the bloggers !

Monday, 27 October 2014

kucing

Assalamualaikum & hye semua! :)

fuh fuh fuh. buang habuk jap. beria ckp nk update blog selalu tp senyapppp jugak kita :p

lupakan jap cerita TTC. eh tp nak cerita jugak sikit. sekarang ni aku sedang cuba utk amalkan sus kambing. beli yg paket2 tu. so senang nak bancuh. lepastu husband pulak belikan dia kopi 8 in 1. kemain sampai 8. haha. kopi tu ada campuran buah tin ke apa ntah, lpstu habatussauda dgn mcm2 lagi. yg makanan sunnah lah. lupa pulak nk amik gambar.  sbb sebelum ni hari2 pakcik tu minum nescafe 3 in 1. kan tak elok minum 3 in 1 yg campuran dia mmg melampau gula etc. so aku tukarkan dgn kopi campuran lain. so far dia ckp sedap kopi tu. aku minum susu kambing, dia minum kopi. kita mulakan dgn minum minuman sihat dulu ye :)

ok jom sambung cerita kucing.

siapa suka kucing? angkat dua2 tangan dgn penuh perasaan gembira! aku ialah seorang penggila kucing. bukan penggemar lagi ye. penggila terus. huhu.

nak dijadikan cerita, dulu husband mmg tak suka kucing. langsung tak suka. kucing kalau dekat kat kaki dia, dia blh melompat :p tp lepas dia kahwin, otomatik dia dah boleh pegang kucing. haha. pengaruh bini :p

dkt rumah mak aku, ada anak kucing banyakkkk gila. kitorang mmg dlm proses nak memberi kucing2 secara percuma. ada sesiapa nak? lepastu aku try lah usha husband aku nak amik sekor bwk blk bela. tp dia mcm berat hati nak amik. alasan nya sebab kami bekerja dua2. pergi pagi blk maghrib. so kesianlah kat kucing tu nnt kan. takut tak terjaga. tapi lepas aku pujuk2 ckp nnt kita bg makan kat luar semua bla bla bla. so dia pun kata oklah, nnt blk melaka lg sekali kita bwk blk sekor ni. melompat lah aku bila dpt bela kucing kan. hehe

sbb masa aku duduk dgn mertua dulu, aku mmg ada bela kucing sekor. aku maik kucing tu kat opis. selama aku duduk dgn mertua dulu mmg aku jaga lah si bobo tu. (kucing) tp bila kami pindah keluar, bobo tu tinggal rumah  mertua. sbb kan busy baru pindah semua. takut dia hilang pulak kan. tapiiiiii, bila dah lama2 mertua jaga bobo, diorang mintak jaga bobo. dah sayang dgn bobo. aku pun risau dia hilang kat rumah kitorang ni maka ku relakan bobo tinggal di sana demi keselamatn beliau. chewahh. hihi

ok cerita dh tunggang terbalik ni. sebenarnya aku nak cerita pasal apa? haha.

bila aku fikir2 balik, kenapa lah husband aku ni susah sgt nak bg aku bela kucing lain bila kitorang dah pindah rumah ni. sbb masa bobo dulu dia takdelah tak bg. aku pun ada jugak ckp dgn dia aku nak ambil balik bobo. nak bela dia, tapi husband tak bg. katanya kesian bobo nanti x bebas duduk dalam rumah. (kat rumah mertua bobo bebas keluar masuk rumah sbb dia dah biasa kawasan sana). kalau dekat rumah kami nanti mestilah aku nk letak dia dlm rumah je sebab takut dia hilang kalau kat luar. huhu.

rupa-rupanya bila aku korek2 dengan husband, dia ckp kalau aku bela kucing nanti aku tak layan dia dah. sebab aku kan penggila kucing. kiranya nanti kasih sayang terbahagi dua lah kalau aku bela kucing. haha. hadoi. patutlah kemain susah lagi aku nak bela kucing lain. alasan kemain takut hilang lah apa lah. rupanya takut tak cukup perhatian :p


nama: ABU
jantina : betina
status: UNTUK DIBERI SECARA PERCUMA
keadaan kucing: sgt comel, aktif dan baik :p



nama: KECIK
status: TAKEN sbb tuan blog nak amik dia dah ;p

 ~kisah hati cikCT~

2 comments:

suhailah hamid said...

sue suka kucing tp ada anak2 mmg tak bela la kucing di rumah, rumah opah kt kg ada byk kucing :)

Nursaila Norman said...

saila sukaaaaa kucing..kat rmh mak saila ada 4ekor..saila neuter supaya x beranak pinak..huhuhu! x mampu nk jaga kalau byk2 wpun saila pun penggila kucing hehehe