kepada mummy to be and mommies rakan2 blogku sekalian, nak tanya boleh? selalu tak org tanya kamu soalan macam mana nak pregnant? and kalau org tanya mcmtu korang rasa apa? annoying atau tiada perasaan atau
pergh introduction soalan aku kemain panjang lg, ntahlah sejak pernah menjadi ibu mengandung seketika 2 bulan lepas, hati aku skrg mcm cepat terusik. bukan terusik bila org tnya bila nak ada anak. tapi terusik bila tgk perjalanan TTCians atau dengar cerita2 dr exTTCians mcmna boleh prgnnt after year/s berkahwin.
so far kwn2 yg aku jumpa terutama sekali di alam maya ni mmg ramai yg membantu. tak lokek bila menjawab, bila bertanya. tp bila org tu kita kenal bertahun2 dan berkata ayat yg menyentap jiwa aku rasa macam eh? hanya kerana awak dah pregnant dan melahirkan zuriat tak bermakna anda boleh memperlekeh atau menyampah dgn org yg sedang belajar dan berusaha utk mendapatkan anak. ye, mengandung itu kuasa Allah. tapi kita yg manusia ni kena berusaha kan?
rezeki anda bila anda telah menjadi ibu di usia awal perkahwinan. syukur alhamdulillah. tahniah. tapi untuk org2 yg belum dikurniakan rezeki di awal perkahwinan ni, janganlah anda menyampah dgn usaha yg diorang sedang lakukan.
benda ni tak kena dkt aku pun . tapi bila aku dpt tahu aku rasa mcm 'amboi budak ni. kemain kerek lg ko kan?' haha. sori emosi aku. emosi sbb rasa mcm sebagai seorang wanita yg berpelajaran anda tidak patut berkata sedemikian rupa . apatah lagi anda bukannya org yg bunting pelamin pun. so, tak payah nak kerek sangat.
eh, minta maaf ye. entri luahan perasaan. mohon jgn terasa sbb aku rasa org yg aku ckp ni mmg tak baca blog ni pun ;p
usaha tangga kejayaan. yeahh!
7 comments:
isu sensitif :-p ...sangat sensitif bagi kita ni para TTCian sekalian...kita hanya berusaha dan merancang, tapi ALLAH yang tentukan segalanya...
Dila pun pernah rasa cmni. Ya Allah, sedih tu jgn kata la..manusia sekeliling suma dok soksek2 tny, tp Allah tu Maha Mengetahui. Berbulan2 Dila menanti... Kawan yg kahwin kemudian suma dh peknen. Dpt brita kwn peknen je, ngs dekat hubby.. knp kita tak? segala bnda terpikir.. takut mandul suma.... Dila percaya pada rezeki Allah. Insya Allah, bila sampai masanya nanti, adalah rezeki kita. Amal selalu doa nabi zakaria.. jgn pernah putus asa. Gudluck tau awak. Dila doakan kita semua dikurniakan zuriat soleh solehah nanti bila tiba msnya, Insya Allah amin :)
betul org leh buka mulut tanya..tp pla be more sensitive even yg dah ada anak sekali pun nak tambah susah nak lekat...rezeki allah yg beri...perempuan sepatutnya lebih memahami ..sebaliknya diorg nie lah yg menambahkan sakit hati..why oh..why!!?
Sensitif bila ada yg 'kerek'. Huhu
Tp xpe kan awin, rezeki Allah yg bg. Kalau dpt cpt alhamdulillah :)
Bila teringat cerita sebelum concieved mesti dila terharu kan. Sbb fikir bila org ckp kita mcm2.
Usaha tgga kejayaan. Thanks dila :)
sabar dear..i pun tunggu zuriat dekat 8 years ...alhamdulillah akhirnya allah bagi bukan satu tapi dua...email me dear .. i shared macam mana..
noorainyusoff@kehakiman. gov.my
Post a Comment