the bloggers !

Tuesday, 17 March 2015

Pengalaman HSG di Hospital Tawakal

Assalamualaikum & hye semua! :)

Lama ambil mood nak update blog. terfikir nak share ke tak cerita HSG hjg tahun lepas. mula2 rasa macam taknak share since dah tau ada org 'minat' kat kita. baca blog kita nak tgk life kita. lpstu sedih tgk life ttc kita. *poor me*

uwaaaaaa. start entri dah negatif. acaner ni? ok2. kita cerita betul2 balik.

ada entri sebelum ni aku cerita yg next cycle for 100mg clomid im failed. kecewa tapi hidup perlu diteruskan kan? since doktor dah ckp if failed dgn clomid, aku kena buat hsg. ok jom buat appointment untuk hsg. hsg tak de dekat al islam so nurse al islam tlg buatkan appointment utk aku dkt hospital tawakal. period je kena call nurse sbb hsg ni kena dibuat masa cd10/11. elok habis period. dan perlu diingatkan TIDAK boleh bersama sebelum HSG dilakukan.

appointment pukul 9 tp sblm pukul 9 aku dah ada kat sana. mcm biasa doktor tak sampai lagi so kitorang p breakfast dulu. setel breakfast, masuk blk hospital dan2 pulak aku sakit perutttt. cis. so biar husband masuk dulu. elok lps setel p toilet husband ckp nama aku dah kena panggil dan kena masuk bilik xray tu.

dalam bilik xray, nurse dah tunggu. dia suruh bukak kain dan tanggal panties. baju dgn tudung semua takyah bukak. fuhhh lega. dia suruh baring atas benda yg macam ala2 katil tu. sementara tggu doktor, nurse tu explain apa yg akan dibuat bla bla. then tanya nurse, doktor mana yang akn buat nanti? dia ckp dr fatimah yakin. owhhh, nama dr tu familiar dan berdasarkan pembacaan doktor tu baik. hihi

pengalaman masa hsg? ada yg cakap sakit gila macam nak nangis kan? tapi untuk aku alhamdulillah, rasa sakit tu boleh dikawal. mcm senggugut lite2 giteww. masa nk lepaskan dye tu ada rasa senak sikit. aku asik usap2 perut sbb nak legakan sakit. bila aku tutup mata doktor ckp jgn tutup mata tak sakit pun. hahaha. aku tutup mata sebab aku ternampak benda yg dia nak masukkan kat tutt tu. gila ngeri tengok benda tu! konsep aku senang je, ko nak buat apa pun buatlah tapi jgn bagi aku nampak apa yg ko nak buat. sebab once kita dah nampak benda atau alat tu mesti kita fikir macam2 kan?

secara jujurnya, perasaan aku masa hsg tu ada rasa sikit takut sebab org ckp sakit sangat semua kan. tapi mungkin sebab pengalaman pernah d&c dulu buat aku rasa d&c lagi sakit sebenarnya. uwaaaaaaaaaa.

dan keputusannya? aku lupa nak amik gambar. wakaka. tapi yang aku ingt. result tiub kiri ok tp tiub kanan ada macam stuck sikit. dye jalan tapi slow. dia tulis ada peritubal adhesions. masa baca tu mmg dah frust wehhhh. uwaaaaaaaaaaaa. tiub kanan tak normal. tiub kanan flow tak cantik semualah macam2. gigih aku google tak jumpa apa maksud peritubal adhesions tu. so kena tggu lah next appointment dgn dr dkt al islam. kebetulan zarith ada cerita ttg hsg dkt tawakal jgk so aku tnya dia. dia ckp maskudnya ada lekatan dkt tiub kanan aku. tersumbat sikit dan bukannya tersumbat semua. hopefully masa flush dye tu, lekatan tu terbuka semula or etc. fuhhh. lega dengar.

bila jumpa doktor dkt al islam, doktor pun cakap yg tiub aku normal sebab tiub kiri masih berfungsi. so jangan risau. awak masih boleh mengandung natural. insyaallah dgn izin Allah. dotor taknak bg clomid lagi sebab dia cakap clomid tak boleh amik lebih dari 6x. kemudian dia tanya kami, ada plan nak buat IUI ke? kami cakap ye tapi bukan sekarang. mungkin hujung tahun. doktor pun suggest suruh try natural dulu sekarang, kalau betul2 dah decide nak buat IUI inform dia nanti dia bg cadangan nk buat dkt mana since al islam xde buat IUI.

maka, selepas habis jumpa doktor dan kebetuln pulak dah awal tahun kami bercadang untuk mengamalkan cara hidup sihat. kami try natural. atau dalam erti kata lain berehat sebentar dari treatment hospital. and life goes on.

fuhh panjang cerita. lepasni aku nak cerita pulak tentang pengalaman urut. isnyaAllah makcik tu dah membantu ramai orang yg pregnant. nanti aku share cerita aku pulak ye :)

*no picture sebab sekarang nak buat konsep entri tanpa gambar. entri membebel namanya*

 ~kisah hati cikCT~