the bloggers !

Tuesday 31 December 2013

End of year 2013

Assalamualaikum & hye semua! :)

alhamdulillah. dah sampai penghujung 2013 kan kita semua?
sedar tak sedar esok dh thn 2014.
rasa mcm baaaaaaru je aku tunang dgn en suami.
padahal dh 2 tahun bertunang.
today is our 2nd engagement anniversary :)
hek eleh.kecoh je. orglain tu siap dah setahun wedding anny tau :p

rasa mcm baru je kecoh kelam kelibut prepare nk kawen.
baru je dgr tok kadi ckp sah!
semuanya mcm baaaru je lg kan kan kan

walau apa pun yg berlaku sepanjang tahun 2013, semoga semuanya memberi kenangan kepada kita semua.
semoga tahun 2014 memberikan lebih lg kegembiraan kepada semuaaaaaa kawan2 bloggger yg sy sayangi :)

org lain rajin buat entri cerita kenangan 2013 tp aku mcm mls je lg.
biasalah dh mmg pemalas tu alasan dia mmg byk je :p

insyaAllah jika diizinkan aku akan membuat entri baru untuk review 2013.
mcm nk share dgn korang semua tp taun depanlah share.
padahal tahun depan tu esok je punnnnnn -_-

selamat tahun baru rakan2. love u all!


hye semua! nama sy bobo. kakak sy suruh sy ucapkan selamat tahun baru untuk semua kwn2 dia. jadi sy nk ucapkan selamat tahun baru utk semua kwn2 kakak! :)

 ~kisah hati cikCT~

Monday 23 December 2013

wedding review#4: official photographer di melaka. thumbs up!

Assalamualaikum & hye semua! :)

minggu depan dah masuk 8 bulan kahwin tp skrg baru terhegeh2 nk sambung wedding review . hehe. xpe2, yg penting review. timeline dia berapa lama nk review tu takde hal lah bila2 kan . dh kata blog sendiri. kuikui.

dulu masa mula2 nak carik photographer mmg aku pening. yelah sbb kita kena pilih OP yg betul kan. kalau pilih salah kang sendiri yg merana. kahwin ni bukan boleh diulang2 momennya. kalau gamabar tak cantik atau tak siapa atau yg sewaktu dengannya, boleh meroyan seumur hidup wehh.

so nak dijadikan cerita, merata aku tnya OP. yg luar melaka pun aku carik dan aku mmg giler sangat dgn hasil kerja hafizuddin hamdan. kos dia sama je mcm op2 yg lain tp disebabkan dia luar melaka and kena kira kos transportatioan membuatkan aku fikir berpuluh2 kali. mcmtu jgk dgn OP2 yg lain. pixelwork, apa ntah lagi. banyaklah yg aku survey sampai dh tak teringat dah. huhu

nak dijadikan cerita, aku pergi pameran pengantin di tecso melaka tak silap. sebenarnya saja2 je pergi. takde niat pun nak amik or pilih sape2 since semua aku dh booked kecuali OP. tup2 terserempak dgn member time STP dulu. dia freelance photograher. duk cite2 dgn dia and cerita lah aku cari photpgrafer yg style gmbr dia mcmana. bla bla bla pastu blah. amik name card and fon number je.

2, 3 hari lpstu dia pm aku kat fb. bagi contoh gambar yg dia pernah amik dan yg bestnya dia blh buat mcm yg aku nak! hehe. so malas nk pikir byk kali so terus buat appointment and jumpa dia dkt studio.

ni antara contoh yg dia bg kat aku. ada byk lagi sbnrnya tp mls nk letak sbb mls nk letak watermark. lgpun kang ada muka pengantin takut pengantin tak bg letak pulak sbb tak knl perantin. hihi

selepas perbincangan dgn teliti, makanya aku pun cnfrm lah amik gambar dgn company yg dia tgh buat freelance ni.harga act sama je dgn photographer luar melaka yg lain tp dgn yg ni dpt barang tu lebih sikit sbb tak cover tranport kan.  so pakej yg aku dpt ni merangkumi:

1. album size 11x 28 (crystal) dua2 album dia jenis apa ntah nama dia. yg bukan sticky tu. mock up eh?
2. album size 8 x 24 
3. canvas photo 2
4. cover 2 events (nikah & sanding)
5. dvd with unlimited photos
6. outdoor session
7. infrared pictures
8. special request free delivery to KL. hihi

kesimpulannya yg aku dpt dr sesi photographer 2 hari bersama mereka ialah harussssslah recommended! walaupun yg dtg tu bukan kwn aku and seorang sahaja yg cover utk kedua2 majlis (masa outdoor baru kwn aku dtg so ada 2 org time outdoor sahaja). tp hasil abg azmi mmg tiptop! serius. mula2 aku mcm frust jugak sbb ada sorang je yg cover. yelah takut dia terlepas pandang ke apa ke kan. tp tulah kalau dah kata professional kan, apa ada hal. 

dari segi timeline album siap pun sebenarnya mmg tiptop. tp sbb aku yg terhegeh2 pilih gambar, bayo belance lambat :P tu yg album pun lambat dpt. hihi. aku rasa album sbnrnya blh siap dlm sebulan sengah ke 2 bulan sbb dlm 3 minggu lps event diorg dh emel aku mintak permisi utk pilih gambar enlargement and preview. tp sbb time tu nak raya sibuk tak sempat nk pilih gambar dgn husband admitted and MC hampir sebulan setengah so semua proses2 ni jadi lambat and delay. bukan salah diorg tapi salah aku sebenrnya. 

yang specialnya photgrapher ni ialah pakej Infrared diorg. serius cantik tau. korang pun tak sangaka yg gambar korang akan jadi mcmni lepas di inrfared kan. 





sori kalau gmbr ni blh buat korang muntah. saje nk letak muka gedik ni :p




ada byk lagi sebenarnya infrared ni tp tak larat nk upload. pasni nk kena upload gambar yg original pulak. takut byk sgt upload kang korang pening lak tgk. hihi

dr segi kualiti album mmg terbaik. and style diorg shoot and edit pun mmg thumbs up! yg ni kwn2 aku yg ckp tau. sbb masa album ni sampai (deliver to opis) harulah masin2 semua curious sbb aku dpt kotak besar. diorg ni bukanlah menyibuk tp sbb kitorg staff tak ramai so staf kat sini dh mcm adik beradik. so takdehal lah aku membuka album di dgn staf2 yg lain and diorg pun komen ckp cantik! bukan pengantin sbb pengantin mmg dh cantik dah. HAHAHA. tp album and cara susunan gambar.

lagi satu aku mmg berkenan photographer ni punya cara amik gambar. kalau nak ikutkan baju, hantaran and perkahwinan aku ni biasa2 je. tp sbb dia shoot tu cantik buat aku rasa mcm hebat sgt pulak benda2 ni. hehe. comtoh mcm baju sanding ni biasa2 je tp bila kau tgk gmbr yg ni aku rasa mcm berkenannn sgt. mcm hebat sgt pulak baju sanding ni :p




panjang pulak rasanya aku bercerita kan. tp cerita panjang pun xguna kalau x beritahu siapakah OP ku ini. dan mereka ialah SWEET MOMENTS WEDDING .

jangan lupa terjah facebook diorang tau!

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 12 December 2013

ceritera ceritera macam macam

Assalamualaikum & hye semua! :)

taktau nak letak tajuk apa sbb taktau  nak cerita apa. tiba2 mcm semangat lak nak update entri baru tp idea takdak. jadi marilah kita merambu ramba saja kali ini.

sedar tak sedar rupanya dh 7 bulan lebih dah aku kahwin. yg lain2 pun sama. mcm saila dgn ziema lagi lah. tup2 je dh setahun, rasa mcm baaaaaaaaru je tgk saila update hari2 pasal weding prep dia. and rasa macam baaaaaaaaaaaaaaaaaru sgt p wedding ziema dgn cikmah dulu. serius rasa mcm semuanya masih baru lagi. dan jugak b2b 2013 yg sama2 update progress wedding and tgk blog2 diorg ramai yg dulu perut ramping sekarang besar ke depan sudah. hihi. nana, fifi, cikmah, elyana n ramai lg :)

itu mukadimah utk rakan2 blog.

dah alang2 update ni, meh aku nak cita pasal PCOS. sbb entri lps aku mls nk explain pcos tu apa. skrg ni based on kefahaman aku lah ye. kalau salah maafkan sy.

utk perempuan yg normal, ovari akan mengeluarkan ovum kan? ok sebelum ovum itu menjadi ovum, ia akan berada di dalam telur. sepatutnya telur itu akan membesar sehingga lah ia menjadi ovum. tetapi pesakit pcos ni, telur tu tidak membesar. dia jadi kecik2. bila telur tu tak membesar menjadi ovum so mcmna sprem nak disenyawakan kan? sbb tulah pesakit pcos ni tidak mengandung. tetapi tidak mengandung tidak bermaksud TIDAK BOLEH LANGSUNG pregnant ye. itu silap. ada je yg pesakit pcos get pregnant. cuma kena berusaha lebih sikit dr org lain je :)

aaaa, nak membebel apa lg ni?

itu jelah kot. haha. entri takde motif. maafkan sy wahai pembaca.



gambar mmg takde kena mengena dgn entri atau tajuk. sbb taktau motif apa kan entri ni sbnrnya? haha. album aku siap lama dah sebenrnya tp tak dan nak p amik. insyaAllah dh dpt album semua nnt aku review wedding aku yg berlangsung pada 7 bulan yg lepas ea? hihi

 ~kisah hati cikCT~