the bloggers !

Wednesday, 19 November 2014

anak

Assalamualaikum & hye semua! :)



sebenarnya bulan ni dah bulan kedua aku on clomid. kali ni kita up sikit dos. jadi 100mg. maksudnya kena telan 2 biji. masa dapat clomid tu, doktor pesan kalau tak jadi jugak bulan ni, dia mintak aku buat HSG dgn husband buat SA.

nak dijadikan cerita, Allah ckp belum rezeki kami lagi bulan ni. sedih jugak tapi tak sekecewa seperti bulan lepas. huhu. mungkin sebab bulan ni aku tak fikir dan berharap sangat plus senggugut tak seteruk bulan lepas. jadi lpsni kami nak kena cari masa untuk ke al-islam. buat dua2 sekali.selalunya aku pergi sorang2. sebab kwn cakap buat hsg agak sakit -_- jadi kena cari time betul2. lepas hsg kompem nak cuti rehat kurang2 sehari. *beria nak cuti bagai padahal hsg je punnnn*

bila tengah period ni macam2 aku fikir. biasalah setan byk kan. mcm2 benda negatif yang aku fikir. macam mana lah kalau kami ni mmg tidak dikurniakan rezeki anak? adakah kami akn hidup berdua sampai ke tua? suami aku boleh ke hidup berdua je dgn aku? macam2. seriusly macam2 yg difikirkan. takut semuanya ada. lagi lah bila adik ipar nak kahwin tahun depan. kalau dia dah kahwin lepastu dia mengandung tapi aku tak mengandung lagi mesti aku pressure melampau2. padahal tak salah pun kalau dia mengandung dulu kan. rezeki masing2. tapi yelah, bila kita dalam keadaan kotor ni, setan memang suka hasut minda kita. alangkan kalau kita tak period pun setan suka menghasut apatah lagi kalau kita tengah kotor.

bulan 5 tahun depan genap 2 tahun dah kami kahwin. rasa macam baru je buat majlis kenduri tup2 dah nak 2 tahun. kwn2 bride to be 2013 ramai yang dah ada baby. bila tgk blog diorang tiba2 je anak masing2 dah start makan solid food. wahhh cepatnya anak2 diorang dah besar. rasa macam baruuu je tgk diorang update double line tiba2 sekarang ni anak2 masing dah pandai bergaya. comel! seronok tgk anak org :) insyaAllah mudah2an ada rezeki kami pulak nanti.

sebenarnya aku masih dikira bernasib baik. sekurang2nya pernah merasa jadi ibu mengandung walaupun sekejap je. kalau baca blog2 ttcians yg lain selalu buat aku insaf.masih ada lagi yg belum berpeluang lagi mengandung atau ada anak. kahwin lebih lama dari aku. selalu buat aku terfikir macam mana mereka (ttcians) mengharungi hidup bertahun2 tanpa rezeki anak lagi. aku yg baru nak masuk 2 tahun ni pun dah tercungap2 melayan stress setiap kali period -__-

kekuatan itu datang dari kesabaran. dan kesabaran itu datang dari? tepuk dada tanya iman :)




 ~kisah hati cikCT~

9 comments:

misz sheyla said...

tak mau sedih... saya doakan semoga Allah kurniakan awak n suami rezeki untuk dapat anak...

Puan Awin said...

tak mo sedih2 ye sayang...inshaallah, ada rezeki ct nnt....

Wanie Samani said...

satu je nak cakap.. hanya org2 mcm kita je faham perasaan sesama sendiri :) sabar ye...

Nursaila Norman said...

ct kuat..kalau x Allah xpilih :) jgn anggap kita manusia paling malang bila ditimpa ujian, setiap mahkluk diberikan ujian..cuma ujian kita x sama..saila sendiri sedang diuji Allah disaat saila tggu hari utk bersalin. tp kita kena kuat sekuat kuatnya syg..

Pida said...

Ct dah buat akak sedih. Please jgn kecewa ye sayang. Teruskan berdoa. Positif dan optimis ye. Fikirkan yg indah2 saja. Mmg senang akak cakap kan... tapi percayalah ct kena positif ye sayang. Akak doakan ct dikurniakan baby yg ramai dan comel :)

cik mah said...

Xmo sedih2...azwa kan ada..le x jadi kan pemangkin smngt???insyaallah ada rezeki..allah nk bg masa manja2 ngan suami dulu...moga ct diberikan rezeki anak...kot2 nnti kembar 2 terus...

Cik Jelita said...

Jangan sedih, jangan stress okey...enjoy moment melayan dan bermanja dengan suami okey...once dah ada anak kdg suami tak sempat nak layan pulak.thaqif+ibu thaqif doakan ct dapat baby soon...

PUAN PIA said...

Gudluck ct. We can do it... Allah bg kta rezeki lain dl. Kuatkan semangat, n teruskn usaha. Pia doakn kta same2 mengandung tahun ni k.

Ismi Ana said...

Hai sis, sy bace tiap smua entri TTC sis . Sabar ye. Sy lg lama kwin dari sis, setelah 4 thn baru dikurniakan rezki anak..alhamdulillah. Smoga sis jugak diberi rezki anak. Rajin buat solat hajat 3 hari bturut2 serta pegi tmpt berkat, makam Rasulullah ke makam para sahabat ke..bdoa kat situ. I.A ade rezki.