Assalamualaikum & hye semua! :)
disebabkan ramai yg mash mengingatiku.chewahhh ;p marilah kita update blog secara konsisten. hehe
kali ni nak cerita pasal TTC. aku pernah cerita sebelum ni yg aku pernah pregnant dan dah selamat pun kandungan aku dulu (D&C). kalau ikutkan if kandungan tu menjadi, due date aku ialah 6 September 2014 :)
rasanya dah cukup kot aku berehat.dnc mmg betul2 hujung bulan 2. pantang bermula awal Mac dan sekarang dh menjengah ke pertengahan September. 6 bulan dah kosong dan mengharapkan natural pregnancy. tp belum rezeki lagi Dia cakap.since period pun nmpk mcm dah ok. cycle dah tak berapa nak lari2 macam sebelum pregnant dulu. aku pun melangkahkan kaki menggagahkan diri ke hospital feveretku. Al-Islam Specialist Kg Baru ataupun org panggil KBMC.
aku pergi al-islam 2 minggu lps. masa tu cycle dlm 20++ rasanya. mmg menunggu hari nak period jelah kan.doktor bagi metformin and clomid. clomid dah pernah mkn dulu. yg metformin ni 1st time dia bg. cuak gak masa mula2 amik metformin sbb taktau apa kesan dsb. metformin kena makan 2x sehari. pagi dgn malam selepas mkn. tp sbb aku ni penakut plus pemalas plus pelupa, so aku amik metformin tu mlm je. kesan yg aku rasa ialah cirit birit pg esoknya. mula2 aku ingat aku salah makan. sbb masa 1st time mkn tu. aku keluar masuk toilet 3 kali. lpstu esoknya aku kena lagi pada waktu yg sama. dan2 sampai ofis pg tu aku google kesan metformin. dan memang betul cirit birit is of the effect -_- . last2 aku mkn metformin 3 hari je sebab xtahan sakit perut pg2 time tido. tapi sebenarnya kes mls nk bangun p toilet ;p
doktor ada pesan haritu, once dah period kena call dia untuk buat apointment.disebabkan semalam hari kedua period so aku pun call lah dia. sambil2 call untuk buat apointment, tanya doktor kenapa bila sy makan metformin sy kena cirit birit. dia kata, "itu normal sebab badan awak banyak toksin. badan awak respon dgn metformin tu. jadi jangan tinggal makan metformin tau". aiyak, hantuk kepala sendiri kat dinding.
maka, start dari semalam aku dah mula ambil metformin dan clomid. asid folik juga tidak dilupai. kalau ada apa2 perkembangan aku inform lagi dalam blog. kalau aku senyappp je maksudnya takde perkembangan lah tu ;p
~kisah hati cikCT~
3 comments:
Insyaallah xlama tu...cik mah doakan..azwa pun doakan...jumpa dktr ape kat al islam???.
bertabahla ja ..jgn skip makan ubat tu tau.,.btw good luck ja..Inshaallah..as pun doakan juga..
fifi singgah sini..
Post a Comment