Assalamualaikum & hye semua! :)
ada orang tanya aku, macam mana nak buat apointment direct ke o&g. aku faham perasaan tu. sebab dulu masa mula2 aku nak jumpa pakar pun bercinta jugak.asyiklah tangguh sana tangguh sini.takut katanya.sbb takut prosedur dia macam2.tapi last2 menyerah diri jugak sebab stghess tgk period ni mengada2.suka2 hati je dia nak datang taknak datang kan.
macam aku, tak pergi klinik biasa. sebab dah tau jawapan diorang apa. mesti akan bg ubat turun period. sebab tu aku p jumpa pakar. macam yg aku pernah sebut sebelum ni, hospital aku ialah Al-Islam Kg Baru. kenapa aku pergi sini sebab utama ialah panel. hihi. kalau tanya aku servis ok ke tak. aku x boleh nak jawab. sebab aku dah biasa dkt sini dgn doktor feveret aku. so aku rasa best je. tp tak semua org akan rasa best sebab kalau siapa yg dah pernah pergi alislam mesti tahu kenapa.hehe
ok dah mengarut. disebabkan aku nak jumpa pakar ni bawah panel. diulangi panel ye. aku tak boleh direct p jumpa o&g. boleh je kalau nk pergi tp ko kena bayar sendiri. kalau taknak bayar, kena jumpa MO dulu. since alislam pun mmg ada MO, so aku just jumpa MO/ doktor biasa. cerita apa masalah dan cakap yang kita nak jumpa pakar. so far, doktor tu takde masalah. memang dia bg je GL (Guarantee letter) untuk kita bwk blk ofis nak mintak ofis atau HR keluarkan GL. once MO/ doktor dah bg surat tu, bolehlah pula kita ke bahagian pakar untuk buat apointment bila.
untuk appointment yg seterusnya jika ada, kita dah x perlu lagi nak jumpa MO. sebab doktor pakar sendiri akn bg kita surat request GL dari company. kira nya dah senang sikit lah.
itu kalau yg nak guna GL. kalau nak bayar sendiri laaaagi lah senang. just call je hospital lepastu minta sambung ke bahagian pakar dan buat apointment terus.
sebenarnya tak susah pun. yang penting langkah pertama kita. sama ada berani atau tak nak jumpa pakar sakit puan. ada sesetengah orang taknak jumpa pakar sebab bagi mereka, mereka tak sakit. mereka takde masalah. kalau tak sakit pun tak salah kan kita p jumpa pakar? daripada asyik tertanya2 kenapalah period aku jadi macam ni. kenapalah itu kenapalah ini.
sekian sahaja tips dari newbie TTC. byk lagi yg aku kena belajar ni. yg paling penting ialah kena belajar SABAR :)
~kisah hati cikCT~
4 comments:
Setuju2 ..drpd asyik tertanya2 baik amik langkah pertama..setuju2...klau dah g al islam br tau ape yg xbest..hehe...tp yg penting dktr beat kan..
fifi dulu pergi LPPKN je.. pon bercinte sebb byk prosedur..
Post a Comment