the bloggers !

Monday 7 December 2015

Alhamdulillah

Assalamualaikum & hye semua! :)


Alhamdulillah.
15/11/2015
5.44 petang
3.5 kg
Normal
Gombak Medical Center, Batu Caves Selangor.

Muhammad Zhareef Nazhan bin Nurul Hazriq :)


 ~kisah hati cikCT~

Friday 13 November 2015

menghitung hari

Assalamualaikum & hye semua! :)

Alhamdulillah.

kami masih menghitung hari untuk bertiga.

mohon doa dari rakan2 samada yg dikenali atau tidak dikenali.

mohon ampun dan maaf jika coretan dan nukilan di blog pernah mengguris hati.

semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.

untuk rakan2 ttc yg lain, sy doakan anda juga diberikan rezeki zuriat. ttc tak bermakna kita tiada peluang untuk mempunyai zuriat. isnyaAllah Allah dah tentukan segalanya untuk kita :)


 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 7 October 2015

TTC: update part 2

Assalamualaikum & hye semua! :) ~kisah hati cikCT~

rasa mcm nak sambung cerita ttc dulu. blh simpan buat kenangan kan :)

macam cerita sebelum ni, aku pergi mengurut dengan makcik dkt merlimau. mungkin mengurut dgn makcik tu hanyalah jalan untuk aku. rezeki aku lps urut dgn dia, alhamdulillah aku pregnant. selepas 9 hari delay baru dpt detect pregnant. tupun upt kabur yang amat sangat.

perasaan masa tu? speechless. walaupun mmg berharap sangat upt positif. sebab masa urut dgn makcik tu, dia ckp insyaAllah lpsni awk terus pregnant. secara tak langsung kita pun haruslah berharap kan walaupun mcm samar2 je harapan tu. aku tak berani nak cakap yg urut dengan makcik tu kompem blh terus pregnant tp Allah cakap rezeki aku dgn makcik tu. makcik tupun cakap dia hanya membantu mana yg boleh saja.

lgpun aku rasa faktor nya, husband pun urut sekali mlm tu tapi dgn orang lain. my own theory, dua2 punya darah dah cantik sbb lps kena urut kan. ditambah lg lepas urut aku terus period. jadinya mungkin rezeki kami kat situ. ditambah lg sebulan sebelum tu aku dah buat HSG. jadi nya mungkin selepas HSG dia dah clearkan apa yg sepatutnya takde dlm tiub kiri dan kanan. itu semua mungkin faktor2 sahaja.

aku ingt lagi, siap cakap dgn husband yg tak mungkin kot pregnant (masa period dah delay) sebab kami jarang BD (opps!) sebab sepatutnya kalau betul2 nk time subur tu kan kita kena aktif sikit tp taktaulah kenapa masa tu rasa mcm mls sgt. ada jelah BD tu tp mmg jarang dari sebelum2 ni punya usaha bila kita agak2 kita tgh subur. tuyg kami speechless dan tidak menyangka akn mengandung. alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Rumusan yg aku blh buat antara usaha sebelum aku dapat tau aku pregnant ialah:

1) clomid 50mg, 100mg, 150mg (dari Jun-September) : tidak berjaya
2) HSG test (November)
3) Sperm test (Disember)
4) Consultation semula dgn Dr Ros dari Al-islam. dia suggest for naturally since  mslh kesuburan kami tidaklah terlalu teruk. kemudian kami decide for IUI hujung tahun 2015 atau awl tahun 2016 jika tak pregnant lagi
5) Just follow the flow and enjoy hidup berdua
6) Berurut dengan cik minah (merlimau) husband pun berurut jugak tapi dgn org lain (awal Februari masa cuti wilayah)
7) alhamdulillah positive pregnant :) (detect middle of March)

Allah permudahkan usaha ttc aku kali ni. rezeki dtg saat kami decide kami nak berehat from any treatment. nak cuba natural supplimen mcm habatusauda, pil zuriat, pati delima, etc. Alhamdulillah syukur. mungkin bila kita tak terlalu berfikir, stres ti kurang dan ianya datang secara natural. Kuasa Allah :)

minggu ni dah 34w. kejap je masa berlalu. doktor dah suruh standby by 20th october baby blh keluar dah. cuak dalam masa yg sama tak sabar nk jumpa baby. mohon doa dari rakan2 semua ye :)

insyaAllah ada masa aku cerita preganncy journey pula ye.

Friday 31 July 2015

diana oh diana

Assalamualaikum & hye semua! :)

semalam kecoh kat newsfeed pasal si diana ni. ada sape2 yg taktau sape diana?blh tgk gambar bwh ni ye.


 aku ingt nk try jgk buat dkt sang suami. tp harini agak bz sbb pg td ada jamuan raya peringkat kampus lpstu lunch pulak p open house dekat dewan perdana felda. sbb dekat plus ada yg sudi amek haruslah aku tak berpeluang nk mkn percuma kan. hehe

jadinya, cita2 aku nak mengenakan sang suami tak berjaya. sbb nak tgk jgk respon dia mcmna kan. tup2 lps blk opis tghri td bos panggil pulak. so ada lah hal yg kena setelkan. hp tinggal je kat meja mls nk usung ke hulu hilir.

bila blk je kat meja after 1 hour dpt wasup dr sang suami. mula2 dah cantik dah intro beliau sebab kebetulan kereta mmg tgh problem pun.. malangnya sang suami lupa nak tukar nama diana tu. maka kantoilah di situ cubaan beliau untuk memprank isterinya. wakakakaka


sila cuba lagi sekali ye cik abg. HAHAHA

 ~kisah hati cikCT~

Friday 24 July 2015

Cuti Umum 2016

Assalamualaikum & hye semua! :)

selamat hari raya semua !
tiba2 rajin pulak nak edit cuti umum untuk tahun depan. hihi
enjoice!


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 14 July 2015

just rambling.

Assalamualaikum & hye semua! :)

rasanya makin lama makin teruk pemalas nak update blog. taktaulah kenapa -_____-

takpelah, harini kita membebel jelah pape yg patut ye. aku taktau nk tulis apa sbnrnya tp saje tiba2 rasa nak menulis pulak.

alhamdulillah dah masuk 27 ramadhan harini. pertama kali berpuasa berbadan dua. puasa penuh ke tak ni? aaaaaaa. malu dgn ziema. dia pose penuh. sobsobs. dh 27 hari pose ni, aku dh tinggal pose 11 hari. sedih betul. time nilah patutnya pulun pose penuh sebulan kan. tp nak buat mcmna. masuk bln pose ni aku baru je baik dr mabuk. selera mkn tgh nak ada. jadi perut mmg tak blh lapar. kadang tu keraskan jgklah hati pose. selang 2-3 hari puasa, aku akn ponteng sehari. tgk keadaan badan mcmana. dan salah satu faktor utama jugak ialah sepanjang preggy yg dah masuk 5 bulan ++ ni, berat badan aku tak pernah naik walau sekilo. ,maitain dari start preggy 62.4kg. adalah sekali aritu naik 62.7kg lpstu bulan pose ni dia turun blk pd berat asal masa awl preggy. tak ke cuak makyong ni?

tp ramai ckp insyaAllah stat 6 bulan ke ats nanti berat akn naik jgk. takpe, tak naik berat badan takpe, yg penting dlm perut ni sihat. insyaallah. preggy ni jgk aku ada mslh hb rendah. paling rendah 9.9 -__-. sory baby. ibu tak blh nak ambil pil iron tu sbb alah dgn pil iron. dh try ambil iberet folic. lg teruk. alahan nya melampau2 sampai merah2 naik ke muka. so last option ialah, diet with iron nutrien. insyaAllah cekup lpsni hb ibu naik semula ye.

di kesempatan ini, sy nak mengucapkan selamat hari raya pada semua yg membaca blog saya. walapun saya tau takdelah ramai pun yg baca blog ni tp sy nak pesan, balik beraya hati2 di jalan raya ye. to TTCians, sy doakan anda semua dikurniakan rezeki zuriat yg soleh dan solehah. insyaAllah :)



 ~kisah hati cikCT~

Thursday 18 June 2015

Salam Ramadhan dan rezeki kan Allah yang bagi :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

cerita pasal ttc update tak habis pun lagi kan. kita sambung cerita lain pulak ye. biasalah blogger (ke?) suam2 kuku memang macamni ;p

seperti sesetengah orang yang dah tau, Alhamdulillah sekarang ni aku dah masuk pertengahan trimester kedua. mohon doakan dari semua supaya kandungan kali ni sihat hendaknya sehingga beliau selamat dilahirkan. macam2 nak cerita tp sekarang sibuk sangat. masa mula2 dapat tau pregnant mmg unexpected. kami takde usaha sangat seperti TTC yg lain. usaha tu ada tp tak sehebat yg lain.

masa dapat au pregnant pun baru je 4 minggu (sebab period kan selalu delay) lepas 9 hari delay baru detect pregnant. semiggu pertama ok masuk mggu kedua dah stat mabuk. hampir 3 bulan melepek je di ofis. pagi2 bangun tido mmg wajib muntah. dekat ofis pun blh sambung muntah lagi tp masih under controlled.

masuk bulan ketiga pregnant, Allah bagi rezeki lain pula. mmg tak sangka sangat. alhamdulillah dapat offer kerja lain. walaupun kerja baru yg dapat tu benefit dia lebih kurang mcm company sekarang malahan company sekarang sebenarnya lebih banyak benefit. tapi bila aku fikir balik, rezeki ni Allah bagi sekali dengan rezeki zuriat. mana mungkin aku tolak. walaupun perasaan tak selamat tu ada tp macam yg aku cakap awal2 lagi, rezeki tu Allah yang bagi. insyaAllah ada rezeki pulak untuk jawatan tetap. kalau dah jadi tetap nanti , dah tak perlu nak fikir simpanan di hari tua kan :)

harini dah hari ke 4 aku kat tempat kerja baru. so far so good cuma tanggungjawab baru ni lebih mencabar. company lama mmg mencabar tapi sebab library lama kau yang bukak semunya bermula dari aku jadi cabaran nya tu kita dah biasa tanggung. library yang baru ni sangat mencabar sebab aku kena asah semula ilmu bahasa arab yg aku dah tinggalkan 10 tahun lalu. semoga Allah memudahkan urusan pekerjaan ku di sini.

to my little baby, kita sama2 survive kat tempat baru ni tau. sama2 jadi kawan ibu kat sini. abah awk dah jadi driver bertauliah kita berdua :) harini 1st day puasa dgn baby, hopefully blh bertahan sampai berbuka. abah awk dah risau blh ke tak ibu awk ni puasa tp kita cuba sama2 tau.

untuk kwn2 ttc lain, saya doakan selepas ini rezeki anda. insyaAllah rezeki zuriat akn ada cuma cepat atau lambat. ada masa nanti aku cerita pengalaman sebelum dan semasa mengandung  ye. tempat baru ni tak berani nak curik2 tulang sangat. hihi





 ~kisah hati cikCT~

Sunday 31 May 2015

CADAR PATCHWORK MURAH RM100

Assalamualaikum & hye semua! :)

*ENTRY BARU DI BAWAH*

Entry tahun baru kita mulakan dengan penjualan CADAR PATCHWORK RM100 :)

tiba2 semangat pulak nak meniaga kan. hihi

kali ni kita jual cadar patchwork termurah di pasaran tanpa perlu  borong utk dapatkan harga serendah RM100.

Instagram : cadarpatchworkrm100
FB: Elsa Patchwork RM100

Cadar patchwork 100% cotton
Queen/ king : 1 cadar + 2 sarung bantal
Rm100 



untuk postage perlu tambah RM15 semenajung malaysia dan Rm30 sabah dan sarawak.
utk COD di Kg Baru dan NSK Rawang sahaja.
boleh wasap 017-6190500 (Untuk patchwork sahaja)








selamat bershopping!
jemput2 cuci mata tengok.

 ~kisah hati cikCT~

Friday 22 May 2015

TTC: update

Assalamualaikum & hye semua! :)


Nak kata usaha TTC pun aku malu sebenanrnya. sendiri sedar yg diri tak segigih ttcians lain. kagum tgk pcoser2 lain dgn usaha2 mereka. keep it up!

antara usaha yang aku pernah buat dulu, masa 1st pregnancy kalau ada yg ingat aku pregnant lepas ambil clomid 50mg. alhamdulillah 1cycle sahaja dgn clomid 50mg. merasa sekejap jadi ibu mengandung :) tapi Allah cakap masa tu belum rezeki aku untuk melahirkan lagi, maka nya, masa 12 minggu kandungan digugurkan. pengalaman yang sangat berharga :)

lepas 6 bulan, aku start blk jumpa o&g sbb dah cuba secara natural untuk pregnant. kali ni ambil smeula clomid 50mg. failed. kemudian terus dgn clomid 100mg. juga failed :) kemudian doc suggest untuk buat hsg dan husband buat sperm test. kami berdua buat ujian2 tersebut. aku ada cerita pengalaman HSG di hospital tawakal dalam entri sebelum ni. husband pun buat sperm test juga di hospital al islam. semua ni dibuat masa bulan Disember 2014.

bila kami jumpa pakar semula untuk consultation, doktor cakap tiub kanan aku ada sikit sangkut (bukan blocked) dia cakap aku  masih blh pregnant sbb tiub kiri normal. untuk husband pulak, sperm count ada kurang sikit 70-30 (tulah merokok lagi. huh) masa ni memang dah sedih sebab kami rasa untuk kami dapatkan anak tu tipis. kena usaha lebihhhhhh lagi. so kami decide yang kami nak try lagi natural dan cukup tahun ketiga kalau takde rezeki anak lagi, we will go for IUI. memang tekad habis dah masa tu nak IUI. xsilap masa tu bulan Januari.

lepas HSG bulan 12 (hujung tahun buat rasa dlm 30 disember kot) aku tak period. period delay sampai ke CD42. lama gila. tp aku tak rasa apa pun sebab dah biasa period lewat. masa bulan februari cuti panjang thaipusam dgn hari wilayah aku balik melaka. kebetulan kawan aku suggest pergi berurut dekat merlimau. aku pergi sbb kebetulan dah lama tak berurut plus dekat dgn kawasan rumah. pergi berurut memang tawakal. xde fikir nak urut sebab nak anak. just pergi sebab nak cuba sahaja.

masa urut, makcik tu cakap rahim aku kering tak subur. dia tgk tapak kaki je. lpstu dia cakap takpelah kita urut bg rahim tu cantik sikit. sebab dah biasa pergi urut so aku xde fikir pape. kalau ada rezeki alhamdulillah. kalau takde takpe kita usaha je. sebab dulu2 masa awal2 mengurut aku selalu berharap lepas urut aku akn pregnant tapi kalini mmg pergi urut tu untuk usaha je. masa urut tu aku cakap yg aku period dah delay. then makcik tu urut sambil cakap takpelah. kalau ada zuriat diaminta dipelihara masa urut2 kat perut tu, kalau xde zuriat turunkanlah period. aku pun ok kan jelah.

kebetulan lps urut,  husband jumpa kawan dia dekat area situ jgk. jumpa pulak dgn tokey warung tu. borak2 dia kata dia boleh urut untuk lelaki jgk. nak dijadikan cerita, husband & kawan janji nak urut dgn pakcik tu mlm tu jugak (kwn husband pun dah setahun kawen belum ada anak lagi). so mlm tu pukul 11 kamii shoot ke merlimau semula untuk urut husband.

mungkin dah ditakdirkan, 2-3 hari lepas urut dgn makcik tu aku period. alhamdulillah lega rasanya. sebab aku dah fikir macam2 dah ni. nak beli habatussauda sbb nk bg turun period. yelah kan xselesa bila kita tak period lama. period datang mcm biasa dalam 8 hari kot.dan kemudian berjalan lah seperti hari2 biasa.

tak tahulah nak cerita macamna, tapi lagi sekali period aku delay tp xdelah lama sangat. biasalah cd32 tak period lagi tu tp tangan gatal nak cek upt. result? haruslah negatif. HAHAHA. cd35 test lagi (almaklumlah beli upt murah je dekat kina) result? haruslah negatif lagi. HAHA. masa ni mmg dh pasrah, udah2 ler tu takyahler cek upt lagi. membazir je. so aku just proceed dgn kehdupan seperti biasa.

macam panjang sgt pulak cerita. sambung nanti boleh tak? hihi



 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 5 May 2015

2 years and counting

Assalamualaikum & hye semua! :)

Alhamdulillah.

3 Mei 2015.
2 tahun menjadi yang halal.
Semoga ikatan yg halal ini kekal hingga hujung nyawa.
Terima kasih sudi menjadi pasanganku walaupun terlalu banyak onak dan duri.
Pelbagai yang telah kita lalui bersama.
Semoga perkahwinan kita sentiasa dilindungi Allah.
Semoga zuriat kita selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.
Semoga kita berdua menjadi contoh yang baik untuk zuriat-zuriat kita.
Semoga zuriat-zuriat kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Amin.



 ~kisah hati cikCT~

Monday 13 April 2015

Previous pregnancy

Assalamualaikum & hye semua! :)

kalau sesiapa yang follow blog picisan ni, mesti tau yang dulu aku pernah pregnant kan? kalau yang tak tahu dan nak tahu cerita bolehlah korek entri2 lama ye. daku pemalas nak throwback. hehe

ok, cerita dia macam ni ada sorang kawan dia pregnant. lpstu dia tanya aku ttg previous pregnancy ku. dengan rela hatinya mestilah kita cerita kan sebab cerita berharga plus dah cerita lama. sedih memang sedih tapi dah Allah kata belum rezeki kami lagi masa tu. jadi kami kena redha.

cerita nya, kawan ni takut nak pi bukak buku sebab takut jadik mcm aku. what the??? ok masa ni rasa macam nak marah eh mmg marah dah pun tapi of kos wih the professionility lah kan. dia kata takut nak cek sebab takut ada benda buruk jadik kat kandungan. eh????

bagi aku kalau kita tak cek dari awl laaaaaagi lah kita taktahu kondisi baby macamna. sama ada dia berkembang ikut time dia atau pun tidak. kalau dah 12 minggu baru nak bkk buku lpstu ko scan tgk kandungan baru 6 minggu ko rasa ko nak percaya  ikut scan atau tarikh last ko period? kalau tanya doktor pun doktor tak blh jawab soklan tu tau x. sah2 dia akn ikut tarikh scan sedangkan ko memang pasti yg kandungan ko sepatutnya dah 12 minggu. tapi ko nak argue macamna kalau ko takde bukti. betul tak? doktor akn cakap yg ko ovulate lambat sbb tu tarikh scan tak sama dgn tarik ko last period.

dulu kandungan aku tak menjadi sebab tu masa 12 minggu kena buat abortion. D&C. patut tggu gugur sendiri tapi dah sampai 12w tak turun jgk so kandungan terpaksa digugurkan. dan yang best bila ada orang tnya macamna kandungan boleh tak menjadi? hurm. susah akak nak jawab soalan tu dik. jawapan dia hanya Allah yang tahu. setiap wanita yang mengandung mestilah mengharapkan kandungannya sihat sehinggalah selamat dilahirkan. aku pun tak pernah terfikir yg kandungan tu tak menjadi. sumpah tak pernah terpikir. bila dah jadi  macamtu baru aku mencari jawapan dan sebab2nya. tapi memang takde punca pun sebanarnya. bukan sebab ko makan nenas secubit sebab tu kandungan ko tak menjadi. sebab ko lasak sangat sbb tu kandungan tak menjadi. tak2. bukan sebab tu. sebabnya Allah dah aturkan yg kandungan tu tak menjadi. sifat percantuman dia tak sempurna sebab tu baby xboleh nak develop. kuasa Allah kan?

seriously aku sendiri takut bila aku pregnant lagi. takut nanti jadik macam kandungan lalu. siapa tak fobia weh. ko mengandung tiba2 bila ko scan baby takde. jantung takde semua takdelah ada kantung je. ko akn rasa fobia bila setiap kali ko nak scan sbb ko takut nak terima kenyataan yg baby ko mmg takde sebenarnya. tapi kawan2 aku selalu pesan kat aku, kalau Allah kata ada rezeki zuriat utk ko insyaAllah ada. kena percaya dengan kuasa Allah. ko buat lah macamna pun, ko makanlah makanan terbaik dalam dunia ni tapi bila Allah kata zuriat ni bukan untuk ko, siapa kita nak menolak apa yang Allah dah tetapkan.

kawan aku pernah cakap, baby dalam perut ni kebergantungan hidup dia dengan Allah lebih tinggi dari kita manusia yang dekat dunia ni sedangkan baby masih dalam kandungan kita lagi. jadi kita kena percaya yang Allah sentiasa lindungi zuriat dalam kandungan kita. kena doa selalu mintak dengan Allah pelihara zuriat dalam kandungan kita. insyaAllah semuanya akan selamat kalau kita percaya dengan kuasa Allah.

lama tak update blog, tiba2 update bagi ceramah pulak kan :p

 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 17 March 2015

Pengalaman HSG di Hospital Tawakal

Assalamualaikum & hye semua! :)

Lama ambil mood nak update blog. terfikir nak share ke tak cerita HSG hjg tahun lepas. mula2 rasa macam taknak share since dah tau ada org 'minat' kat kita. baca blog kita nak tgk life kita. lpstu sedih tgk life ttc kita. *poor me*

uwaaaaaa. start entri dah negatif. acaner ni? ok2. kita cerita betul2 balik.

ada entri sebelum ni aku cerita yg next cycle for 100mg clomid im failed. kecewa tapi hidup perlu diteruskan kan? since doktor dah ckp if failed dgn clomid, aku kena buat hsg. ok jom buat appointment untuk hsg. hsg tak de dekat al islam so nurse al islam tlg buatkan appointment utk aku dkt hospital tawakal. period je kena call nurse sbb hsg ni kena dibuat masa cd10/11. elok habis period. dan perlu diingatkan TIDAK boleh bersama sebelum HSG dilakukan.

appointment pukul 9 tp sblm pukul 9 aku dah ada kat sana. mcm biasa doktor tak sampai lagi so kitorang p breakfast dulu. setel breakfast, masuk blk hospital dan2 pulak aku sakit perutttt. cis. so biar husband masuk dulu. elok lps setel p toilet husband ckp nama aku dah kena panggil dan kena masuk bilik xray tu.

dalam bilik xray, nurse dah tunggu. dia suruh bukak kain dan tanggal panties. baju dgn tudung semua takyah bukak. fuhhh lega. dia suruh baring atas benda yg macam ala2 katil tu. sementara tggu doktor, nurse tu explain apa yg akan dibuat bla bla. then tanya nurse, doktor mana yang akn buat nanti? dia ckp dr fatimah yakin. owhhh, nama dr tu familiar dan berdasarkan pembacaan doktor tu baik. hihi

pengalaman masa hsg? ada yg cakap sakit gila macam nak nangis kan? tapi untuk aku alhamdulillah, rasa sakit tu boleh dikawal. mcm senggugut lite2 giteww. masa nk lepaskan dye tu ada rasa senak sikit. aku asik usap2 perut sbb nak legakan sakit. bila aku tutup mata doktor ckp jgn tutup mata tak sakit pun. hahaha. aku tutup mata sebab aku ternampak benda yg dia nak masukkan kat tutt tu. gila ngeri tengok benda tu! konsep aku senang je, ko nak buat apa pun buatlah tapi jgn bagi aku nampak apa yg ko nak buat. sebab once kita dah nampak benda atau alat tu mesti kita fikir macam2 kan?

secara jujurnya, perasaan aku masa hsg tu ada rasa sikit takut sebab org ckp sakit sangat semua kan. tapi mungkin sebab pengalaman pernah d&c dulu buat aku rasa d&c lagi sakit sebenarnya. uwaaaaaaaaaa.

dan keputusannya? aku lupa nak amik gambar. wakaka. tapi yang aku ingt. result tiub kiri ok tp tiub kanan ada macam stuck sikit. dye jalan tapi slow. dia tulis ada peritubal adhesions. masa baca tu mmg dah frust wehhhh. uwaaaaaaaaaaaa. tiub kanan tak normal. tiub kanan flow tak cantik semualah macam2. gigih aku google tak jumpa apa maksud peritubal adhesions tu. so kena tggu lah next appointment dgn dr dkt al islam. kebetulan zarith ada cerita ttg hsg dkt tawakal jgk so aku tnya dia. dia ckp maskudnya ada lekatan dkt tiub kanan aku. tersumbat sikit dan bukannya tersumbat semua. hopefully masa flush dye tu, lekatan tu terbuka semula or etc. fuhhh. lega dengar.

bila jumpa doktor dkt al islam, doktor pun cakap yg tiub aku normal sebab tiub kiri masih berfungsi. so jangan risau. awak masih boleh mengandung natural. insyaallah dgn izin Allah. dotor taknak bg clomid lagi sebab dia cakap clomid tak boleh amik lebih dari 6x. kemudian dia tanya kami, ada plan nak buat IUI ke? kami cakap ye tapi bukan sekarang. mungkin hujung tahun. doktor pun suggest suruh try natural dulu sekarang, kalau betul2 dah decide nak buat IUI inform dia nanti dia bg cadangan nk buat dkt mana since al islam xde buat IUI.

maka, selepas habis jumpa doktor dan kebetuln pulak dah awal tahun kami bercadang untuk mengamalkan cara hidup sihat. kami try natural. atau dalam erti kata lain berehat sebentar dari treatment hospital. and life goes on.

fuhh panjang cerita. lepasni aku nak cerita pulak tentang pengalaman urut. isnyaAllah makcik tu dah membantu ramai orang yg pregnant. nanti aku share cerita aku pulak ye :)

*no picture sebab sekarang nak buat konsep entri tanpa gambar. entri membebel namanya*

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 26 February 2015

kenapa jarang update blog?

Assalamualaikum & hye semua! :)

CADAR PATCHWORK MURAH RM100


1. sebab setiap kali nak update blog je mesti nak buat cerita keluh kesah che esah. rasa macam very the negative me. sebab tu setiap kali nak update je aku mesti padam balik entri. taktau kenapa susah sangat nak cerita yang baik2 sahaja T_T

2. rasa xde apa nak update. sebab skrg ni kononya tgh jadi bussinesswoman. iols jual cadarpatchwork uols. rm100 je. takut kang kalau update asik pasal cadar patchwork je org boring pulak baca blog senduku ini. hukhuk.

3. sebab banyak nak cerita pasal TTC. tp rasa mcm xboleh nak reveal sgt dekat dalam blog. rasa macam adaaaaaaaaa je  yg memerhati. scary kan? bukak dah blog utk TTC je tp tulah satu blog ni pun tak terlayan ada hati nak update blog satu?

4. sebab malu nk update blog dengan entri yg ntah pape.

5. tu jelah kot? da~~~~ hihi

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 12 February 2015

menyepi lagi

Assalamualaikum & hye semua! :)

CADAR PATCHWORK MURAH RM100


haish. taktau lah apa nak jadi sekarang ni. kemain pemalas lagi nak update blog. padahal bukan ada anak pun yang nak dikelek (bukan aku kata tapi orang yang kata. orang takde anak lagi xde alasan nak ckp diri ni sibuk) amboi introduction kemain lagi bg ayat panas kan.

sebab tu sekarang ni aku jadi lambat nak update blog. sebab takut blog ni akan jadi tempat luahan perasaan aku yang negatif. tambahan lagi iols dah ada stalker skrg. hye stalker! best x baca blog ni? :p

cerita TTC? tiada usaha walaupun kemain lagi azam tahun baru haritu nak diet. diet ntah ke mana ntah. HAHA.

anyway, jika ada yang berminat dgn cadar patchwork jgn segan jgn malu wasup daku ye.

CADAR PATCHWORK RM100
Facebook : Elsa Patchwork RM100
instagram : cadarpatchworkrm100

assalamualaikum =D


 ~kisah hati cikCT~