the bloggers !

Friday, 28 June 2013

wedding review#3 : baju nikah + veil a.k.a solemnization attire.

Assalamualaikum & hye semua! :)

korang ingt lg tak teaser yg ni?  kalau ada yg masih ingt dan nak tau mcma ghupa baju nikah aku, meh sini nak tunjuk detail. kalau takmau tau pun takpe, den nak cito jugak. manalah tau kot2 ada yang terinspired ke. chewahh. omputih nya bahasa ko!

sebenanrnya baju nikah aku ni simple je. takde beli  baju full lace beaded bagai. save cost katanya. pastu kang taktau lg bila nak pakai kalau beli yg full lace beaded. sbb heavy dan aku segan nk pakai p kenduri.itu pendapat aku lah. lain org lain pandangan nya , betul tak ? giler tak jeles tgk org punya baju nikah cantek2 mengelip2 tu? harus lah aku jeles! tp sy mengukur kain di baju sendiri. dan dah tau sgt perangai ni mcmna jadi beli dan buat je kain baju  nikah yg biasa2 ok? :)

aku beli kan ni dekat kamdar jalan TAR. masa tu beli time bulan puasa. ingt lagi p dengan tunang time tu. sbb yg cerewet tu dia. bukan aku, haha. so yg pilih kaler pun dia walaupun aku rasa mcm aku je yg pilih? haha. banyakkkkk sgt kaler yg aku berkenan masa tu. sampai tunang aku pening dan aku kena  marah sbb dia pening tgk aku bg cadangan kat dia byk2. biasalah org perempuan kan? mesti banyakkkkkkkk pilihan. haha. last2 amik kaler cream kekuningan kot? haraga dia? murah je! sbb aku pilih satin biasa taktau crepe ke apa ke sbb yg pilih jenis kain pun tunang, takmo yg panas katanya. tak kesahlah abg, janji u selesa i ok je :) tak silap dlm rm6 je kot semeter. beli 5 meter ke 6 meter ntah utk baju melayu. pastu perempuan 4 meter. standard size.

konon2 time tu nak buat kain flowy bagai2 tu. so tnya akk tailor berapa meter utk chiffon, dia kata beli 6 meter. wokey setel! beli 7.5m sbb nak buat utk veil sekali. harga tak ingt tp rasanya dlm rm5 je kot. total masa byr pun dlm rm120 ke tak silap. untuk 2 org, oklah sgt tu kan.

cerita nya bila hntr kat tailor, tetiba aku mcm takmaulah pulak buat flowy tu sbb chiffon tu nipis. nmpk mcm tak best je, so akk tailor bg cadangan buat kembang jgk tp campur2. ntah mcmna ye nak ckp? nnt aku google kalau ada aku letak sbb aku tak amik gmbo kain detail. tp dia campur satin pastu campur chiffon sekali. end up cantek jgk, nmpk jugak flowy tu :)

nak cerita yg chiffon yg terlebihh banyakkk tu kan, akk tailor tu bg cadangan suruh buat veil yg panjang tu. like a princess katanya, hewhew. tp serius best. pandai akk tu buat. kurang2 takdelah membazir. mula2 ingt mcm nk buat dia silang ke depan yg mcm Rilla pakai masa nikah tp tak jadi sbb aku takut nmpk gemuk yelah aku kan gemuk kalau kembang2 pusing2 kan nmpk lg berisi pulak. no no no! so lepaskan jelah dia. jadiklah mcmni.




cantek kan? * matiklah puji diri sendiri* haha. tak2. sbb aku tak sangka yg veil aku blh jadik mcmni. sbb mmg tak pernah plan dan fikir pun veil tu mcmna. yg aku tau aku nk buat veil beaded by ciktie. sbb mmg dia je vendor aku nk buat veil. tailor aku jahit siap2 lpastu yang kat kepala tu semuaaaaa ciktie yg buat. aku just belikan barang je, lace & pearl pastu ciktie yg buat semua. nampak tak berapa byk semuaaaa aku tu?




yg tampal dekat inner dengan bahu tu pun ciktie yg buat, aku just beli je benda2 tu. aku ckp dgn dia pandai2 ko lah nk buat mcmna. aku terima saja. dan yes, mmg ianya  menjadi! ditambah dgn veil yg panjang giler tu lpstu kat kepala mengelip2. mmg aku puas hati sgt! bajet kecik tp hasil nya membuatkan sy rasa sperti princess :p

utk beads pun sama. CIKTIE jugak punya kerja. mcm yg aku cerita sebelum ni. tempah baju kurung moden kosong upah rm60 je. pastu hntr kat CIKTIE jadi terus jadi mcmni :)

inner tu beli kat jalan TAR je. rm15 tak silap. x plan pun nak pakai mcmni sebenarnya. again, word tak plan lagi. mmg niat nak carik inner, nampak je terus grab pastu hntr kat ciktie dan siap! :) kesimpulannya, im verrryyy hepi with my outfit!


 ~kisah hati cikCT~

Monday, 17 June 2013

Passport. UTC Pudu. Pengalaman. Hadiah. Insaf.

Assalamualaikum & hye semua! :)

wahhhh. tajuk nak curlas gitu kann. aku taktau nk letak tajuk apa. so letaklah isi penting sebagai tajuk. oklah tu kan. asalkna org tau apa yg nk diceritakan.

ini cerita mmg fresh from ladang. sbb aku tau kalau aku simpan cerita mmg kompem takkan cerita lg dah smpai bila2. bz katanya -_- ok, straight to the point CT!

aku baru blk dr UTC pudu ni. kononya nak buat pasport dgn pantas dan cepat. dah byk kali google pasal UTC ni so decide nk ke sana je since senang ada LRT. kebetulan harini supplier datang, so mntk tlg dia hntr ke pudu. sbb aku takmau amik half day. nak amik time off je. dpt break 2 jam. 2.40 ptg isi borang and terus shoot ke pudu dgn bantuan supplier. alhamdulillah. sampai jgk ke UTC pudu tu utk first time. giler jakun! cantik dah pudu skrg. last dulu aku pergi taun 2010 kot? time tu diorg tak renovate lg. skrg ni bila dtg mmg ajaib gila. semua pejabat kerajaan yg penting ada kat sana. SKMM, JPJ, JPN, IMIGRESEN dgn ada byk lagi lah. tak tertengok aku.

sampai2 sana je terus carik signboard. oh, imigresen tgkt 2. naik lift terus ke tgkt 2 dan carik imigresen. mmg byk pejabat kerajaan dkt tgkt 2 tu. dah masuk2 imigresen tu carik kaunter pertanyaan tak jumpa. takpe, amik no. tp nk amik no pun kena beratur hoit.. ramai! ingtkan dtg weekdays dan after lunch hour, tak ramai org. rupanya sama je. takpe2, dah decide dh sebelum dtg td kalau ramai its ok. dtg lainkali amik cuti betul2 dan buat dgn cara yg betul. aku que jgk sbb nk bertanya dgn staf yg bertugas. ada staf yg jaga no tu. since aku byk persoalan nk ditanya sbb nk buat persiapan dokumen2 yg penting utk next permohonan kan.tggu jelah .dlm 7 minit jgklah baru sampai turn.

sbb aku lahir di Sabah, aku tau dah yg prosedur dia berbeza sikit. tanyalah org tu mcmna. rupa2nya, yg lahir di Sabah dan Sarawak dan pertama kali buat pasport tak blh buat dekat UTC. kena buat dgn HQ iaitu Jalan Duta. -_- *sigh* nasib baik tnya, kalau aku main redah je amik no tak ke naya? takpe2, sy pasrah. tnya lagi nk dokumen pape ke tak diorg ckp takde apa. blh amik gambar kat sana je. setel. terus blk ofis.

mmg dah plan blk dr UTC nk naik public transport. tp sbb aku dah laaaaaama giler tak naik lrt agak terpinga2 jgklah dgkt pudu tu. carik signboard p lrt nasib baik jumpa. jaaauhh! sobs sobs. dh sampai lrt tu pulak, aku jadik jakun taktau mcmna nk beli tiket, haha. memalukan sungguh. lama jgk tercangak kat situ baca pape yg patut , nasib baik senang. terus beli tiket ke titiwangsa dan tukar monorel ke chow kit. dah sampai chow kit, nak naik bas pulak ke opis. nak naik teksi, takmau. sbb nk save budget katanya, naik teksi dr chowkit ke opis blh makn sampai 4 ringgit lebih padahal naik bas baru rm1. kena berjimat ni. tp yg best nya, aku tak tau nk naik bas apa ke opis. HAHAHA. sengal! nasib lah aku ni jenis tak malu, tnya org dkt bus stop tu nak naik bas no berapa ke opis -_- yg bestnya, org yg aku tnya tu ialah student unikl jgk. shameshame.

sampai opis elok sebelum waktunya, oklah tu kan. lpstu aku termengah2 okay. rasa mcm baru lari pecut 500 m. nampak sgt yg ko dah lama tak berjalan kaki. selama ni pemalas kan nak berjalan. tempat dekat pun nak drive. padan muka!

nk masuk gambar tp td tak ada amik pulak. sebab excited sgt kat UTC tu so tak dan nk kuarkan hp cokia ku ini. korang bayangkan jelah ye.

oh, harini dpt hadiah kawen lg walaupun dah 1 bulan 2 minggu . mihmihmih. mggu lps pun dpt jgk. minguu ni pun dpt lg. rasa seronok sbb rasa mcm dh lama kawen tp hadiah dpt lg. excited ok :p lepastu terus bukak hadiah, dan cuba teka aku dpt hadiah apa?



so excited! upload kat fb and diorg ckp buku ni best. mihmih. tp bila bukak hadiah td menjerit jugaklah. almaklumlah, sy ni kan 'terer' masak. korang tgk jelah apa yg kwn2 aku reply -_- tq kak maz! insaf sy seketika. semoga dgn pemberian hadiah buku ini akn menginspirasikan saya untuk memasak walaupun di rumah mertuaku :p


 ~kisah hati cikCT~

Wednesday, 12 June 2013

wedding review#2 : Special Nikah Playback Siti Noorhaniza & Hazriq by Wira Visuals :)

Assalamualaikum & hye semua! :)

Pernikahan Hazriq & Hazriq [ LINK ]

video




akhirnya siap jugak video nikah aku by WIRA VISUALS. nama yg tak asing lg di kalangan blogger. dah lama simpan hati dgn abg wira ni. hewhewhew. dan kebetulan abg wira ada buat promotion time tu. terus book ok! actually lama dah aku deal dgn abg wira ni. dari bulan 5 tahun lepas . sbb masa tu nk book abg wira utk 1 Mac 2013. so mmg kena book cepatlah kan. alhamdulillah dapat abg wira.

but suddenly bila tarikh nikah kena tukar, aku dah gelabah ayam. suruh tukar tarikh padahal masa tu dh bulan 12. kang kalau abg wira tak free time tu mcmna pulak kan? nasib baik abg wira ok dan sbnrnya tarikh nikah aku ni based on abg wira availability. hewhewhew

bagi aku, abg wira sgt punctual! sbb nikah pukul 9.30 pagi. pukul 8 mcmtu dia dh ada dkt rumah. tak bg peta pun just bg landmark je. alhamdulillah abg wira tak sesat. smpai pun tak call aku tiba2 je mak ckp, kak ada kwn akk dtg ea? tgk2 rupanya beliaulah abg wira. hehe. abg wira pandai bwk diri time majlis. tau pergi masjid sendiri sbb masjid dgn rumah kena drve. tak blh jln kaki. aku taktau dah pastu abg wira p mana2. tau2 je dia dh ada kat masjid :)

dari segi masa persiapan video, mgkin silap aku sbb tak tnya bila video siap. duk tunggu2 tak tiba2 tp bila video dh siap dlm masa 1 bulan 9 hari, aku rasa ok sangat2 dah ? :)

sebenanrya ada cerita disebalik video ni. kalau korang sempat tgk masa pagi2 sebelum aku save blk entri ni dlm draft, ada aku upload 1st version of my official solemnization video. mula2 rasa mcm ok, tp bila tgk2 byk kali rasa mcm ada yg tak kena pulak. rasa seperti ada kekurangan. fikir2 blk akhirnya aku bukak jgk mulut ckp dgn abg wira. sori abg wira :(

video ko dah siap cantik2 pastu ko sibuk2 nk suruh org tu tukar pulak. banyakkkkkk cantik muka ko ct oii..

mula2 mcm takut jugak sbb discuss thru FB je kan. better call terus sbb bila msg tanpa intonasi suara ni blh di intepretasikan org dgn pelbagai maksud yg berbeza. takut jgk nk komen dgn dia. yelah dia kan pro pastu tetiba kita duk sound komen dia. huhu. but alhamdulillah. abg wira sangattttttttttt ok sbnrnya. dia call kita blk dan kami berbincang pasal video tu. 4 jam lepastu abg wira infrom yg video dh siap edit dan upload di Vimeo. sangat pantas! dia siap p cyber cafe lg sbb nk upload dgn kadar kelajuan yg cepat. terharu sgt  T_T

so far experience dgn abg wira, beliau sgt best! sgt mudah utk berkomunikasi (sbb tukar2 tarikh kan) punctual, pandai bwk diri, very friendly. bila aku ckp dgn dia pun asik rasa nk gelak je. dan yg paling penting, boleh terima komen kita dgn terbuka :)

kesimpulannya, jgn takut untuk bertanya kalau rasa tak puas hati tp jgn melampau sgt lah pulak ye cerewetnya :) and of course recommended! :D

selamat menonton!



 ~kisah hati cikCT~

Friday, 7 June 2013

kehidupan itu.

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin kak ct update blog kan. bila mood rajin dia dtg mmg mcmni . cuba kalau mood pemalaihh dia dtg. hampehss.

fuhh.

dulu sebelum kawen. sibukk je ckp dekat diri sendiri. cepatlah habis majlis. cepatlah habis kenduri. bukan sbb xsabar nk mengawan berkahwin ye kwn2. bukan2. sbb tak tak sabar nk habiskan keserabutan membuat persiapan. dari start aku mula pindah KL setiap minggu bz, bz ke sana ke sini membuat persiapan perkahwinan. dengan dugaan bertukar tarikh kenduri bila sepatutnya tggl lagi 2 bulan terus tertangguh ke bulan 5. lepastu mak andam buat hal. masalah wali, rumah dan sebagainya.

mmg banyak sgt. terlalu banyak cerita serabut sebelum kenduri sampai aku rasa, hoitt cepatlah bulan 5. malasss dah aku nk pikir. 2 hari sebelum nikah pun ada ceritanya tp takpelah. biar kusimpan di dalam hati sahaja. and alhamdulillah. selamat dah kami jadi suami isteri. dah 1 bulan 4 hari dah pun harini :)

dan bermulalah perjalanan kehidupan berumahtangga. lepas kenduri aku sambung cuti sampai seminggu,. masa tu mmg heavenlah. cuti dan tak bekerja, siapa yg tak rasa heaven kan? sekembalinya dari cuti berkahwin dan bermulanya bekerja? sobs sobs T_T

buat masa sekarang ni aku stay dgn family mertua. yelah takkan nk duk dgn family sendiri kan. melaka - KL. jauh tuu. tak sangup den. aku kerja di kg baru. husband di subang. family mertua di batang kali. ye, kami berdua travel pagi2 berpisah sbb masing2 kerja di tempat yg berbeza. sangattttttttt -_-

6.30 pg wajb keluar rumah, kalau lambat sikit, bersiap2lah kamu utk lebih sabarrrrrr di selayang ke jalan kuching -_- sampai opis 8.15 ke 8.30 pg. sobsobs. kalaulah smbil drve tu blh iron2 baju mesti aku dh blh buat stok baju p kerja sampai seminggu kan? *imaginasimelampau*

blk kerja 5.25 ptg aku dh tggu kat tempat nk punch out. harus! lps akk cleaner touch je aku akn jadi org kedua yg touch utk punch out. takde sape blh touch out sebelum aku. muahaha. harus terus drive blk rumah and sampai rumah mesti around 7 pm kalau tak jem melampau. kalau jem melampau blh drag hingga ke 7.30 pm -_- sampai je rumah mesti flat habis. sbb harung jem satu lepastu ikut jln ulu yam- sungai tua membuatkan aku lebih flat sbb penat main selekoh turun naik bukit. sape yg pernah lalu situ mesti blh  bayangkan apa yg aku tgh cerita ni. sobsobs

tapi alhamdulillah, family mertua sgt suportive. membantu aku dr segi penyediaan makanan. hihi. kalau menantu diorg ni sampai rumah and mak mertua tgh masak aku akan tlg jgk sikit2. tp selalunya bila aku balik semua dh siap. so aku just tlg bila nk mkn dgn dh habis makan jelah kan. kerja2 rumah yg lain mana yg aku sempat buat aku akn buat. sbb selalunya semua mak mertua dh buat bila aku dh blk kerja -_-

then lepas mkn tu rehat brg sengah jam ke sejam aku terus pengsan. ye pengsan. jarang lps mkn aku dpt duduk lama2 depan tv and borak2 sbb aku orgnya jenis tido awal. laaaagilah bila kena bgn awl2 pg kan. so korang2 jgn terkejut tau kalau jumpa aku kat luar nmpk aku gemokss comel yg amat sbb aktiviti sihat aku skrg iaitu lps mkn ialah tido -_- suami pun kena tggl luar tgk tv dgn family dia sbb mata aku mmg takblh thn dah. org kata, rahsia rumahtangga ialah tunggu suami tido dulu baru isteri tido kan ataupun tido sama2 *tidur ok tidur je,jgn pikir yg bukan2 tau*  tetapi aku tidak dpt mempraktikkan perkara tersebut. maaf suami. lgpun dia jenis yg suka tgk tv mlm2. nasiblah kan. hehe dan esoknya bermulalah rutin harian seperti biasa sehinggalah jumaat. and yeayyyyy! esok sabtu dan ahad! takyah bgn pg2 nk p kerja. hey! hey! hey! hooooyeahhh!

perbezaan selepas berkahwin? blh thn berubah jgklah rutin harian kita kan. yelah sebelum ni duduk sorang2 rumah sewa pulak tu. so mmglah blh buat sesuka hati kan. taknak mandi lps kerja pun apa ada hal? bukan org tau pun. hahaha. tp dh lepas kahwin ni, suami kena jaga. makan minum dia, pakaian dia. tempat tinggal kita. lagilah kalau duduk dgn mertua, takkan ko nak sepah2 brg kan? maka nya faham2 sendirilah :)

aiyoyoyoo..panjangnya membebel. dh lama tak menulis mcmnilah. kalau sesapa yg berjaya membaca sampai habis, tahniah sy ucapkan pd anda! ;p

meh tepek sikit gmbr kitorg 1st time p kenduri as husband and wife. excited sbnrnya ni. 1st sbb 1st time pergi as husband and wife kan. 2nd sbb kedua2 pengantin ni ialah kwn satu sekolah aku yg mana aku yg kenenkan diorg sampai diorg berkahwin. bak kata pengantin aku ni bunga telangkai diorg a.k.a mak ayam diorg. hampeh monie -_-


pengantin baru vs pengantin tak berapa nk baru


us :)
*terasa mcm makcik2 bila tgk diri sendiri*

 ~kisah hati cikCT~

Thursday, 6 June 2013

1 bulan 3 hari

Assalamualaikum & hye semua! :)

Alhamdulillah.. dah sebulan 3 hari rupanya kami.

masih baru lg. cabaran nya pun sikit lgi. masih banyakkkkk lagi masa utk kami menempuh hidup berumahtangga ni. insyaAllah.

mudah2an perkahwinan yang kami bina ini berkekalan hingga ke syurga kelak..amin :)

sebelum



selepas :)


Alhamdulillah :)


 ~kisah hati cikCT~