the bloggers !

Wednesday, 26 December 2012

eh eh, kita kena tag jgk lah! :D

Assalamualaikum & hye semua! :)

tgh berblogwalking , tetiba ternampak ada org tag kita..hye diyana! :D terujalah pulak.hihi.maka nya, marilah kita menjawab soalan2 yg telah diberikan.


1. Siapa diri saya dirumah?

* kakak sulung yg garang pastu suka membebel.haha

2. Siapa diri saya disamping rakan?

* budak perempuan paling kecoh paling byk cakap.haha

3. LIMA benda yg di idam-idam kan, tapi tak dapat lagi

* samsung note II . nyummy3
* bercuti yg betul2 bercuti di kundasang dan seluruh Sabah *wink wink*
* rumah sendiri :)
* kereta idaman mini cooper.
* suami *eh, yg ni benda ke?haha*


4. Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?

* Nurul Hazriq bin Mokthar *comel kan nama beliau?hihi*


5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia

* sukaaaaaa sgt gaduh dgn sy ;p
* sukaaaaaa sgt sakat sy :)
* sggup lyn si kaki merajuk ni :)
* always take care of me :)
* sbb nama dia ada Nurul.krh3


6. Tarikh membina ikatan?

* 5 June 2011 (merisik)
* 31 Disember 2011 (tunang)
* ________ (nikah yg tlh dipostpone)


7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?

* kena tengking, kena jerit sbb tak thn dgn kedegilan diriku ini.hehe


8. Lagu Tema Cinta?

* byk nau..taktau lagu yg mana nk dipilih.hehe

9. Apa perubahan yang saya nak tengok pada dia?

* jgn ckp kuat2 dgn kita blh tak..:) (sbb dia dh biasa jerit2 dgn bangla,indon etc..so, bila ckp pun mesti suara kuat2 :( )


10. Tag member laen

* kak pida
* nurul
* miss as
* niza
* cik mah
* linda
* zila
* ayong
* sha aka orked

 ~kisah hati cikCT~

Friday, 21 December 2012

confirm!

Assalamualaikum & hye semua! :)

yg ni insyaAllah confirm.
tarikh nikah + reception di postpone!
bukan seminggu dua
tapi 2 bulan :(
sedih
kecewa
sbb dah plan lama dah
tarikh masa sebelum tunang lg
dh rancang nk buat tarikh yg sepatutnya
dah book yg utk benda2 yg penting
MUA, OV, OP
deposit pun dh byr
ada yg dh 30%, ada yg 50%
OV takde masalah, OP takmo tnya lg (sbb member sendiri.hopefully dipermudahkan)
yg masalah besar is MUA
akk tu bersalin pulak time
arghhhhhhhhh T_T
mana nk carik
aku suka sgt MUA ni
sbb dia mekap sgt cantik, natural and mekap tak pecah2 bila pakai lama
harga pun affordable
pastu dh nmpk live bila ciktie (exb2b aka m2b) dh guna khidmat dia
mmg nmpk terbaekkk!
baju pun very the updated
sabar
benda kecik je kan ni
Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinanku Ya Allah.

Jika benar itu yg Kau tentukan, Kau permudahkanlah aku utk mmperolehinya.. Jika bukan, Kau kuatkanlah hati aku utk menerima apa jua.





 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 20 December 2012

20.12.2012

Assalamualaikum & hye semua! :)

nothing special
saje je nak update
20.12.2012
sbb aritu takdak post pasal 12.12.12 kan
hihi

kbai!

 ~kisah hati cikCT~

Wednesday, 19 December 2012

Tuesday, 18 December 2012

wed prep #1

Assalamualaikum & hye semua! :)

#72 days

sepatutnya ada lg 72 hari..tetapi disebabkan masalah yg mungkin tak dpt dielakkan, counting days tu mgkn akan betambah cepat atau lambat? ntahlah..just follow the flow..kalau ada rezeki, insyaAllah kami akn tetap diijabkabulkan pada waktu  yg ditetapkan..kalau bukan waktu tu, takpe..redha..Allah dah tetapkan apa yg terbaik untuk hambaNya kan :)

CHILL bebeh!

selepas je kenduri ziema aritu, aku terus shoot blk melaka.sbb ada family day belah ayah..kitorg buat kat pengkalan balak..ahad habis program..tetapi disebabkan kepenatan, kemalasan, kehujanan kelebatan *alasan semata!*, maka nya, aku telah pun membeli MC.. bercutilah kita isnin tu..yeayyy!

tp cuti bukan sebarang cuti ye, cuti kita cuti berfaedah. *boooooo!* sbb dh alang2 bercuti time waktu bekerja kan? adalah masa nk p pejabat2 yg berkaitan. so , HIV test lah destinasi kita.

1st thing first, mestilah kena ada borang nikah kan tp sbb borang nikah aku tak amik lagi. singgah lah ke Pejabat Agama Daerah Jasin.sbb masa p kenduri ziema tu, dh tnya cik mah mcmna prosedur dia..sempatlah jgk tgk borg nikah wilayah punya




borang nikah negeri melaka

done with borang nikah. utk HIV test kita kena isi borang utk HIV kat blkg sekali. bwk borang tu then tunjuk kat hospital.dia akn suruh kita isi dan tggu utk seterusnya.


borang HIV test negeri melaka

ada cerita sikit ttg HIV test ni.disebabkan aku duduk di Jasin so  nak senang haruslah kita ke Hospital Jasin kan. ricky2 member semua kata Hospital blh dpt satu hari..so, pergi jelah sana..tup2, sampai kat kaunter diorg kata after 2 weeks baru dpt result. ok fine, redha.. sbb mmg dh dgr ramai b2b ckp result skrg after 2 weeks baru dpt kan. dah isi siap2, terus p ke lab..tunggu punya tunggu lama bebeno pulak..mgkn sbb time tu  diorg tgh minum pg kot..so haruslah lambat sikit kan..ada lah lebih sengah jam gak aku tunggu walaupun ada 2 org je tgh tggu..hati dah panas pastu tgh pening2 mcmna aku nk amik cuti utk blk mlk semula dan amik result? bukankah menyusahkan diri sendiri??

org yg kurang sabar ni perangainya mmg unpredictable. terus aku contact ciktie aka exb2b and m2b. dia kata dia dulu buat kat Poliklinik Ayer Keroh sbelah dgn Dewan Bestari area Mydin *org melaka mesti tau kat mana* amik contact number, pastu terus call and diorg kata blh dpt result on d spot. chess! kalau aku tau dr pg td aku pergi dah tp mls nk pergi sbb agak jauh kan.

alhamdulillah..dipermudahkan urusan walaupun dlm 2 jam jgk lah kan prosess dia..but its ok,standard kot..cuma HIV test kena pergi pada jam 2.00 pm hingga ke 4.00 pm sahaja.cuma aku rasa mcm agak sengal, sbb pergi ke 2 tempat utk HIV test. siap dah byr kot yg kat Jasin tu,dah isi borang dah..no pun dah amik tinggal tggu turn je. but, babai Jasin..tak sanggup den nk dtg blk lg 2 minggu utk amik result. yg bestnya kan, org kat Poliklinik tu ckp apa tau masa aku kata kat dia yg  Hospital kena tggu 2 weeks.. dia kata , "kahwin ni sbnrnya mudah je..tp prosedur tu yg leceh" betul jgk kan..tp kalau tak leceh, nnt org aggp nikah kahwin ni senang pulak kan? pastu blh buat main2 kan. takpe2, nak kahwin kan? bersiap2 sedialah dgn segala mcm mak nenek prosedur! hihi

sakit ke tak masa kena amik darah tu? bg aku semua benda yg berkaitan nk amik darah mesti sakit tp taklah sesakit amik darah utk derma darah..derma darah lama wooo..selagi tak penuh menda tu jgn haraplah ko blh bangun.tp best tau bila kita dpt derma darah.sekurang2nya dpt membantu utk sape yg memerlukan. ok,dah ke laut cerita nya. tp bagi aku, setiap kali nk cucuk ubat ke, amik darah yg tap mcmni je ke, derma darah ke , aku mesti tak sanggup nk tgk. jgn bg aku tgk mcmna ko amik darah aku. nak amik, amik je. sbb kalau aku tgk, nnt aku akan tarik tgn aku drpda di cucuk.aku takut tgk jarum dan ngeri ok!.haha. ok, tak lawak. *booooo!*




hasil cucukan 

Alhamdulillah, everything is ok. setel dh HIV test. kalau ikut borang nikah, katanya valid for 6 months. tp dgr orglain ckp valid for 3 months..belasah jelah..janji dh buat.hehe. pas setel semua tu, marilah kita ke bengkel kereta. kaki baby sy telah dicucuki paku yg kejam..kesian beliau. oh, dan itu jgklah faktor knpa aku tak blk KL hari ahad sbb tak dan nk p bengkel utk tampal tayar. so, kena pg bengkel Isnin sbb bengkel kan tutup ari ahad kan kan kan? ALASAN! bahaha


mekanik dengki kat aku,sibuk je nk masukkan tgn dia yg cantik tu.chesss!
oh ye, ini org pggl cucuk cacing utk menutup semuala kebocoran beliau.

*panjang pulak celoteh mak iti ni..time rajin byklah aku membebel nya.cuba kalau time malas.kosong je blog ko kan*

 ~kisah hati cikCT~

Monday, 17 December 2012

wedding puan ziema kita :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

seperti yg diwar2kan dlm post sebelum,aku plan nk ke kenduri ziema kan?rancangnyanya nk p dgn zila but suddenly zila ada hal lain..so, xdptlah jumpa zila :( tp takpe, nasib baik cik mah ada..dan beliaulah penyelamat drpada aku keseorangan ke majlis kwn yg baru dikenali! hihi

patutnya jnji dlm kul 2 tp biasalah,KL kan? kalau tak jem bukan KL namanya..lainlah kalau melaka T_T
maka nya, dlm kul 3 jgklah kot baru attend kenduri..ckp byk pun tarak guna, mohler kita menonton gambar!


usha line dr dlm kete dulu smntra tggu cikmah sampai


sedap ! menyesal amik sikit tau



aku pelik mcmna org blh ukir2 tembikai mcmni? cantikkkk lahhh 


antara benda yg aku dan cikmah persoalkan.pulutkan? 


 ais ini sgt unik.ada 2 tau.satu kat pelamin tempat potong kek dgn entrance..unik sbb ais tu blh bertahan walaupun majlis panas terik


gambar bersama perantin *cilok gambar cikmah *


bkl2 perantin yg chubby yg amat.haha

 ~kisah hati cikCT~

Friday, 7 December 2012

korang2, jom ?

Assalamualaikum & hye semua! :)


a quick update!
esok, insyaAllah rancangnya nk ke kenduri ZIEMA 
dah plan dgn ZILA,  sekali dgn dia esok :D
so, anyone yg area KL rasa free jom jumpa kat sana
blh kenal2 pastu buat kecoh kat kenduri org ..hihi


1st time dpt kad kawen dr blogger..teruja! 
*sampulsuratpunkonakuploadkan?*


the wedding card :)

 ~kisah hati cikCT~

Friday, 30 November 2012

Pictures worth a thousand words

Assalamualaikum & hye semua! :)


Angah
5 1/2 years @ USIM
giler lama minah ni belajar
dr tamhidi sampai ke degree
tp skrg ni dia buat HERBALIFE fulltime
any1 intrested?
call her 0193706891 (nadirah)


Adik
satu2nya ank lelaki Puan Bunga 
3 years diploma in Arau and further degree (2 yrs) at the same place
sian dia kitorg tak dtg 1 family
ayah je yg dtg sbb masing2 kerja
konvo ari rabu sape yg blh dtg ye dak?hihi


eh?
sape pulak minah ni?


 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 29 November 2012

kenapa sy jarang update blog?

Assalamualaikum & hye semua! :)

tik tok tik tok. waktu berlalu begitu pantas. sampai rasa mcm taktau dah nak buatpe. hari2 aku bukak je blog sebenarnya. bw laaaaagi lah rajin.. tp jalan dan baca jelah.. tinggal komen mmg tak..hehe.serius seronok je tgk org update blog selalu terutama THE BRIDES. congrats utk si chanteks sekalian yg update progress nya nampak memberansangkan.. kalau tanya aku? *sigh*

so far progress dia mcm takde pape .. yg latest just pergi kursus kawen jelah kot. pastu senyap. mungkin sbb aku mcm pening2 lalat duduk kat KL yg 'mantop' ni.. ntahlah.. mcm tak caya je yg dah duduk kat KL. pastu dgn sibuk pikir nak kawen nya.. pikir mmg mcm2. rancang mmg mcm2. idea? laaaaaagi lah mcm2.. tp bila nak buatnya? ntahlah..mood mcm ke laut.. atoiii..

lagi satu, ada isu majlis bulan MAC.. dlm grup rasanya dah kecoh jgk ni..yg katanya dan dengarnya pilihanraya mungkin diadakan dlm bulan MAC.. adoi...yg belah aku insyaAllah takde masalah kot..yg belah lelaki..elok je sbnrnya dh ada tarikh tp bila dh dgr pilihanraya, org tua masing2 gelabah..yelah, polis ni kan bila time pilihanraya kena stanby. tak blh nk cuti and kalau piliharanya tu buat time aku kawen, mcmna apak2 kitorg nk join majlis kawen kitorg? maka nya, tak blh nk bergalak bagai rancang utk majlis kawen2 ni.. just tggu tggu dan tgguuuuuuu..

aku nk buat kad kawen lah weh..boleh x cnfrmkan cecepat bila nak bubarkan parlimen? sbb kalau blh aku nak siapkan kad kawen by January.. pastu konon2 nk sekali lah dgn yg belah lelaki kan tp kalau belah lelaki pun tak confirmkan tarikh lagi, celah mana ko nak combinekan kad kawen kan??

dahlah, tak best nak membebel sorg2 kat blog ni..lagilah gambar takdak..apalah ertinya sebuah blog penceritaannya tanpa gambar kan?so, aku just dpt tepek sekeping gmbr je dr tempat baru aku ni. oh ye, gambar ni mmg diambil fresh dr opis.xdak edit2 kat instagram bagai2 tu. kebetulan tgh nk shoot tu , kilat menyabung. woha! terkojut den. nasib tak tercampak hp..hehe


Level 15th
Hujan lebat di KL..3 hari berturut2.asal ptg je hujan lebat.bertahanlah si pejalan kaki T_T
*caption from fb*

update (5.35 pm, 29/11/2012) - hujan lg petang ni.. hooyeahhh! 4 hari  berturut2 hujan bila petang.. maka nya, marilah kita beramai2 berpayung ke LRT yg terdekat utk pulang ke rumah.. sekian berita dr tgh2 bandaraya Kuala Lumpur.

 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 22 November 2012

istikharah cinta..

Assalamualaikum & hye semua! :)

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

syahdu kan lirik lagu ni?
masa mula2 dengar hati ni mmg dah tertarik dah..
sbb dia starting slow lpstu bila korus mcm rancak sikit..
kalau nk dgr lagu dia blhlah youtube..

letak lirik sbb hatiku tersentuh pabila membacanya :)

 ~kisah hati cikCT~

Wednesday, 21 November 2012

jubah murah murah murah!

Assalamualaikum & hye semua! :)


XL

tanah hijau gelap sulam hijau terang

sulam dada,tangan and bawah

jenis kain viscose

RM80 only! (include postage)




S

tanah kaler jeans sulam seperti di gambar

sulam dada dan bawah

jenis kain viscose

RM80 only! (include postage)






XL

Polkadot purple

sulam bawah

jenis kain viscose

RM80 only! (include postage)



 ~kisah hati cikCT~

Tuesday, 20 November 2012

100 hari & 22 jam

Assalamualaikum & hye semua! :)


nothing much to say
walaupun terlaluuuuuu byk yg nk diceritakan
pada waktu dan ketika ini
hanya tinggal 100 hari dan 22 jam sahaja yg tinggal

tapi makcik ni dah buat apa dah?
yg ni je yg dia dah buat
itupun terhegeh2 T_T



17 & 18 November 2012


 ~kisah hati cikCT~

Friday, 9 November 2012

bye melaka T_T

Assalamualaikum & hye semua! :)

this week, minggu terakhir aku kat mlk..
sedih ..
sbb dh biasa dgn cara kerja kat sini..
pindah kl ni tak tentu lg mcmna kan..


makcik cleaner yg bg,,,walaupun nama salah tp aku tetap appreciate :)


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday, 30 October 2012

sudah bersediakah anda? mahupun saya?

Assalamualaikum semua :)

korang yg follow blog aku dr mula *entah ada ke tidak* xtaulah perasan ke tidak kan..yg blog ni start dgn cerita all about my life..but lately ni aku agak suka bercerita ttg persediaan perkahwinan..al-maklumlah, 1st time nak kawen.. ;p

so cerita pasal kawen2 ni,adakah anda atau saya sudah bersedia? bersedia bukan dr segi wang ringgit ye semua..mental dan fizikal tu of course..tp sedarkah anda,apabila anda menjadi seorang isteri, anda bukan shj membawa nama anda shaja tetapi suami anda..ye, suami! *seram*

sbb apa aku cerita mcmni?sbb aku sedar yg aku ni orgnya tersaaaaaaangatlah peramah tak kira lelaki atau perempuan..that is me.my name is siti noorhaniza..kawan2 dr sekolah sampailah ke uni mesti tau perangai aku mcm mana..mungkin ada sesetengah org yg akn ckp its like gedi*. i hate that word..sbb for me gedi* is for some1 yg act to seek attraction.tp nak buat mcmna kan,mulut org, siapa kita utk menutup mulut setiap manusia?

jadi, apabila anda ataupun saya ingin menjadi seorang isteri cubalah utk berubah..bukan kita berubah menjadi orglain..tapi berubah utk menjadi yg lebih baik..sebab apa?sebab di mana2 pun kita pergi atau beraksi, org takkan tnya "siapa dia tu?" org akn tnya dan ckp, "owh...dia ni isteri si polan "

bukanlah maksudnya kita ni perlu jadi sombong or whatsoever,tapi peramah biarlah bertempat..berkata biarlah beralas..walau apa pun yg kita lakukan atau ingin lakukan, kita mesti ingt yg kita bawa nama org lain dan bukannya nama kita sahaja..orglain itu bukanlah suami sahaja tetapi keluarga kita jugak :)

renung2kan dan selamat beramal!

~kisah hati cikCT~

Monday, 29 October 2012

honeymoon?

Assalamualaikum gugurls :)

mcmna raya haji haritu? anyone yg raya haji tahun ni raya last as a single? kalau ada, hye five yok! sbb kita serupaa :)

hari ni dan  minggu ni kita mulakan dengan berita gembira ini ye.. B2B 2013 yg blm book for honeymoon blh try usha airasia . travel start from 1 May 2013 - 30 Sept 2013. aku dh selamat book dah..bulan 4 aritu yg masa AA buat promo..gila advance..hehe



selamat membooking gurls! 

~kisah hati cikCT~

Wednesday, 24 October 2012

tiba2 je boleh pulak?

assalamualaikum uols!

tiba2 je hari ni blh pulak bukak blog..kejap blh  kejap tak boleh..konpius den tau.! dah alang2 blh bukak blog, apa lagi kemain galak lah aku ber blogwalking dgn mereka2 di luar sana. wahhhh..sgt meriah B2B di luar sana ber prepare..serius excited tgk! neway, lama dah menyepi rasa mcm byk je nak membebl tp taktau nk tulis dr mana. kita cuba check satu2 k :)

kisah pertama

dah dekat setahun aku keje kat sini..alhamdulillah sedar tak sedar..tp sebenarnya aku contract basis for 1 year..yeah,mmg mula2 org kata , contract je? awak tak kisah ke? seriusly aku mula2 mmg tak kesah sbb aku nak keje.aku nak keje yg betul2 keje..selama ni aku mmg keje tp bila kita kerja di IPTS ni kurang bekerja sbnrnya..dlm erti kata lain, tak byk yg kita blh apply..but then bila dpt offer dkt sini, sape yg taknak kan? alhmdulillah, mungkin rezeki nak kawen, aku ditawarkan permanent di KL pulak..walaupun mcm agak suffer sbb dah heaven kot duduk melaka ni tp nak buat mcmna..dah ada peluang utk hidup di sisi *bakal* suami kan?sape yg taknak?even diorg dah nak renew contract aku pun and agak susah nak lepaskan aku dr melaka but....i have to..Deputy Dean siap nak offer permanent teruih but i hv to tolak..bakal suamiku takmau duk KL lah doc..sobs sobs T.T

kisah kedua

kisah kedua ialah cerita di sebalik kisah pertama..agak tragis sebenarnya utk ke KL itu..terlaaaaaaalu byk kisah suka duka ku di situ..sehingga ku terasa yg aku dianiaya..just because they want me to stay here?dan
aku menjadi seperti ini?hampir sebulan meratap, menangis..but alhamdulillah, berkat doa ibu, rakan2, doa nabi yunus, zikr rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Karim, Allah izikan aku ke KL jua :)

kisah ketiga

kepala otak tgh berserabut.dgn nak carik rumah sewa slagi.dgn kena setelkan keje kat melaka lg sbb dah dpt tau blh ke KL kn.dalam masa 3 minggu kena setelkan everthing..bukan senang nak senang ye rakan2..so girls outside there, ada tak bilik atau rumah utk disewa area Kg Baru? plis plis plis.........T_T

kisah ke empat

sedihnya nak tinggalkan MELAKA....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

kisah kelima


3 pcs only available. lg 97pcs?? *sigh*


antara design yg dah berkenan...tapi...

~kisah hati cikCT~

Friday, 19 October 2012

blog blocked!

yeayyyy..

blog dah kena blocked kat opis..

yeayyyy...

gumbiranya rasa hati...

yeayyyy...

seronoknya...

yeayyyy..

baru bersemangat nak hupdate hari2!


 T_T

~kisah hati cikCT~

Tuesday, 9 October 2012

My ex?



My ex? 
We're not friends, we're not enemies. 
We're just strangers with some memories.

@GirlFacts


(:


~kisah hati cikCT~

Friday, 5 October 2012

kenanga wholesale city part 2

Assalamualaikum :D

KWC part 2 lah sgt kan. [part 1] padahal takde pun info nya.haha

oklah, just nak to share apa yg kami sekeluarga dah jumpa dan dah shoping.seriusly kalau sape2 yg nak pergi u better jgn bwk duit byk2.kalau blh debit card pun jgn bwk.kalau tak nnt jadik mcm aku.padan  muka diri sendiri.


tgk directory dulu, blh usha nak p tgkt mana dulu kan

sbnrnya mmg dah plan dari ofis lagi nak beli seluar yg ala2 palazo tu.siap discus dgn member ofis sekali sbb dah tau awl2 yg kalau nk murah kena beli lebih dr 3.and guess what blh dpt harga berapa sepasang if  beli borong? rm30. bagi aku,ia dah cukup murah.taktaulah kalau ada yg lagi murah kat luar sana.sbb melaka kan, mana ada jual pakaian yg murah2.kalau kl mungkin banyak.


ye, mak yg jadik model sbb nak tunjuk kat opismate contoh size.haha.seluar yg mak aku pakai ni 2xl .ok je aku tgk sbb aku sendiri pakai L.itupun mmg sedang2 elok saja.jenis kain yg jersi tu.kaleryg mcm2 yg trend skrg tu kan.yg kaler kuning lah , ijo lah.apa ntah lagi.

pastu ada gak aku borong blaus tp gambar takde sbb malas nak sarung. kalau beli sepasang rm 35 amik borong dpt rm25. apa lagi terus lah aku angkut 3 helai walaupun aku taktau sape yg nak beli. tapi bila aku agkt p opis, lajuuuuuu je ada org beli. yeayyyy! dpt balik duit aku yg terbang rm215 tu.haha


korang kenal kan menda atas ni?haa. kedai yg nipun ada gak tgkt berapa aku tak sure tp tgkt atas2 lah.kedai ni mmg giler! perghh mmg rambang mata weh. tp semua kena beli borong lah. harga tak silap rm5 seutas. mcm yg zila mention sebelum ni :D

pastu kedai ni pun ada jgk jual pearl borong tau. so sape2 yg nak buat DIY hb pearl boleh terjah kedai ni. harga diorg mmg terbaek! bagi akulah.taktaulah kalau kat GM klang harga lg murah sbb tak pernah pergi kan.

 harga pearl borong (minimum 12 -pcs boleh campur)

10mm- RM2.20 (seutas)
8mm - RM1.20 (seutas)
6mm - RM1.00 (seutas)
4mm - RM0.80 (seutas)


jgn tanya aku kedai mana sbb aku tak ingt tp kalau pergi lagi sekali insyaAllah blh ingt sbb ada satu je kedai borong accesories cenggini kat situ.

yg lain2 aku takde beli pun sbnrnya.just survey sbb pergi tak berkawan kan.tak best sgt sbb tak dpt nk beli dgn harga murah.tp aku dah niat dah bulan depan nk dtg lagi nak bORONG betul2 semuaa barang.haha.bagus, mmg ko taknak kawen kan taun depan kan kan kan?lepas dah memborong nanges airmata darah keruk2 tin carik duit kot ada yg terselit2.haha


anak dara tak senonoh sbb dh kepenatan soping


ibuku yg dah kepenatan melayan anak dara dia berjalan




selamat menghabiskan duit uols! :D

~kisah hati cikCT~

Thursday, 4 October 2012

adakah anda b2b 2013?

Assalamualaikum si chanteks :)

lately ni my post asik pasal kawen2 je kan?nasiblah..org dah nak kawen mmg mcmni.kwn2 jgn meyampah dgn jaja ok?haha

ok, just nak inform yg grup for b2b 2013 dah pun selamat ditubuhkan oleh cik  scha heart aidil. so gugurlz sekalian blhlah join and first thing first before nak masuk grup ni kena folow rules and regulations ye :)


 
(klik imej untuk ke group) 
credit to scha


hopefully dgn ada nya goup ni kita semua blh share ideas together2 :)

p/s: anyone yg nak join grup ni directly request to scha ye.

~kisah hati cikCT~

Wednesday, 3 October 2012

calling for bride to be 2013 :)

assalamualaikum si chanteks sekalian ! :)
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwdY632vEk5hnxU977X_pvdpZ9GfjRxHaEhX-1ERT3H0EKewLPxBr8O8MUAmWeThDcycwcuxGNGZEexXR1mnkdYgFdZaw5EvCLiNaov5IoRoKVCdtSKoYfbm5mkjL9LSHCHJxz-wccsIE/s1600/bride+to+be+2013+2.PNG

credit to cik bie :)

korang2, xde plan ke nak buat group b2b 2013 kat fb..
actually lama dah nak join grup b2b kat fb tp mcm tak lyk je nak masuk yg 2012
mcm segan lah pulak :)

plis plis plis anyone yg nak buat..


~kisah hati cikCT~

Tuesday, 2 October 2012

matilah kau

Mawah merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku
Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia

Berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

(matilah kau)

hari-hari dengar lagu ni kat hot fm.tak kiralah time nak pergi atau blk dr kerja.
mcm best je bila nyanyi sama2
"matilah kauuuu, matilah kauuuu"

 :)

~kisah hati cikCT~

jom ! jom! jom!





confirm dua2 tempat ni aku terjah
sbb tempat diorg sebelah2 je
sgt dekat :)
insyaAllah 7hb tu aku pergi
nak pergi dr pg sampai ptg sampai malam
sbb nak survey gila babas punya
hopefully dapatlah apa yg aku nak cari..

update list:


OP: not yet
catering: not yet
kad kahwin: not yet
OV: done
bridal: done
dewan: done
DJ & PA system: consider done (amik staff unikl je.hihi)

bagi aku benda besar2 yg perlu dibooking tu jelah kot?
ke ada yg lain yg aku terlepas pandang?

~kisah hati cikCT~

Monday, 1 October 2012

kenanga wholesale city?

Assalamualaikum,

kita lupakan cheriterachentaygtakkesampaian itu!
last week terpaksa jumpa doktor sbb nak amik piltidur
2 minggu kot tidur taklena disebabkan kepalaotakngokngek ni
dalam pada mintak ubat kat doc tu,
doc ckp pil tidur takkan selesaikan masalah.
nak selesaikan masalah ni mmg susah kalau bukan diri sendiri yg selesaikan kan?
so doc bg advice,
"awak pergi bercuti atau buat something yg happy.insyaAllah masalah itu akan berlalu sedikit demi sedikit"

nak pergi holiday?mcm susah je plus budget mesti byk nak pakai kan.
tiba2 je, ting!!
SOPING! yeayyyy!

tetiba teringat kenanga wholesale city plus member pun ckp kat situ best sbb banyakkkk options kan
apa lagi,
jumaat petang aku google jln
sabtu pagi terus shoot.
and alhamdulillah. 1st time ke sana and 1st time masuk kl tak sesat. what a surprise!hihi

cara2 nak ke Kenanga Wholesale City utk org yg dtg dr luar *since aku dtg dr melaka kan*
exit tol sungai besi tu, korang terus carik terowong smart
dlm terowong smart tu, ikut yg nak menghala ke jln sultan ismail then lpstu baru dia ckp ke bukit bintang
elok je keluar dr terowong tu depan sikit korang akn nmpk trafic lite. amik susur kiri.
pastu carik jalan pudu atau jln hang tuah
pastu nmpk time square tak silap belah kiri korang
ada trafic lite teruih lagi. ada lrt apa ntah belah kiri korang tu
jalan depan sikit time tu bwk slow2 tau
pastu ada mcm 2 simpang
satu tu naik flyover belah kiri. yg belah kanan tu ke jln maharajalela
elok dh masuk maharajalela tu korang akn nampak signboard Kenanga Wholesale City
ikut je signboard, confirm korang blh nmpk tmpat tu
and yeayyyy!
its shoping time!

*sumber pakcik google*

dlm situ je aku habiskan 4 jam lebih
mmg gila
apa yg aku beli?
nanti aku update.
byk giler nak story :)




~kisah hati cikCT~

Friday, 28 September 2012

syg ketat2!

Assalamualaikum,

Korang semua, cik mah, diyana, nurul & luvly kakak pida. syg korang ketat2!

thnx for ur advices :)

ye, mmg sakit kan nak lupakan?
tp kenapa mesti kita nak patah balik.
org tu dah ada kehidupan baru
and of course he looks sooOoo hepi*yelah baru kawen 12 hari*
aku tak perlu jadi b***h utk duk teringat je kat org tu
meratap pilu kenapa bukan aku yg jadi pasangannya
menjadi gila dgn sepanjang masa nk stalk fb dia je *i hate this!*

Allah dah rancang yg terbaik untuk hambaNya
Allah tau apa yg terbaik utk hambaNya

so mulai sekarang, SAY NO TO PIL TIDUR!

~kisah hati cikCT~

Thursday, 27 September 2012

apa yg kamu lakukan?

Assalamualaikum korang semua :)

korang,

nak tnya pendapat lagi boleh tak?
apa yg korang lakukan bila tgk 1st love whatsoeverlah konon2nya kan
org pertama yg konon2nya berjanji dengan kamu sehidupsematilahsangat
org pertama yg konon2nya berjanjichentasampaimatilahsangatkan
org pertama yg membuatkan hidup korang tunggangterbalikbangundantergolek
org pertama yg konon2nya mintak break sbb nak cocentrate on his study sedangkan 6 bulan lepastu dia bercinta balik

dan kemudian org tu berkahwin dan bukannya dgn kamu?

*update:errr..org tu bkn en petunang sy ye.harap maklum*

~kisah hati cikCT~

Wednesday, 26 September 2012

cucuk atau gantung?

Assalamualaikum gugurlz! :)


dah tgk teaser x? hihi..mcm kelakar je nak main teaser2 nih..

korang, nak mintak pendapat sikit bulih dak? aku tgh keliru ni .. taktau samada bunga pahar ni nak buat gantung atau yg cucuk2 tu.. any idea?


jangan tanya aku tema nnt kaler apa sbb aku pun taktau nak buat kaler apa..sbb tu bunga ni warna warni kaler nya.haha.

~kisah hati cikCT~

Tuesday, 25 September 2012

teaser lah sgt ;p



baru 200 kelopak time ni.kena ada 500 kelopak kot T__T


baru bunganya.. badannya??


~kisah hati cikCT~

Friday, 14 September 2012

dah jatuh chenta! :)





Ku pilih hatimu tak ada ku ragu 

Mencintamu adalah hal yang terindah 
Dalam hidupku oh sayang 
Kau detak jantung hatiku


Setiap nafasku hembuskan namamu 

Sumpah mati hati ingin memilihmu 
Dalam hidupku oh sayang 
Kau segalanya untukku


Janganlah jangan kau sakiti cinta ini 

Sampai nanti di saat ragaku  
Sudah tidak bernyawa lagi 
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir


Setiap nafasku (setiap nafasku) 

Hembuskan namamu (hembuskan namamu) 
Sumpah mati (sumpah mati)  
Hati ingin memilihmu (ku milikmu) 
Dalam hidupku oh sayang 
Kau segalanya untukku ooh


Janganlah jangan kau sakiti cinta ini 

Sampai nanti di saat ragaku  
Sudah tidak bernyawa lagi 
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir


Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini 

Sampai nanti di saat nafasku  
Sudah tidak berhembus lagi 
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati


Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini 

Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi 
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir


Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini 

Sampai nanti di saat nafasku  
Sudah tidak berhembus lagi 
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati 
Cinta sampai mati



~kisah hati cikCT~

Tuesday, 4 September 2012

alkisahnya di mcd



gegeh x?hihi

xtaulah kalau korang pernah buat ke tak mcmni. alkisahnya, smlm ak ke mcd mitc. sementara nak tunggu mak blk dr jitra. dia naik bas dlm 10.30 pg so sampai melaka around 7 pm. dah namanya pemalas kan. takdelah aku balik jasin after keje tu. kononnya meround lah kat melaka sementara nak menunggu pukul 7 kan..

nak dijadikan cerita, aku melepak kat mcd mitc. tup2 timbul idea dlm kepala, why not aku pintal sekali bunga kat sini kan. dgn selamba nya lepas mkn, terus keluarkan bahan2 dr handbag dan bermula lah proses potong, pintal, potong, pintal, potong, pintal dan seterusnya :)

sedar tak sedar, dapatlah dlm 50 kelopak sudah.. tp tu baru dawai nya kot.. yg stokin dia? nantilah kalau ada mood aku update progress dia pulak :)


~kisah hati cikCT~

Friday, 17 August 2012

zaman dolu2 :)

assalamualaikum semua :)

sedar tak sedar esok dah last day puasa kan? rasa mcm sekejap je masa berlalu.
sedar tak sedar jgk, tahun ni merupakan tahun terakhir aku beraya as a bujang.
sobs sobs T_T
sian mak..
taun depan dia nak raya dgn sape ntah
anak dia ni sah2 lah kena paksa beraya dgn laki dia kan T_T

sebenarnya, dah 3 tahun berturut2 aku tak berapa feel nak raya.
sebabnya?
dah 3 tahun berturut2 miss P dtg dkt2 nak raya termasuklah tahun ni
so ble dah ter raya awal ni, faham2 jelah kan.
lain betul rasanya.
seronok mmg seronok.
sbb blh mengemas rumah dan bersoping dgn girangnya tanpa perlu rasa lapar dan dahaga. hihi

aku nak share kat blog ni
koleksi gambar raya ktorg
dari thn 2009 sampai 2011.
sila carik perbezaan gmbr2 tersebut.



2009


2010


2011

nampak tak perbezaan nya?
ye, aku semakin mengembang. haha
tu blm tgk lg gmbr raya tahun ni.
dabel triple kembang kott

errmm..
rasa mcm ak tak pnh share gmbr konvo lah
alang2 dah tajuk dia zaman dolu2kan?


my family :)


three of us [IS220 Dec 08]


with my bestttttt fren. jatuh bangun kami bersama :)



alhamdulillah..akhirnya.
5 years with Library Science :)

rasa mcm berterabur pulak ayat dan arrangement post kali ni.
takpe kan readers? *ada ke?hahaha*


~kisah hati cikCT~