.ingatkan 'dia; dah keluar. tp rupanya tak -_-. darah je yg keluar. elok pdlm 4.30 nama aku kena panggil. masuk bilik OT.

sebenarnya proses tu sekejap je. yg lama ialah bius etc. sbb aku masuk bilik OT pukul 5. setel bius dlm 15 minit. lpstu doctor yg cuci tu korek2 sikit dlm 10 minit je dh setel. korek2 sikit. haha. korek2 weh. oh, aku kena bius separuh. sampai sekarang aku tak faham kenapa hospital sg buloh bius spearuh. sbb member aku cuci seminggu sebelum aku dkt hospital melaka bius penuh. bila bius separuh ni ko dengar lah semuanya kan. diorang berborak lah bergurau lah siap bukak radio suria fm tu weh -_-

5.30 ptg aku dh keluar bilik OT. aku rehat kat luar dulu dlm setengah jam. sbb nak tgk tahap bleeding tu mcmna. so far alhamdulillah ok. dlm pukul 6 aku telah dihantar semula ke wad. lps cuci tu aku muntah 2x. sekali dlm bilik OT kali kedua masa pindah masuk wad. mungkin sbb aku jenis badan berangin plus kesan bius. badan aku tak tahan. lepasstu aku kena puasa lagi 6 jam. lps OT tak boleh makan. laparrrr weh. tp aku mmg tak berani nak makan pun takut muntah. ngeri bila ingat balik. lps 6 jam jugak baru kaki aku berfungsi. HAHA. almaklumlah bius separuh.

Baru sampai wad lps keluar dr bilik OT. mmg flat habis sbb kesan bius. tepi tu kesan muntah :p


jumaat aku discharge dan bermulalah episod berpantang -_-

erm, rasanya tu je kot nak cerita. cerita panjang lagi tp aku takut korang boring baca. nipun dah panjang sangat. aku malas nak buat part2 sbb aku kan mmg pemalas? haha.



kalau korang ada benda yg tanya emel aku tau. insyaAllah aku balas punya :) siti_noorhaniza@yahoo.com

 ~kisah hati cikCT~

IKEA SALE! 28/6/2014 - 6/7/2014

Assalamualaikum & hye semua! :)

semenjak dah duduk rumah sendiri ni, bila time gaji je mesti kepala dah fikir nak beli apa ye utk tambahkan brg dlm rumah. almaklumlah kitorg ni duk bujang berdua. sebelum ni duduk dgn mertua. kawasan pun dlm bilik jelah kan. so bila pindah rumah sewa mmg kami bawak baju  je. yg lain2 mmg semua kena beli. dan bila nak beli tu haruslah kena berdikit dikit. kalau beli semua sekali mmg pengsan lah kami -_-

dan2 pulak, aku tgk kat tepi tu ada benda baru menari2. ewah kemain rancak nuffnang tukar iklan. maceh nuffnang! elok pula iklan baru ni pasal IKEA SALE.amboi kemain besau tulisan aku buat. hahaha. dalam kepala dah ada mcm2 nak beli bila tgk katalog pulak laaaagilah meruntun hatiku. terasa seperti ikea memanggil manggil je.

so kawan2, jgn segan2 tlg klik kat iklan tepi ni eh. sayang korang!




 ~kisah hati cikCT~

Thursday 12 June 2014

Ascend P7 (White)

Assalamualaikum & hye semua! :)

pelik tak tgk tajuk ;p ?

tetina terajin nak buat entri untuk en nuffnang terchenta. hihi

tp bila tgk balik si Ascend P7 (White) mmg cantik pun wehhhh. hot gila! nasib dh sold out. ececeh. kalau tak sold out pun mcm ko nak beli kan? hahaha. tp mmg tgh planning nak tukau hp pun ni. sbb bila pikir2 blk, aku sbnrnya TAK PERNAH beli hp sendiri. semua org bg. eh takdelah SEMUA. mcm byk nau lak hp ko kan. padahal pernah tukar 3 hp je tak silap. 1st ho samsung lipat tahun 2005 tak silap. ala hp tu comel je. yg tu ayah tiri belikan. lpstu tukar hp nokia e72. yg tu pun beli hp 2nd hand je. masa tu en tunang bg. tahun 2011 tak silap. lpstu tahun lps dpt s2 itupun sbb en suami tukar hp lain pastu s2 dia bg kat aku. nampak tak yg aku ni menerima sahaja APA2 hp asalkan percuma? HAHAHA.

aku taktau knpa aku mcm syg sgt nk keluarkan duit nk beli hp. sbb bg aku bila aku beli hp sedebuk duit keluar tu rasa mcm alahaiii. penat kumpul duit lsptu hbs mcmtu je walaupun sbnrnya bukan hbs pun kan. ko tetap guna hp tu sepanjang masa. tapi skrg aku dah tukar fikiran, aku nak beli hp jugak. nak merasa beli hp guna duit sendiri. taknak bg rasa duit hbs sekaligus so aku plan nak tukar hp bila dpt bonus raya ni (mcm kompem dpt je. HAHA) ataupun aku akn simpan setiap bulan duit hanya utk tukau hp. hurm, option ke 2 nampak lagi munasabah.

eh, sebenarnya kau nak cerita pasal Ascend P7 (White) kan? wakaka. takpe aku mmg suka meraban dr tajuk entri pun. anyway, kalau hp brand HUAWEI ni pun not bad jugak. boleh masuk dlm list. sebab utama ialah dia warna putih. nampak suci sikit. hihi. lpstu tgk spec Ascend P7 (White)  pun WOW.


  • Excellence with Edge
  • Intended Power Button Key
  • Unibody Waterdrop Curve
  • 8MP BSI Front Camera
  • Ultra Power Saving Mode
  • Yang paling penting 4G!
Ascend P7 (White)
nah belanja gambau dia sikit.

 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 3 June 2014

macam mana nak pregnant?

Assalamualaikum & hye semua! :)

kepada mummy to be and mommies rakan2 blogku sekalian, nak tanya boleh? selalu tak org tanya kamu soalan macam mana nak pregnant? and kalau org tanya mcmtu korang rasa apa? annoying atau tiada perasaan atau

hanya menjawab mana yg korang tau?

pergh introduction soalan aku kemain panjang lg, ntahlah sejak pernah menjadi ibu mengandung seketika 2 bulan lepas, hati aku skrg mcm cepat terusik. bukan terusik bila org tnya bila nak ada anak. tapi terusik bila tgk perjalanan TTCians atau dengar cerita2 dr exTTCians mcmna boleh prgnnt after year/s berkahwin.

so far kwn2 yg aku jumpa terutama sekali di alam maya ni mmg ramai yg membantu. tak lokek bila menjawab, bila bertanya. tp bila org tu kita kenal bertahun2 dan berkata ayat yg menyentap jiwa aku rasa macam eh? hanya kerana awak dah pregnant dan melahirkan zuriat tak bermakna anda boleh memperlekeh atau menyampah dgn org yg sedang belajar dan berusaha utk mendapatkan anak. ye, mengandung itu kuasa Allah. tapi kita yg manusia ni kena berusaha kan?

rezeki anda bila anda telah menjadi ibu di usia awal perkahwinan. syukur alhamdulillah. tahniah. tapi untuk org2 yg belum dikurniakan rezeki di awal perkahwinan ni, janganlah anda menyampah dgn usaha yg diorang sedang lakukan.

benda ni tak kena dkt aku pun . tapi bila aku dpt tahu aku rasa mcm 'amboi budak ni. kemain kerek lg ko kan?' haha. sori emosi aku. emosi sbb rasa mcm sebagai seorang wanita yg berpelajaran anda tidak patut berkata sedemikian rupa . apatah lagi anda bukannya org yg bunting pelamin pun. so, tak payah nak kerek sangat.

eh, minta maaf ye. entri luahan perasaan. mohon jgn terasa sbb aku rasa org yg aku ckp ni mmg tak baca blog ni pun ;p


usaha tangga kejayaan. yeahh!

 ~kisah hati cikCT~

Monday 2 June 2014

jawapan penuh apo bondo eh ni episod 3 :D

Assalamualaikum & hye semua! :)


update blog malas. tp main game rajin nau ko kan? hihi. takpe, kita membantu sesama rakan dlm memenangi game ilmiah mcmni apa salahnya kan? nah, jawapan utk korang utk episod 3 pulak. gegeh giler maian dr episod 1 sampai 3. selamat menjawab!



  1. KORBAN
  2. PULUT PANGGANG
  3. BAJU RAYA
  4. ROMBONGAN KAHWIN
  5. CUCUK DUIT
  6. GURUN
  7. AIR MATA KUCING
  8. BUKIT MERAH
  9. DOA BUAT KEKASIH
  10. CELIK
  11. ASTRONOMI
  12. BUJUR
  13. IBU SUSUAN
  14. AWAN YANG TERPILU
  15. TERUNG TELUNJUK
  16. SABUNG AYAM
  17. PAPAN KEKUNCI
  18. LAMPU JALAN
  19. KETUK KETAMPI
  20. ANUGERAH PLATINUM
  21. BURGER RAMLI
  22. TUNJUK AJAR
  23. TEPATI MASA
  24. ENJET ENJET SEMUT
  25. UDANG HARIMAU
  26. KAIN BASAHAN
  27. PUTIH MATA
  28. SOGOK
  29. BURUNG RAJAWALI
  30. TELUR MATA KERBAU
  31. BISKUT RAYA
  32. JURUTERA BUNYI
  33. PANDANG KE TIMUR
  34. TIADA RANGKAIAN
  35. KATA KUNCI
  36. KUDA BELANG
  37. EKSPRESI WAJAH
  38. PELANGI SENJA
  39. NASIB BAIK
  40. WANG JAJAN
  41. BEBOLA KAYA
  42. KERETAPI PELURU
  43. BURUNG KELICAP
  44. AIR MUKA
  45. SURAT KHABAR LAMA
  46. BANKsitinoorhaniza.blogspot.com PERTANIAN
  47. BAGASI
  48. HIDROPONIK
  49. HATI KE HATI
  50. MALAM BUTA
  51. BERDUA BERSATU
  52. ULAR AIR
  53. POP KUIZ
  54. AISKRIM POTONG
  55. MEASAT
  56. BULUH PERINDU
  57. AHMAD ALBAB
  58. MINYAK MASAK
  59. PUSINGAN U
  60. PUSARAN AIR
  61. BOMBASTIK
  62. POKOK API2
  63. PENYULUH HATI
  64. LANGKAH SERIBU
  65. KUDA KUDA
  66. ROKOK GULUNG
  67. POTONG RUMPUT
  68. SEROMBONG KAPAL
  69. LOMPAT BINTANG
  70. HATI HATI
  71. PAPARAN
  72. ULAR DAUN
  73. BURUNG RAJA UDANG
  74. MASAK ASAM PEDAS
  75. SASARAN PENJENAYAH
  76. KENDERAAN BERAT
  77. ANJING POLIS
  78. DAULAT TUANKU
  79. KUDA LAUT
  80. BENCANA ALAM
  81. TUNJUKsitinoorhaniza.blogspot.comBELANG
  82. BERITA BAIK
  83. SEGAN SILU
  84. PUDINA
  85. PANDU PERLAHAN
  86. MUDAH PECAH
  87. ALAT MUZIK BERTALI
  88. KAKI AYAM
  89. MYKAD
  90. KAMBING HITAM
  91. RAJA BERSIONG
  92. BUKIT BINTANG
  93. KUAT HARIMAU
  94. SILAU
  95. LARANGAN
  96. GENIUS
  97. KOKO JELLY
  98. IKAN LAGA
  99. SILAP MATA
  100. RANTAI MAKANAN
  101. ROTI KAYA
  102. JURUTERA KOMPUTER
  103. LIDAH BUAYA
  104. SUPERMOKH
  105. BONGKAK
  106. IKAN BUNTAL
  107. BURUNG KAKAK TUA
  108. FASA
  109. CERAH MASA DEPAN
  110. UNGU
  111. MERAH sitinoorhaniza.blogspot.com MENYALA
  112. KOBOI
  113. MATAWANG JEPUN
  114. LAPORAN PRESTASI
  115. GARISAN
  116. SUNTING VIDEO
  117. BERPELUH
  118. KILAUAN EMAS
  119. MINUM PETANG
  120. TINGGI MELANGIR
  121. BURUNG HANTU
  122. GAJI BUTA
  123. BISKUT TAT
  124. CERMIN
  125. TAPAU
  126. TELADAN
  127. EMPAT SEGI
  128. KERETA SAPU
  129. DAM HAJI
  130. PEMBESAR SUARA
  131. MULUT MASIN
  132. ROTI PITA
  133. PAKU PAYUNG
  134. KACAU DAUN
  135. MAKANAN SEGERAsitinoorhaniza.blogspot.com
  136. PANAS
  137. NAIK GAJI
  138. KENTANG PUTAR
  139. KOTAK HITAM
  140. KASUT TUMIT TINGG
  141. PUTIH TULANG
  142. MELARAM
  143. ARAH
  144. BUAH HATI BETA
  145. MAN LAKSA
  146. PERIUK KERA
  147. CABUTAN BERTUAH
  148. sitinoorhaniza.blogspot.comKEDAI BUNGA
  149. PANJANG TANGAN
  150. MEE BANDUNG
  151. BUNGA KERTAS
  152. BUNGA TERATAI
  153. TERUNG PIPIT
  154. NAIK ANGIN
  155. TAUGEH
  156. PURNAMA MENGAMBANG
  157. TETIKUS
  158. SEBULAT SUARA
  159. OPERATOR PENGELUAR
  160. PIALA PUSINGAN
  161. NASI KUKUS AYAM DARA
  162. JALAN RAJA LAUT
  163. SENI KREATIF
  164. BURUJ
  165. GITAR ELEKTRIK
  166. TUNAS
  167. HONEY STARS
  168. NAFAS NAGA
  169. KAD KAWIN
  170. KASUT BERKILAT
  171. POTONGAN HARGA
  172. KUIH KERIA
  173. SHALIN ZULKIFLI
  174. KOKO KRUNCH
  175. BUAH NAGA
  176. MATRIK
  177. MENARAsitinoorhaniza.blogspot.com GADING
  178. SELSEMA BURUNG
  179. TELUR BUNGKUS
  180. SEPAHTU
  181. SEPANTAS KILAT
  182. DEDAK
  183. TEH HERBA
  184. DAM ULAR
  185. KERETA HYBRID
  186. TUTUP LAMPU
  187. SERANGGA
  188. LOKOMOTIF
  189. TIGA ABDUL
  190. IMAM MUDA
  191. TIDUR AYAM
  192. MARAH TERPENDAM
  193. DARAH MANIS
  194. SHELL
  195. P RAMLEE
  196. CINTA ITU BUTA
  197. BUAH BERANGAN
  198. KELAPA LAUT
  199. SEPANTAS KILAT
  200. PERIUK API

 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 27 May 2014

27th on 27th

Assalamualaikum & hye semua! :)

27 years old = 27 May 2014.

Happy birthday to me, myself and I ! :)


*gambr sebelum kahwin.saja letak gmbr lama sbb nk bg nmpk kurus.HAHA*

 ~kisah hati cikCT~

Friday 16 May 2014

nuffnang oh nuffnang *terpengaruh dgn saila*

Assalamualaikum & hye semua! :)

x memasal je nama saila up jadi tajuk entri. sori saila :p

aku sebenarnya tak reti main nuffnang2 ni. buat blog selama ni tak pernah 1 sen pun singgah kat nuffnang aku. tp sejak hujung taun lps adalah singgah seposen dua posen kat nuffnang aku. lately ni pun ada 2, 3 masuk CPUV tp tulah tak byk mana pun. main sen2 je. tp still rezeki kan :)

lepastu tgk saila baru je update pasal cpuv dia. tetiba aku gatal nk cek jugak. eh tak pernah nmpk CPUV tgh on going. selalu nmpk dah credited je. almaklumlah aku kan paling pemalaas nk update blog.

yg ongoing ni ialah OREO. mcm saila jugak . eh nama saila lagi :p lpstu tgk contest dia mcm senaaaang sgt. just mkn kat mana2 secret receipe terpilih . mcm best je. jom pergi nak?

antara outlet SR yg terpilih. printscreen je ni. malas nk taip ;p





 ~kisah hati cikCT~

Friday 9 May 2014

Kekaguman

Assalamualaikum & hye semua! :)

Lama duk diam tak berupdate blog. hukhukhuk.

aku sebenarnya kagum sgt dgn kwn2 blogger yg aku kenal dulu2 rajin gila update blog. kwn2 yg aku kenal masa kami2 ni masih lagi bertitle bride to be. rajin btl aku tgk depa update blog. serius kagum. aku masa zmn b2b dulu pun malas nk update n cerita setiap detail proses persiapan. tp mereka2 yg rajin ni update blog dr sekecil2 proses sampai lah la ni dah beranak pinak pun :) serius aku kagum!

lepastu aku kagum dgn blogger yg rajin duk tinggal komen kat entri. aku ni rajin baca blog org tp nak tinggal komen tu ya ampun susah betul. aku pun taktau kenapa. kalau korang nk tau sebenarnya blog list aku kt tepi ni mmg aku sentiasa baca tau setiap kali korang2 update blog. tak pernah miss baca. dari mula entri sampailah penghujung entri. nak2 kalau org yg dah beri amaran siap2 yg entri dia super duper panjang. lagilah aku sukaaaaa baca. tp baca jelah. tinggal komen jarang. kalau aku rasa aku nk komen baru aku taip.

mungkin sbb hobi aku mmg membaca kot. dulu2 aku raaaaaaaaaajin sgt baca buku. tp novel jelah :p
sampai satu tahap aku dah tak lalu baca novel sbb dh terlalu banyak plus dah takde koleksi novel baru. tu yg aku beralih pada blog pulak. yg aku ingat aku start suka baca blog org sejak aku dah stat kerja. sbb masa kerja kan dah fully dpt access internet. zaman2 belaja dulu sy takde internet. setakat nk harapkan PC lab dgn WIFI hostel tu faham2 jelah macamana kan. dapat surfing facebook pun dah cukup bagus rasanya -_-

jadinya rakan2 maafkan sy sekiranya saya tidak pernah meninggalkan komen di blog korang. tak tinggal komen tak bermaksud tak baca blog korang tau. korang2 rajin2lah update blog eh. nanti aku baca. aku suka baca cerita2 korang. korang kena rajin2 update blog tau. aku tak rajin update blog takpe. yg penting korang kena rajin update blog. kahkahkah.

thumbs up utk kamu2. kekaguman dariku utk kamu2.
rindu pulak dgn kekucings aku. terpaksa ditinggalkan di rumah mertua buat sementara sbb kitorg baru pindah rumah. nk setelkan hal pindah rumah dulu lpstu baru blh bwk diorg duduk sekali. rindunya T_T


 ~kisah hati cikCT~