the bloggers !

Friday 12 September 2014

TTC: macam mana nak buat appointment untuk ke O & G buat pertama kali.

Assalamualaikum & hye semua! :)

ada orang tanya aku, macam mana nak buat apointment direct ke o&g. aku faham perasaan tu. sebab dulu masa mula2 aku nak jumpa pakar pun bercinta jugak.asyiklah tangguh sana tangguh sini.takut katanya.sbb takut prosedur dia macam2.tapi last2 menyerah diri jugak sebab stghess tgk period ni  mengada2.suka2 hati je dia nak datang taknak datang kan.

macam aku, tak pergi klinik biasa. sebab dah tau jawapan diorang apa. mesti akan bg ubat turun period. sebab tu aku p jumpa pakar. macam yg aku pernah sebut sebelum ni, hospital aku ialah Al-Islam Kg Baru. kenapa aku pergi sini sebab utama ialah panel. hihi. kalau tanya aku servis ok ke tak. aku x boleh nak jawab. sebab aku dah biasa dkt sini dgn doktor feveret aku. so aku rasa best je. tp tak semua org akan rasa best sebab kalau siapa yg dah pernah pergi alislam mesti tahu kenapa.hehe

ok dah mengarut. disebabkan aku nak jumpa pakar ni bawah panel. diulangi panel ye. aku tak boleh direct p jumpa o&g. boleh je kalau nk pergi tp ko kena bayar sendiri. kalau taknak bayar, kena jumpa MO dulu. since alislam pun mmg ada MO, so aku just jumpa MO/ doktor biasa. cerita apa masalah dan cakap yang kita nak jumpa pakar. so far, doktor tu takde masalah. memang dia bg je GL (Guarantee letter) untuk kita bwk blk ofis nak mintak ofis atau HR keluarkan GL. once MO/ doktor dah bg surat tu, bolehlah pula kita ke bahagian pakar untuk buat apointment bila.

untuk appointment yg seterusnya jika ada, kita dah x perlu lagi nak jumpa MO. sebab doktor pakar sendiri akn bg kita surat request GL dari company. kira nya dah senang sikit lah.

itu kalau yg nak guna GL. kalau nak bayar sendiri laaaagi lah senang. just call je hospital lepastu minta sambung ke bahagian pakar dan buat apointment terus.

sebenarnya tak susah pun. yang penting langkah pertama kita. sama ada berani atau tak nak jumpa pakar sakit puan. ada sesetengah orang taknak jumpa pakar sebab bagi mereka, mereka tak sakit. mereka takde masalah. kalau tak sakit pun tak salah kan kita p jumpa pakar? daripada asyik tertanya2 kenapalah period aku jadi macam ni. kenapalah itu kenapalah ini.

sekian sahaja tips dari newbie TTC. byk lagi yg aku kena belajar ni. yg paling penting ialah kena belajar SABAR :)

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 11 September 2014

TTC: Metformin - Clomid

Assalamualaikum & hye semua! :)

disebabkan ramai yg mash mengingatiku.chewahhh ;p marilah kita update blog secara konsisten. hehe

kali ni nak cerita pasal TTC. aku pernah cerita sebelum ni yg aku pernah pregnant dan dah selamat pun kandungan aku dulu (D&C). kalau ikutkan if kandungan tu menjadi, due date aku ialah 6 September 2014 :)

rasanya dah cukup kot aku berehat.dnc mmg betul2 hujung bulan 2. pantang bermula awal Mac dan sekarang dh menjengah ke pertengahan September. 6 bulan dah kosong dan mengharapkan natural pregnancy. tp belum rezeki lagi Dia cakap.since period pun nmpk mcm dah ok. cycle dah tak berapa nak lari2 macam sebelum pregnant dulu. aku pun melangkahkan kaki menggagahkan diri ke hospital feveretku. Al-Islam Specialist Kg Baru ataupun org panggil KBMC.

aku pergi al-islam 2 minggu lps. masa tu cycle dlm 20++ rasanya. mmg menunggu hari nak period jelah kan.doktor bagi metformin and clomid. clomid dah pernah mkn dulu. yg metformin ni 1st time dia bg. cuak gak masa mula2 amik metformin sbb taktau apa kesan dsb. metformin kena makan 2x sehari. pagi dgn malam selepas mkn. tp sbb aku ni penakut plus pemalas plus pelupa, so aku amik metformin tu mlm je. kesan yg aku rasa ialah cirit birit pg esoknya. mula2 aku ingat aku salah makan. sbb masa 1st time mkn tu. aku keluar masuk toilet 3 kali. lpstu esoknya aku kena lagi pada waktu yg sama. dan2 sampai ofis pg tu aku google kesan metformin. dan memang betul cirit birit is of the effect -_- . last2 aku mkn metformin 3 hari je sebab xtahan sakit perut pg2 time tido. tapi sebenarnya kes mls nk bangun p toilet ;p

doktor ada pesan haritu, once dah period kena call dia untuk buat apointment.disebabkan semalam hari kedua period so aku pun call lah dia. sambil2 call untuk buat apointment, tanya doktor kenapa bila sy makan metformin sy kena cirit birit. dia kata, "itu normal sebab badan awak banyak toksin. badan awak respon dgn metformin tu. jadi jangan tinggal makan metformin tau". aiyak, hantuk kepala sendiri kat dinding.

maka, start dari semalam aku dah mula ambil metformin dan clomid. asid folik juga tidak dilupai. kalau ada apa2 perkembangan aku inform lagi dalam blog. kalau aku senyappp je maksudnya takde perkembangan lah tu ;p



 ~kisah hati cikCT~

Monday 8 September 2014

lama dah.

Assalamualaikum & hye semua! :)

rasa macam lama dah sangat tak update blog.
rasa macam lama dah sangat tak menulis dlm blog
rasa macam lama dah sangat tak bercerita dari hati
rasa macam lama dah sangat tak meluahkan cerita hati
rasa macam lama dah sangat menyepi :)

insyaAllah I will be back to you blogspot
dengan cerita2 dan mungkin juga pengalaman
dan mungkin blog akan lebih kepada cerita TTC :)

majoriti kwn2 sy kat sini ialah ex b2b 2013
sbb rasanya time tu lah yg paling aktif berblog
tgk bloglist kawan2 entri kebanyakan dah cerita tentang anak masing2
seronok!
selalu baca entri diorang mesti senyum sorang2
baca keletah anak masing2
tahniah semua :)

yang belum ada rezeki anak jangan sedih2 tau
jangan sedih2 macam saya.hihi
sebab Allah tau bila waktu yg terbaik untuk hadiahkan kita rezeki zuriat
Dia akan bagi bila kita perlukan bukannya bila kita nak :)


 ~kisah hati cikCT~