the bloggers !

Friday, 27 June 2014

TTC: 10w - 12w - D&C (ERPOC)

Assalamualaikum & hye semua! :)

lps 3 bulan baru aku cerita pengalaman TTC lepas bulih kan? hehe. lama sgt tunggu nak sambung cerita ni. sbb rasa mcm malas pulak tp kalau tak cerita dlm ni nnt takut lupa pulak :)

jom kita sambung cerita. eh nk pesan siap2. entri ni super duper panjang :)

10 minggu.

masa ni mmg kena jumpa doktor sbb 1st check up. so doc scan utk tgk progress baby. bila scan. nampak kantung. tapi kantung tu kecik je. saiz 6 minggu katanya. aku dh mulalah gelabah sbb sepatutnya dah 10 minggu dan dh kena ada jantung kan. tp doctor kata takpe. mungkin ovulate lambat. sbb tu jantung tak nampak lagi. tp hati aku mmg tak tenang dh time tu. yelah. sbb aku tau bila last period aku dan aku sgt konpiden. dgn check upt masa CD25 dh positif kan. mestilah kita konfiden dgn umur kandungan kita kan. tp doktor tu ckp takpe2. kita jumpa lg 2 minggu dan tgk mcmana. so kalau lg 2 minggu maksudnya 8 minggu lah (kalau ikut ckp doktor) tp kalau ikut tarikh period aku patut dah 12 minggu. ok takpe, aku positif . lagipun kebetulan masa nak tggu lg 2 minggu tu mmg aku tgh sibuk. sbb ada audit. so takdelah fikir apa sgt pun. tp doktor dh pesan kalau awak ada sakit perut ke turun darah ke terus pergi hospital. aku dh rasa macam. aik? siap pesan tuuu.

10w - Al Islam

 12 minggu.

datang awal. sbb taknak tggu lama. dlm masa 2 minggu tggu tu aku ada jugak pergi al islam sbb nk double komfem. and mmg bila scan ikut atas dgn bawah pun stil tak nampak jantung jugak. tp doktor kata masih ada harapan lg sbb dia nmpk ada salur darah dkt tepi kantung aku. means yg mungkin sedang dlm proses nak setup organ dalaman tu adalah sikit. tuyg aku masih bertahan sampai 12 minggu ni. so bila dah jumpa doktor dan scan. guess what? harussslah kantung aku no progress. saiz masih maintain 6 minggu. aku dh mula lah fikir mcm2 kan. tapi korang tau doktor ckp apa? ok kantung masih kosong saiz 6 minggu. takpe kita tggu lagi 2 minggu tgk mcmna. korang rasa kalau korang jadi aku korang nak buat apa? rasanya boleh tggu lg 2 minggu ke? mmg nak mengamuk dah dlm b ilik doktor tu sbnrnya. airmata dah keluar dah. aku ckp dgn doktor yg aku dh x boleh tunggu lagi. aku tggu dah 4 minggu takkan nk suruh aku tunggu lg 2 minggu???? aku nak mintak dia refer aku terus p hospital n proceed je dgn apa yg sepatutnya. korang tau doktor tu ckp apa? kalau sy refer awk p hospotal pun pakar akn suruh awak tggu jugak. dem! dia siap tanya aku lagi, jadi awk nak sy buat apa skrg? doktor oh doktor. kalau lah aku tau apa yg aku kena buat kalau ada masalah masa mengandung aku takkan tnya ko doktor. baik aku setelkan je masalah aku ni sendiri. last2 dia bg date lagi 2 minggu dan mcm biasa pesanan penaja. kalau ada sakit perut bla bla bla awk terus ke hospital ye. yg tu ko tak ckp pun aku taulah ngek. haha. geram sgt dh aku masa tu.

tapi aku mmg tak tggu lama. keluar bilik doktor haruslah  menangis sbb dah tau yg dia mmg xde. nak tunggu lagi 2 minggu nak buat apa kan?kenap kena simpan benda yg dah takde. so aku decide nak ke al islam. double konfem. n guess what? bila scan kali ni kantung kau dah xcantik. dan doctor sendiri ckp yg mmg kandungan aku tak menjadi. sbb dia dh pesan 2 minggu lps. kalau awk dtg lagi jantung mesti kena ada. kalau jantung takde maksudnya kandungan awk takde. jadinya?

aku tak menangis pun time tu. aku just dengar n terus fikir apa yg aku nak buat lepasni. owh, aku p al islam tu sorang sbb husband kena pergi kerja. dia dpt temankan p KK je. tp takpe. aku dh biasa buat sorang.sambil2 tu wasup dgn husband update cerita. so doktor tu tanya aku nak cuci tak ni? aku ckp mmglah aku nak cuci. nak tunggu apa lagi kan. then dia tnya nak cuci kat sini ke. insurans cover tak. dan mmg company aku tak cover utk pregnancy matters. diorg just cover delivery je. bila aku tanya kos berapa? doc kata dalam 2k. pffftt~ menung jap aku. hehe. kalau 2k untuk proses kelahiran aku tak kisah rasanya, tp utk proses pembungan mmg aku kisahh saangat, hehe. jadinya aku mntak doctor tu buat surat refer ke hospital kerajaan. dia siap tnya lagi awk nak hospital mana? HKL boleh?  menjerit aku ckp taknak. hahaha. aku mintak dia refer ke hospital sungai buloh sbb dekat dgn rumah.




12w - Al Islam


dan bermulalah episod aku ke hospital sg buloh. panjang cerintanya dan aku pendekkan. pakar kat sana agreed utk D&C sbb dh dpt reference dr pakar al islam kan. walaupun dorg mcm tak konpiden tp sbb aku dh buat muka kesian nak cuci jugak. pakar sg buloh siap tnya lagi awk nak cuci hari apa? best kan sbb dibagi pilihan. haha. aku ckp ak nk cepat. jadi aku dtg hari rabu. fyi, kejadian 12 minggu ni dalam masa 1 hari je iaitu Isnin. pagi isnin di KK, tghri isnin di Al islam dan ptg isnin  di hospital sg buloh. aku sempat masuk keje hari selasa tinggalkan amanah. HAHA. sbb aku tau lps cuci aku akn dpt cuti 2 minggu. kirnya dekat 3 minggu jugak aku tak keje.

check in haru rabu pagi. khamis kena puasa. khamis 10 pagi induce. doktor masukkan sesuatu dkt tutt aku. mcm pil kot. diorang ckp yg tu utk bukak bukaan. dlm pukul 1 aku dh sakit perut gilerrrrr! mmg rasa mcm kena pulas2 je perut tu. dlm pukul 3 aku dh blh bgn n darah kelaur mcm paip bocor. bila berdiri tu boleh  mengalir woooo darah .haha. mcm apa je aku punya cerita ni kan.ingatkan 'dia; dah keluar. tp rupanya tak -_-. darah je yg keluar. elok pdlm 4.30 nama aku kena panggil. masuk bilik OT.

sebenarnya proses tu sekejap je. yg lama ialah bius etc. sbb aku masuk bilik OT pukul 5. setel bius dlm 15 minit. lpstu doctor yg cuci tu korek2 sikit dlm 10 minit je dh setel. korek2 sikit. haha. korek2 weh. oh, aku kena bius separuh. sampai sekarang aku tak faham kenapa hospital sg buloh bius spearuh. sbb member aku cuci seminggu sebelum aku dkt hospital melaka bius penuh. bila bius separuh ni ko dengar lah semuanya kan. diorang berborak lah bergurau lah siap bukak radio suria fm tu weh -_-

5.30 ptg aku dh keluar bilik OT. aku rehat kat luar dulu dlm setengah jam. sbb nak tgk tahap bleeding tu mcmna. so far alhamdulillah ok. dlm pukul 6 aku telah dihantar semula ke wad. lps cuci tu aku muntah 2x. sekali dlm bilik OT kali kedua masa pindah masuk wad. mungkin sbb aku jenis badan berangin plus kesan bius. badan aku tak tahan. lepasstu aku kena puasa lagi 6 jam. lps OT tak boleh makan. laparrrr weh. tp aku mmg tak berani nak makan pun takut muntah. ngeri bila ingat balik. lps 6 jam jugak baru kaki aku berfungsi. HAHA. almaklumlah bius separuh.

Baru sampai wad lps keluar dr bilik OT. mmg flat habis sbb kesan bius. tepi tu kesan muntah :p


jumaat aku discharge dan bermulalah episod berpantang -_-

erm, rasanya tu je kot nak cerita. cerita panjang lagi tp aku takut korang boring baca. nipun dah panjang sangat. aku malas nak buat part2 sbb aku kan mmg pemalas? haha.



kalau korang ada benda yg tanya emel aku tau. insyaAllah aku balas punya :) siti_noorhaniza@yahoo.com

 ~kisah hati cikCT~

7 comments:

Unknown said...

sy mase pregnant first pun mcm tu gak... kantung xde progress..kn buat dnc jugak... tpi doc tanye nak bius semua or separuh bdn..sbb klau bius penuh nak kena masuk tiub oksigen la bagai... so kita pilih la bius separuh..harap awak byk bersabar ye..insyaallah ade rezeki lagi lepas ni

Unknown said...

sabar yer..iA ada lagi rezeki CT :)

cikCT said...

eh, sama ye kita. seronok pula bila kenal dgn org yg ada sama kes dgn kita :)

b4 masuk bilik ot pun diorg ada terangkan if amik full bius guna mcmana2. nak request full bius tp sbb mcm xde pilihan je so terpaksa diamkan je diri. hehe

cikCT said...

thnks faezah.

tahniah dan selamat perantin baru tau! :)

Mrs NurulAsyraf said...

Eh kenapa aku bru bace post ni...:(
hope my bff tabah dan kuat..
Cayok jaja..heeee...

Mrs NurulAsyraf said...

Eh kenapa aku bru bace post ni...:(
hope my bff tabah dan kuat..
Cayok jaja..heeee...

Unknown said...

Ak pn baru lepas buat progress erpoc..alhamdulillah xrasa sakit...smlm 9hb masuk hope arinh discaj lh..ksian bujang 2 org kt umah...jom berpantang..salam kenal dari sy sue