the bloggers !

Thursday 7 March 2013

Pearl handbouquet: cerita sebenar disebalik pembikinan

Assalamualaikum & hye semua! :)

curlass tak tajuk entri tu? haha. meh sini meh..nak cerita di sebalik pembikinan pearl hb yg merah menyala mak ngah tu..

AMARAN: ENTRI NI PANJAAANG CERITA NYA

sebenarnya pearl hb ni mmg list pertama yg aku nak DIY. alhamdulillah berjaya jgk membuatnya walaupun sbnrnya bukan fully DIY oleh aku. rasanya semua org dah tau kot cara - cara pembuatan pearl hb ni. kalau taktau silalah menggoogle kerana banyaaaaakk sgt dah org but tuto pasal benda ni. tapi I is malas nak tulis panjang2..haha. selamat menggoogle lah ye :)

back to topic ye, sbnrnya aku dah duk gentel dah mende pearl ni kat opis. adalah dlm 4 utas pearl . aku gentel guna dawai 28. mmg mudah dan pantas menggentel nya sbb dawai ni tersangatlah lembut. tutup mata pun blh siap dah.


ni cubaan pertama masa aku mula2 meenggentel. masa ni takde plan lg nk tmbh warna krim. pastuu kebetulan ada org pesan suh belikan pearl kan, so weekend tu aku p kenanga lagi. borong pearl byk2. 2 minggu berturut2 aku p kenanga masa tu,mcm tak percaya je. nasib baik nafsu nk shopping baju dh takde dah. kalau tak kompem bankrup lg haha




dah dpt pearl krim, apa lagi dgn pantasnya aku menyambung menggentel . so dptlah 2 kaler. tp sbb aku beli 1 utas je. so kaler krim tu tak bape nak naik kerana beliau telah ditenggelami oleh 3 utas pearl merah.


masa ni aku dah hbs gentel dah. rasanya dlm 300 pearl jgklah kot? sbb aku pakai 4 utas pearl. tetaaaaaapi ada masalah sikit. mgkn dlm gambar tak nmpk.. sbnrnya, masa ni pearl ni asiklah terliuk lentuk. susah bebno nak menegakkan nya. almaklumlah , pakai dawai 28 kan. dah tangkainya lembut, dia pun takdelah berdiri tegak kan. aku wasup CIKTIE, kwn aku yg rajin terer giler cantik dan kreatif tangannya . bg gambo bunga ni. dia terus jwb, TAK CANTIK. uwaaaa..sentap mak nak. gegeh aku berusaha membuatnya, blh lah pulak makcik tu kata tak cantik. tp mmg betul pun. sbb housemate aku pun kata tak cantik. sbb susunan pearl dia berterabur. sbb dia tak tegak plus meliuk lentuk je kan. takpe2, aku pasrah. CIKTIE kata blk melaka bwk hb ni p rumah dia. nnt dia touch up.

kebetulan mggu tu aku blk mlk. esok tu terus p rumah dia bwk menatang ni. dia pun tak puas hati tgk mende ni kan. terus dia ckp. "ko bukak blk semua yg ko dah buat ni. pastu kita pakai dawai 22. kau bukak, aku gentel balik" ,masa dia ckp mcmtu, aku dah WHATTTT? gila ke nak suh bukak balik. aku ni buat dgn sepenuh hati dan perasaan kot. dahlah TIGA RATUS pearl aku dh gentel pastu ko nak suruh aku bukak balik lak kan. TETAPI, disebabkan aku nak hb ni cantik. dgn KETERPAKSAAN hati aku pun mengopek semula pearl2 ini dan mengeentel semula bersama beliau..sobs sobs.

selesai menggentel kesemua pearl dgn menggunakan dawai 22, akhirnya pearl tersebut berjaya berdiri dgn tegak dan cantiknya. dan oleh kerana aku tak blh duduk lama2 rumah dia, aku pun meninggalkan HB ini di rumah beliau dgn jaminan beliau yg HB ni aku blh amik esok kat rumah dia.

dan esoknya, aku kembali semula ke rumah beliau dan taaraaaaaaa! inilah hasilnya :)



*aku pinjam gambo ko ye timah.hehe*

 terima kasih CIKTIE kerana menyudahkan HB aku yg tantek ni. collar dan pemegang ni CIKTIE yg buat semuanya. so, jgn tanya aku mcmna nak buat sbb aku memaaaaaaang taktau. haha.

p/s:

1. CIKTIE skrg dah open order. harga ? aku rasa MURAH dah kot :)
2. size pearl yg aku guna ni yg 10mm. tp rasanya pakai yg 8mm pun dah blh dah kot sbb tgk ramai je yg guna 8mm.aku tak google masa tu so aku terguna yg 10mm.

 
~Kau permudahkanlah segala urusan perkahwinanku Ya Allah. Aminn~

2 comments:

cik mah said...

Cntiklah merah n krim tu...

chil&zam said...
This comment has been removed by the author.