the bloggers !

Tuesday 17 March 2015

Pengalaman HSG di Hospital Tawakal

Assalamualaikum & hye semua! :)

Lama ambil mood nak update blog. terfikir nak share ke tak cerita HSG hjg tahun lepas. mula2 rasa macam taknak share since dah tau ada org 'minat' kat kita. baca blog kita nak tgk life kita. lpstu sedih tgk life ttc kita. *poor me*

uwaaaaaa. start entri dah negatif. acaner ni? ok2. kita cerita betul2 balik.

ada entri sebelum ni aku cerita yg next cycle for 100mg clomid im failed. kecewa tapi hidup perlu diteruskan kan? since doktor dah ckp if failed dgn clomid, aku kena buat hsg. ok jom buat appointment untuk hsg. hsg tak de dekat al islam so nurse al islam tlg buatkan appointment utk aku dkt hospital tawakal. period je kena call nurse sbb hsg ni kena dibuat masa cd10/11. elok habis period. dan perlu diingatkan TIDAK boleh bersama sebelum HSG dilakukan.

appointment pukul 9 tp sblm pukul 9 aku dah ada kat sana. mcm biasa doktor tak sampai lagi so kitorang p breakfast dulu. setel breakfast, masuk blk hospital dan2 pulak aku sakit perutttt. cis. so biar husband masuk dulu. elok lps setel p toilet husband ckp nama aku dah kena panggil dan kena masuk bilik xray tu.

dalam bilik xray, nurse dah tunggu. dia suruh bukak kain dan tanggal panties. baju dgn tudung semua takyah bukak. fuhhh lega. dia suruh baring atas benda yg macam ala2 katil tu. sementara tggu doktor, nurse tu explain apa yg akan dibuat bla bla. then tanya nurse, doktor mana yang akn buat nanti? dia ckp dr fatimah yakin. owhhh, nama dr tu familiar dan berdasarkan pembacaan doktor tu baik. hihi

pengalaman masa hsg? ada yg cakap sakit gila macam nak nangis kan? tapi untuk aku alhamdulillah, rasa sakit tu boleh dikawal. mcm senggugut lite2 giteww. masa nk lepaskan dye tu ada rasa senak sikit. aku asik usap2 perut sbb nak legakan sakit. bila aku tutup mata doktor ckp jgn tutup mata tak sakit pun. hahaha. aku tutup mata sebab aku ternampak benda yg dia nak masukkan kat tutt tu. gila ngeri tengok benda tu! konsep aku senang je, ko nak buat apa pun buatlah tapi jgn bagi aku nampak apa yg ko nak buat. sebab once kita dah nampak benda atau alat tu mesti kita fikir macam2 kan?

secara jujurnya, perasaan aku masa hsg tu ada rasa sikit takut sebab org ckp sakit sangat semua kan. tapi mungkin sebab pengalaman pernah d&c dulu buat aku rasa d&c lagi sakit sebenarnya. uwaaaaaaaaaa.

dan keputusannya? aku lupa nak amik gambar. wakaka. tapi yang aku ingt. result tiub kiri ok tp tiub kanan ada macam stuck sikit. dye jalan tapi slow. dia tulis ada peritubal adhesions. masa baca tu mmg dah frust wehhhh. uwaaaaaaaaaaaa. tiub kanan tak normal. tiub kanan flow tak cantik semualah macam2. gigih aku google tak jumpa apa maksud peritubal adhesions tu. so kena tggu lah next appointment dgn dr dkt al islam. kebetulan zarith ada cerita ttg hsg dkt tawakal jgk so aku tnya dia. dia ckp maskudnya ada lekatan dkt tiub kanan aku. tersumbat sikit dan bukannya tersumbat semua. hopefully masa flush dye tu, lekatan tu terbuka semula or etc. fuhhh. lega dengar.

bila jumpa doktor dkt al islam, doktor pun cakap yg tiub aku normal sebab tiub kiri masih berfungsi. so jangan risau. awak masih boleh mengandung natural. insyaallah dgn izin Allah. dotor taknak bg clomid lagi sebab dia cakap clomid tak boleh amik lebih dari 6x. kemudian dia tanya kami, ada plan nak buat IUI ke? kami cakap ye tapi bukan sekarang. mungkin hujung tahun. doktor pun suggest suruh try natural dulu sekarang, kalau betul2 dah decide nak buat IUI inform dia nanti dia bg cadangan nk buat dkt mana since al islam xde buat IUI.

maka, selepas habis jumpa doktor dan kebetuln pulak dah awal tahun kami bercadang untuk mengamalkan cara hidup sihat. kami try natural. atau dalam erti kata lain berehat sebentar dari treatment hospital. and life goes on.

fuhh panjang cerita. lepasni aku nak cerita pulak tentang pengalaman urut. isnyaAllah makcik tu dah membantu ramai orang yg pregnant. nanti aku share cerita aku pulak ye :)

*no picture sebab sekarang nak buat konsep entri tanpa gambar. entri membebel namanya*

 ~kisah hati cikCT~

11 comments:

Miss Red said...

good luck ja.....tak sabar nk dgr pgalaman urut pulak....ia amalkan cara hisup sihat itu yng bagus..kalo boleh jgn minum ais.....bnda sejuk2 ok....moga Allah permudahkan.

Diyana said...

gigih bace entry m'bebel ni... heee~
yaaa..mari lah kita amalkan gaya hidup sihat plak skrg kan...
chaiyok2 CT... inshaaAllah (^_^)

Nursaila Norman said...

insyaallah, saila doakan yg terbaik utk ct dan suami. bukan mudah..tp allah tahu ct mampu hadapi :)

PUAN PIA said...

Pia siap pakej nanges lg atas katil masa wt hsg. Padahal idok la sakit sgtg

Puan Awin said...

Good luck aunty...humaira doakn rezeki aunty dpt baby pasni,inshaallah....

Azz said...

nk kongsi pglmn buat HSG jgk..sy buat d KPJ selangor sh alam..kos rm220.. ape yg sy rs ms prosedur tu??bg sy sakit...huhuu..ms doc msokkn tube tu rs senak sgt..pastu ms msokkn dye tu lg sakit smpi mngalir air mata sy...smpi tkeluar pktaan 'sakitnyeee' ms doc buat tu...lps doc kluarkn spekulum n tube tu trus hlg rs sakit,tp rs senak2 tu masih ada...lps tu bngun n bersihkn kmaluan dlm toilet,ms tu darah+air mnitik la jgk..nsb baik bole jln mcm biasa lps tu..hehee..sempat tny nurse yg assist doc tu,mcm mn agk2 tube fallopian sy? dia jwb klu tgk td mcm 2-2 ok,xde blok..lega rsnye..ble result yg official kuar pun mnunjukkn xde ape2 mslh...lega sgt..alhamdulillah...

Lia said...

Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG pada 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc cuti on my CD10 that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Selama ni before paid period pain i very mild je kdg2 lenguh2 pinggang je.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal kata nurse kat situ.. Tp husband keja govt so boleh lah claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye.. Proses mengambil masa 10mins mcm tu (kalau takde masalah) sbb doc nurhayaty tau kita dlm kesakitan that's why dia buat very quick.. After treatment tu ada tompokan darah tp shari je..

chadwarisandunia said...

Salam boleh sy dpt kan direct contact kpj damansara/ jln bulatan pahang tu? Sy nk buat appointment hsg juga. Tq ;)

jeysha said...

I just did hsg kat hospital tawakal jln pahang, minggu lepas (24/1/18) The cost is rm260. Bagi yang tak nak sakit sangat saya rasa boleh la pergi tawakal kpj jln phng ni. Ini pengalaman saya. Doktor Syarina yg buat prosedur. Dr.Sharina is very cool and setiap kali masa tengah buat prosedur, dia tanya "ok tak"..macam dia nak kurangkan nervous. Saya langsung tak rass sakit..sikit pun tak de. Just kurang senang bila instrumen dimasukkan sampai cervix. I tak perasan pun bila dia pancut dye. Serious ni..So apa yang kita baca kat forum/blog memang tak sama.

Unknown said...

Betul .. hsg tak sakit.. sy pown baru lepas buat dekat Kpj tawakal ..

Anonymous said...

Sy pun baru buat HSG dgn Dr Sharina. Alhamdhulillah . X sakit . Cuma masa inject tu kita rasa senak sikit. Pstu ok dah . Result pun sama peritubal adhesions.klu btul ada lekatan sikit kt tiub sy harap la dia tbukak ikut sekali cecair yg d inject td . Hehr