the bloggers !

Sunday 31 May 2015

CADAR PATCHWORK MURAH RM100

Assalamualaikum & hye semua! :)

*ENTRY BARU DI BAWAH*

Entry tahun baru kita mulakan dengan penjualan CADAR PATCHWORK RM100 :)

tiba2 semangat pulak nak meniaga kan. hihi

kali ni kita jual cadar patchwork termurah di pasaran tanpa perlu  borong utk dapatkan harga serendah RM100.

Instagram : cadarpatchworkrm100
FB: Elsa Patchwork RM100

Cadar patchwork 100% cotton
Queen/ king : 1 cadar + 2 sarung bantal
Rm100 



untuk postage perlu tambah RM15 semenajung malaysia dan Rm30 sabah dan sarawak.
utk COD di Kg Baru dan NSK Rawang sahaja.
boleh wasap 017-6190500 (Untuk patchwork sahaja)








selamat bershopping!
jemput2 cuci mata tengok.

 ~kisah hati cikCT~

Friday 22 May 2015

TTC: update

Assalamualaikum & hye semua! :)


Nak kata usaha TTC pun aku malu sebenanrnya. sendiri sedar yg diri tak segigih ttcians lain. kagum tgk pcoser2 lain dgn usaha2 mereka. keep it up!

antara usaha yang aku pernah buat dulu, masa 1st pregnancy kalau ada yg ingat aku pregnant lepas ambil clomid 50mg. alhamdulillah 1cycle sahaja dgn clomid 50mg. merasa sekejap jadi ibu mengandung :) tapi Allah cakap masa tu belum rezeki aku untuk melahirkan lagi, maka nya, masa 12 minggu kandungan digugurkan. pengalaman yang sangat berharga :)

lepas 6 bulan, aku start blk jumpa o&g sbb dah cuba secara natural untuk pregnant. kali ni ambil smeula clomid 50mg. failed. kemudian terus dgn clomid 100mg. juga failed :) kemudian doc suggest untuk buat hsg dan husband buat sperm test. kami berdua buat ujian2 tersebut. aku ada cerita pengalaman HSG di hospital tawakal dalam entri sebelum ni. husband pun buat sperm test juga di hospital al islam. semua ni dibuat masa bulan Disember 2014.

bila kami jumpa pakar semula untuk consultation, doktor cakap tiub kanan aku ada sikit sangkut (bukan blocked) dia cakap aku  masih blh pregnant sbb tiub kiri normal. untuk husband pulak, sperm count ada kurang sikit 70-30 (tulah merokok lagi. huh) masa ni memang dah sedih sebab kami rasa untuk kami dapatkan anak tu tipis. kena usaha lebihhhhhh lagi. so kami decide yang kami nak try lagi natural dan cukup tahun ketiga kalau takde rezeki anak lagi, we will go for IUI. memang tekad habis dah masa tu nak IUI. xsilap masa tu bulan Januari.

lepas HSG bulan 12 (hujung tahun buat rasa dlm 30 disember kot) aku tak period. period delay sampai ke CD42. lama gila. tp aku tak rasa apa pun sebab dah biasa period lewat. masa bulan februari cuti panjang thaipusam dgn hari wilayah aku balik melaka. kebetulan kawan aku suggest pergi berurut dekat merlimau. aku pergi sbb kebetulan dah lama tak berurut plus dekat dgn kawasan rumah. pergi berurut memang tawakal. xde fikir nak urut sebab nak anak. just pergi sebab nak cuba sahaja.

masa urut, makcik tu cakap rahim aku kering tak subur. dia tgk tapak kaki je. lpstu dia cakap takpelah kita urut bg rahim tu cantik sikit. sebab dah biasa pergi urut so aku xde fikir pape. kalau ada rezeki alhamdulillah. kalau takde takpe kita usaha je. sebab dulu2 masa awal2 mengurut aku selalu berharap lepas urut aku akn pregnant tapi kalini mmg pergi urut tu untuk usaha je. masa urut tu aku cakap yg aku period dah delay. then makcik tu urut sambil cakap takpelah. kalau ada zuriat diaminta dipelihara masa urut2 kat perut tu, kalau xde zuriat turunkanlah period. aku pun ok kan jelah.

kebetulan lps urut,  husband jumpa kawan dia dekat area situ jgk. jumpa pulak dgn tokey warung tu. borak2 dia kata dia boleh urut untuk lelaki jgk. nak dijadikan cerita, husband & kawan janji nak urut dgn pakcik tu mlm tu jugak (kwn husband pun dah setahun kawen belum ada anak lagi). so mlm tu pukul 11 kamii shoot ke merlimau semula untuk urut husband.

mungkin dah ditakdirkan, 2-3 hari lepas urut dgn makcik tu aku period. alhamdulillah lega rasanya. sebab aku dah fikir macam2 dah ni. nak beli habatussauda sbb nk bg turun period. yelah kan xselesa bila kita tak period lama. period datang mcm biasa dalam 8 hari kot.dan kemudian berjalan lah seperti hari2 biasa.

tak tahulah nak cerita macamna, tapi lagi sekali period aku delay tp xdelah lama sangat. biasalah cd32 tak period lagi tu tp tangan gatal nak cek upt. result? haruslah negatif. HAHAHA. cd35 test lagi (almaklumlah beli upt murah je dekat kina) result? haruslah negatif lagi. HAHA. masa ni mmg dh pasrah, udah2 ler tu takyahler cek upt lagi. membazir je. so aku just proceed dgn kehdupan seperti biasa.

macam panjang sgt pulak cerita. sambung nanti boleh tak? hihi



 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 5 May 2015

2 years and counting

Assalamualaikum & hye semua! :)

Alhamdulillah.

3 Mei 2015.
2 tahun menjadi yang halal.
Semoga ikatan yg halal ini kekal hingga hujung nyawa.
Terima kasih sudi menjadi pasanganku walaupun terlalu banyak onak dan duri.
Pelbagai yang telah kita lalui bersama.
Semoga perkahwinan kita sentiasa dilindungi Allah.
Semoga zuriat kita selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.
Semoga kita berdua menjadi contoh yang baik untuk zuriat-zuriat kita.
Semoga zuriat-zuriat kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Amin.



 ~kisah hati cikCT~