the bloggers !

Thursday 31 January 2013

quick hupdate! *cikmahkusayang*

Assalamualaikum & hye semua! :)



anyone yg nak p wed cikmah sabtu ni?kalau ada, jom kita jumpa ramai2 ye.

aritu masa p wed ZIEMA, kita ngn cikmah janji jumpa dlm pukul 2..and i think 2 pm tu dah sedang2 elok kot nak jumpa sbb kalau dtg time tghri mesti org tgh ramai2 serbu kan. kalau rasa dah sampai and mcm kenal2 tu jgn lupa tegur2 ye :]

p/s: sha (http://lurvevanilla.blogspot.com/ ), awin (http://sepisorangperindu.blogspot.com), sya ( http://sya-orked.blogspot.com/ ), nnt kita jumpa ye kat sana :)


 ~kisah hati cikCT~

Friday 25 January 2013

random talk #1

Assalamualaikum & hye semua! :)


Terima seadanya
Tidak perlu terlalu mengharapkan kesempurnaan
Kerana kita sendiri belum tentu sempurna di sisi Dia.



kita ni manusia biasa je.ye,manusia biasa.setiap org ada kelebihan.ada kekurangannya.tidak perlu terlalu mengharapkan kesempurnaan pada oranglain sedangkan diri kita sendiri pun belum tentu sempurna di sisi Dia.


 ~kisah hati cikCT~

Friday 18 January 2013

Keajaiban Cinta

Assalamualaikum & hye semua! :)



Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia


Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu


Biar hujan yang turun membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu


Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku

OST Tiara (Adira & Aliff)



 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 16 January 2013

Monday 14 January 2013

calling for all bridesssss!

Assalamualaikum & hye semua! :)


invitation to all bridessss! 
samada 2012 or 2013
dgn penuh berbesar hati menjemput anda semua ke gathering yg akn diadakan pada:


DATE : 3 FEBRUARY 2013 (SUNDAY)
TIME : 2PM-7PM
VENUE : FLORA TERRACE, Hampshire Place, A-LG-1, Lower Ground Floor, No:1, Jalan Mayang Sari,50400 Kuala Lumpur
PRICE : RM 50 per person (Boleh bawak husband/adik/kakak/kawan)

Please SMS/EMAIL :  
012-285 4181 (Farah) / 012- 239 2884 (Waty)

farahfabulouz8@gmail.com 
ctnurwatysamsudin@gmail.com

p/s: dengar cerita byk event menarik yg disediakan. jom nak kita pergi ramai2. boleh kenal2 dgn korang semua :)


 ~kisah hati cikCT~

Thursday 10 January 2013

ia sepatutnya begini

Assalamualaikum & hye semua! :)



Daisypath Wedding tickers


it supposed to be 
but since sudah dipostpone , it will be in
maybe 3 months ++ to go

seronok tgk rakan2 yg seangkatan dah busy dgn persiapan
sy mendoakan perjalanan rakan2 seangkatan dipermudahkan :)

p/s: dh dpt wedding invitation from cikmah, anyone yg nak buat gathering kecoh2 kat rumah cikmah tak?


 ~kisah hati cikCT~

rewind sat :)

Assalamualaikum & hye semua! :)



ehem ehem.


eh. selipar?


ok. kompem selipar.



pehal pakai selipar je?ingt blh kaver ke dgn kain tu?




 ha tgk. kan kantoi jgk pakai selipar ble jalan kan?




P: yolah2. nnt kte tunang lg ea?pasni kte pakai kasut cantik2 tinggi2 ea?
L: wth?? byk cantik nk tunang lagi. pasni kahwin je. huhh.




tapi tetappppp tak nampak jgk kan selipar tu?haha.




 ~kisah hati cikCT~

Friday 4 January 2013

surprise yg err..errr..

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin kan ko update blog ;p

oklah, nak cerita surprise yg kelakar.haha.ok, blm cerita lagi.takyah nk kelakar sgt.ntah2 ko sorg je yg rasa kelakar. org lain tak rasa apa pun ;p

seperti yg diberitahu sebelum ni, 31/12/2012 hari tu ialah engagement anniversaryku. hari isnin hari bekerja, nothing special . wish2 pun tarak. malas nk fikirkan sgt sbb kalau fikir kita sendiri yg sakit hati kan. ikut perancangannya, mlm tu kitorang nk keluar sbb sambut new year ialah konon2nya anniversary jatuh hati lah.sbb kitorg takdak exact date berkenalan ke bercinta ke. tp yg paling aku ingt ialah bila kami pergi sambut new year pertama kali tu aku rasa mcm dah ter'suka' lah pulak kat mamat tu ;p

but then berlakulah misscommunication mlm tu.terus tak keluar.siap bawak diri lg drive sorg2 dr ampang p sungai buloh.mmg betul2 lari aku rasa sbb drive sorg2 malam2 ke sungai buloh. menangis2 tersedu2 dlm kete. elok tgh drive pulak dh nak ke tgh malam ka.sepanjang MRR2 tu nmpk byk kereta berhenti tepi2 flyover nk tgk bunga api.aku nk berhenti jgk tp takut.sorang2 pastu perempuan lak. mmg tak berani lah nk berhenti kereta walaupun aku tgk ramai je family yg buat mcmtu.

elok sampai rumah member, mmg bunga api tgh meriah kat langit. lantaklah.takdak perasaan dh time tu.aku terus melepak ngn member tu borak2 sampai kul 2 pagi jelah. tidur tanpa mempedulikan beliau. yelah, satu hari 31 disember habis mcmtu je. dh tgh mlm dh 1 januari kan? mana feel nk anibersari2 ni.huh! walaupun berharap gak tghri isnin tu dia nak ajak p lunch ke apa ke kan.tp mmg non hado lah.

1 januari, dh janji dgn dia nk ke melaka. nak temankan kwn baik dia blind date. ikutkan jelah walaupun hati ni panas lg dr mlm td kan. so, bgn breakfast siap2, terus shoot p batang kali amik dia kat rumah. sampai2 je , kemas2 kereta sbb kwn dia nk naik sekali kan.kereta dahlah mcm setor. segala mak nenek brg ada dlm kete sbb aku baru pindah rumah. dia pun sama gak sibuk kemas kereta transfer brg dlm kete dia masuk kereta aku. oh, ke melaka dgn menggunakan kereta aku.

tup2, tiba2 dia kata nah! dia bg plastik warna merah. ala, plastik biasa yg kalau kita p pasar dpt tu kan. bila aku tgk dlm plastik tu ada apa, eh ada bunga. mcm tu je ok dia bg kat aku . BUNGA ok. bunga tp letak dlm plastik merah? tp bunga tu dh siap2 balut lah.tp kenapa mesti letak dlm plastik merah ? kenapa mesti plastik? .apalah salahnya keluarkan dr dlm plastik tu pastu bg kat aku bunga kan?hahaha..lwaklah mamat tu.aku rasa mcm nk gelak tau sbnrnya tp tahan sbb tgh merajuk kan muka haruslah masam.mmg takdak lah aku nk senyum2. tp dlm hati rasa mcm nk gelak kuat2. konon2 nk romantik tp mmg tak jadiklah sbb dia mmg bukan jenis mat2 bunga ni.haha.

appreciate sgt cara dia walaupun tak jadik kan.atleast adalah jgk.aku ingtkan dia lupa.aku tanya bila beli?dia kata ptg smlm blk keje. beli kat rawang. kiranya adalah niat dia tu nk bg kat aku smlm tp sbb tak jumpa so tak delah dpt kan. terima kasih en tunang. walaupun kita selaaaaaaaalu sgt gaduh2 dgn awak, tp awk tetap syg kita :D




 ~kisah hati cikCT~

Thursday 3 January 2013

2012 - ketinggalan keretapi lah pulak

Assalamualaikum & hye semua! :)

aiyoyoyo..baru ingt nk review sepanjang tahun 2012.tp perempuan ni tak review2 pun..line tenet kat opis tarak start ari isnin aritu.smlm baru ok.mati kutu kitorg kat opis! tak blh nk mengulor kat tenet.hehe

bagi aku, tahun 2012 kurang sedikit kegembiraan nya..rasa mcm byk yg tak kena gaya dr kena gaya..2012 was not good with me..yelah, hidup ni kan mcm roda..kadangkala kita kat atas, kadangkala kita akn berada di bawah :)

good bye 2012. cancel lah nk review 2012.kalau boleh nak padamkan semua..kalau review kang tak blh padam lak dari ingatan..hehe

31//12/2012. alhamdulillah, genap dh setahun pertunanganku dan pasangan. setahun dh bertunang.lama tu wehh.rasa macam banyakkkkkkkk sgt dugaan nya. tu sebab org tua2 kata, bertunang ni tak blh lama2. sekarang baru aku rasa kan kebenarannya :D takpe, dugaan itu ialah sebagai persediaan utk asam garam di alam rumahtangga nanti. kalau dah kawen nnt lagi banyakkkk asam garamnya kan kakak pida :) nak tengok gambar2 bertunang tahun lepas?rasanya aku tak byk review dulu.almaklumlah,kita ni blogger suam2 kuku je.hihi




veil inspired by KINA and made by CIKTIE 


besties from primary school. yg baju kuning tu dah 2 anak dh :)


my beloved mum :)


insyaAllah will be my mother in law :)


future granma in law :)


kwn2 ofis lama :)




my frens :)


hantarans :)


my fav picture ;p

gambar2 ni mmg semua original..takdak edit..ckp pasal OP, agk kecewa jgk sebenarnya.takpe, benda dh lepas, gambar pun ada dan byk kan :) fyi, majlis tunang aku simple sangat2..takde pelamin, takde doorgift. hantaran pun letak kat lantai je..lantai pun hanya ditutupi oleh tikar biasa2 je. tapi alhamdulillah, tetamu dan kawan2 aku ramai yg datang. aku pun tak sgka sbb just jemput mulut dan yg dekat2 melaka  dan mereka datang beramai2..happy sbb kwn2 ramai dtg.. makan pun cukup sampai membawa ke malam.tp tak byklah kan yg tinggal. sebelum bertunang, kitorg buat doa selamat dulu. lepastu baru family tunang  sampai. makan rewang2 dgn jiran dan saudara mara yg banyakkkk sgt membaantu. yg special ada sambal goreng dgn ayam rempah fully handmade by saudara mara jawa ku :) 

rasanya tu je kot. walaupun sebenarnya byk cerita di belakang tabir. takpe, kita simpan ketat2 dlm minda kita je tau tau tau :D



~kisah hati cikCT~