the bloggers !

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan dan rezeki kan Allah yang bagi :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

cerita pasal ttc update tak habis pun lagi kan. kita sambung cerita lain pulak ye. biasalah blogger (ke?) suam2 kuku memang macamni ;p

seperti sesetengah orang yang dah tau, Alhamdulillah sekarang ni aku dah masuk pertengahan trimester kedua. mohon doakan dari semua supaya kandungan kali ni sihat hendaknya sehingga beliau selamat dilahirkan. macam2 nak cerita tp sekarang sibuk sangat. masa mula2 dapat tau pregnant mmg unexpected. kami takde usaha sangat seperti TTC yg lain. usaha tu ada tp tak sehebat yg lain.

masa dapat au pregnant pun baru je 4 minggu (sebab period kan selalu delay) lepas 9 hari delay baru detect pregnant. semiggu pertama ok masuk mggu kedua dah stat mabuk. hampir 3 bulan melepek je di ofis. pagi2 bangun tido mmg wajib muntah. dekat ofis pun blh sambung muntah lagi tp masih under controlled.

masuk bulan ketiga pregnant, Allah bagi rezeki lain pula. mmg tak sangka sangat. alhamdulillah dapat offer kerja lain. walaupun kerja baru yg dapat tu benefit dia lebih kurang mcm company sekarang malahan company sekarang sebenarnya lebih banyak benefit. tapi bila aku fikir balik, rezeki ni Allah bagi sekali dengan rezeki zuriat. mana mungkin aku tolak. walaupun perasaan tak selamat tu ada tp macam yg aku cakap awal2 lagi, rezeki tu Allah yang bagi. insyaAllah ada rezeki pulak untuk jawatan tetap. kalau dah jadi tetap nanti , dah tak perlu nak fikir simpanan di hari tua kan :)

harini dah hari ke 4 aku kat tempat kerja baru. so far so good cuma tanggungjawab baru ni lebih mencabar. company lama mmg mencabar tapi sebab library lama kau yang bukak semunya bermula dari aku jadi cabaran nya tu kita dah biasa tanggung. library yang baru ni sangat mencabar sebab aku kena asah semula ilmu bahasa arab yg aku dah tinggalkan 10 tahun lalu. semoga Allah memudahkan urusan pekerjaan ku di sini.

to my little baby, kita sama2 survive kat tempat baru ni tau. sama2 jadi kawan ibu kat sini. abah awk dah jadi driver bertauliah kita berdua :) harini 1st day puasa dgn baby, hopefully blh bertahan sampai berbuka. abah awk dah risau blh ke tak ibu awk ni puasa tp kita cuba sama2 tau.

untuk kwn2 ttc lain, saya doakan selepas ini rezeki anda. insyaAllah rezeki zuriat akn ada cuma cepat atau lambat. ada masa nanti aku cerita pengalaman sebelum dan semasa mengandung  ye. tempat baru ni tak berani nak curik2 tulang sangat. hihi





 ~kisah hati cikCT~

4 comments:

cik mah said...

Tahniah ct...happynya bc...take care tau...

Diyana said...

Alhamdulillah... tahniah... take care (^_^)

cikblueberry said...

tahniah dan take care...doaselamat sampai bersalin

kuepelita said...

gud luck mek..xsabar nak jmpe ko..haha