the bloggers !

Wednesday, 7 October 2015

TTC: update part 2

Assalamualaikum & hye semua! :) ~kisah hati cikCT~

rasa mcm nak sambung cerita ttc dulu. blh simpan buat kenangan kan :)

macam cerita sebelum ni, aku pergi mengurut dengan makcik dkt merlimau. mungkin mengurut dgn makcik tu hanyalah jalan untuk aku. rezeki aku lps urut dgn dia, alhamdulillah aku pregnant. selepas 9 hari delay baru dpt detect pregnant. tupun upt kabur yang amat sangat.

perasaan masa tu? speechless. walaupun mmg berharap sangat upt positif. sebab masa urut dgn makcik tu, dia ckp insyaAllah lpsni awk terus pregnant. secara tak langsung kita pun haruslah berharap kan walaupun mcm samar2 je harapan tu. aku tak berani nak cakap yg urut dengan makcik tu kompem blh terus pregnant tp Allah cakap rezeki aku dgn makcik tu. makcik tupun cakap dia hanya membantu mana yg boleh saja.

lgpun aku rasa faktor nya, husband pun urut sekali mlm tu tapi dgn orang lain. my own theory, dua2 punya darah dah cantik sbb lps kena urut kan. ditambah lg lepas urut aku terus period. jadinya mungkin rezeki kami kat situ. ditambah lg sebulan sebelum tu aku dah buat HSG. jadi nya mungkin selepas HSG dia dah clearkan apa yg sepatutnya takde dlm tiub kiri dan kanan. itu semua mungkin faktor2 sahaja.

aku ingt lagi, siap cakap dgn husband yg tak mungkin kot pregnant (masa period dah delay) sebab kami jarang BD (opps!) sebab sepatutnya kalau betul2 nk time subur tu kan kita kena aktif sikit tp taktaulah kenapa masa tu rasa mcm mls sgt. ada jelah BD tu tp mmg jarang dari sebelum2 ni punya usaha bila kita agak2 kita tgh subur. tuyg kami speechless dan tidak menyangka akn mengandung. alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Rumusan yg aku blh buat antara usaha sebelum aku dapat tau aku pregnant ialah:

1) clomid 50mg, 100mg, 150mg (dari Jun-September) : tidak berjaya
2) HSG test (November)
3) Sperm test (Disember)
4) Consultation semula dgn Dr Ros dari Al-islam. dia suggest for naturally since  mslh kesuburan kami tidaklah terlalu teruk. kemudian kami decide for IUI hujung tahun 2015 atau awl tahun 2016 jika tak pregnant lagi
5) Just follow the flow and enjoy hidup berdua
6) Berurut dengan cik minah (merlimau) husband pun berurut jugak tapi dgn org lain (awal Februari masa cuti wilayah)
7) alhamdulillah positive pregnant :) (detect middle of March)

Allah permudahkan usaha ttc aku kali ni. rezeki dtg saat kami decide kami nak berehat from any treatment. nak cuba natural supplimen mcm habatusauda, pil zuriat, pati delima, etc. Alhamdulillah syukur. mungkin bila kita tak terlalu berfikir, stres ti kurang dan ianya datang secara natural. Kuasa Allah :)

minggu ni dah 34w. kejap je masa berlalu. doktor dah suruh standby by 20th october baby blh keluar dah. cuak dalam masa yg sama tak sabar nk jumpa baby. mohon doa dari rakan2 semua ye :)

insyaAllah ada masa aku cerita preganncy journey pula ye.

14 comments:

Aimi Muhamad said...

alhamdulillah...kite doakan cik ct dan baby selamat semuanya. happy to hear u gonna be a mommy.

Puan Awin said...

semoga dipermudahkan proses bersalin nanti, baby ngn ibu selamat ;)

cik mah said...

Alhamdulillah...seronok bc cerita..

PUAN PIA said...

cik ct, waahhhh. dub dab dub dab u... dah beli ke barang2? anytime tu...

Sheila Salim said...

Alhamdullilah. Rezeki awak.. nak dekat due dah ehh. Semoga dipermudahkan dear :)

Diyana said...

xsabar nk tgu baby kuar (^_^)
hehe

niza rozi said...

Tahniah...sronok bc citer...sy pun ttc jgk...

Cik Kumbang said...

Alhamdulillah
semoga dipermudahkan bersalin nnt :)

Salam perkenalan
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my

bole x nak tahu maklumat mak cik urut tu
ni email sy : cikkumbang12@gmail.com

Ismi Ana said...

Next entri pleaseeee.. ^_^
Seronok bace pengalaman sis. Berkat kesabaran, alhamdulillah, rezeki.

tkah ridzuan said...

alhamdulillah..

fatihah razip said...

Salam. Awk boleh tak sy dptkan no n alamat cik minah tu? Rsa berminat nak try urut dengan dia.

fatihah razip said...
This comment has been removed by the author.
fatihah razip said...
This comment has been removed by the author.
fatihah razip said...
This comment has been removed by the author.