the bloggers !

Wednesday 31 December 2014

31 Disember 2014.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

LAst update 5 weeks ago. Phewww ~

Hari ni hari terakhir 2014.

Sepanjang tahun 2014 ni macam2 yang aku lalui. terlalu pelbagai. jom lumpsum kan semua apa yg masih boleh diingati :)

Pregnant :) sebenanrya positif pregnant krismas tahun lps tp masih kabur2. yg betul2 confirm double line ialah 31 disember 2013. memang ingt sangat2 tarikh tu. alhamdulillah diberi rezeki merasai pengalaman mengandung walapun kandungan tak menjadi. merasa morning sickness walaupun sikitttt sgt, merasa lah alah makan ubat. alhamdulillah. terima kasih Allah.

Pengalaman D&C. fuhh. bila ingat balik mmg ngeri. masa d&c tak rasa apa tp perasaan selepas D&C tu . hanya orang2 yg pernah merasai D&C half bius je tau macamana perasaannya. takmo cerita panjang2 sbb dah pernah cerita dlm entri sebelum2 ni. *sebenarnya pemalas nk taip panjang2.hihi*

selepas 2 tahun bekerja alhamdulillah mendapat penganugerahan. tak sangka betul masa dapat ni. sebab aku baru sangat2 kerja. 2 tahun dgn kpi yang cemerlang alhamdulillah. masa ni ofismate aku cakap, Allah ganti rezeki lain pada aku. bukan hanya rezeki zuriat. apa yg dia cakap tu memang buat aku betul2 berfikir. ada hikmahnya setiap apa yang Dia dah rancangkan untuk kita :)

maaf. saja menggedik nk main sorok2 pulak padahal boleh je nk cam keje mana kan :p

genap setahun kitorang kahwin, akhirnya kami dapat menyewa di rumah sendiri. sebelum ni duduk dgn mertua. perasaan mmg sgt seronok! walaupun masa mula2 pindah sangat sakit. almaklumlah kami pindah bawak keluar baju je. awl2 pindah tido toto je walaupun rumah besar. ok serius besar dan selesa dan yg paling penting murah. rumah teres 4 bilik dapur ruang tamu semua luas rm450. mau tak melompat kitorang masa dapat rumah ni. alhamdulillah. walaupun jauh sikit nk ke tempat keje tp rasanya sama je kot. ambil masa 1 jam hingga ke 1 jam setengah jgk kalau jem. kalau tak jem mcm time skrg ni rasa dlm stgh jam dh blh sampai dah :)

utk family pulak, rumah di jasin dilanda ribut. teruk sangat masa tu. bumbung tercabut siling bocor. kelam kabut rush balik melaka sbb masa tu hari bekerja. dahlah baru habis pantang masa tu terpaksa mengerahkan tenaga sendiri mengangkat barang2 dlm rumah sbb habis basah dalam rumah. tahun ni jugak mak disahkan ada cyst yg agak besar. hampir 12cm. operation di GH melaka dan aku sendiri ambil cuti seminggu sebab kena ulang alik ke hospital jaga mak. 

tahun 2014 tahun yg agak mencabar bg aku. cukup 6 bulan lepas dnc aku decide nak start TTC balik. ambil clomid 2 cycle 50mg & 100 mg tapi Allah belum bg rezeki lagi. mungkin PCOS aku dah berleluasa sbb dia dh tak respon dgn clomid lagi. jadinya marilah kita berusaha dgn lebih keras lagi utk tahun 2015 iaitu DIET. eat healthy and clean to get pregnant. insyaallah.

dan sebagai penutup tahun 2014, aku dh buat pun HSG dan jugak SA utk husband. buat semalam di hospital tawakal kl. result hsg? hurm. belum ada rasa nak cerita lagi sbb tak jumpa lagi doktor sebenarnya, just dapat result dari radiologist je. tp based on result yg dia bagi tu adalah jgk aku google apa maksudnya. nampak seperti mengecewakan. hurm.

rasanya itu je kot yang boleh disimpulkan utk tahun 2014. tahun 2015 ialah tahun TTC utk kami. utk kawan2 yg lain, thanks for being my virtual frens ! :)

p/s: thinking of create another blog for TTC. sebab macam segan pulak bila update tooo detail about my journey to get pregnant here. nanti kalau jadi aku create blog baru aku roger2 ye tp will not to mention here publicly lah. hehe

SELAMAT TAHUN BARU dan SALAM MAULIDUR RASUL :)


with love,
sitinoorhaniza.blogspot.com
 ~kisah hati cikCT~