the bloggers !

Tuesday 16 May 2017

krik krik krik .

Assalamualaikum & hye semua! :)


marilah kita menconteng blog yg telah hampir setahun terkubur.
alhamdulillah masih ingt lagi password maka marilah kita membebel seketika.

sebelum terlupa,
teringin rasa nak cerita buat kenangan.
pengalaman mengandung kali 3.

Alhamdulillah, Allah beri rezeki pada kami sekeluarga.
di saat kami rasa mcm mustahil utk pregnant tanpa usaha TTC
tp bila Allah ckp kun fayakun. maka jadilah ia.

aku pregnant masa zhareef nak masuk 11 bulan.
mula2 tak percaya jgk sbb period mmg always tingtong.
lepastu susu pun takde mslh drop makinmeriah adalah.
tp sbb dah lama sgt tak period maka marilah kita ber upt.
yg peliknya walapun dah delay dekat 3 minggu still takde double line.
dah dkt 4 mggu baru detect pregnant.
plus takde morning sickness atau mabuk2 jadinya perasaan mcm mengandung tu takde.

bila p klinik utk scan pun tak nampak jgk kantung wlwpun ikut period sepatutnya dah prgnt 6 minggu,
rupa2nya tarikh period dgn pregnant tak sama. delay sebulan.


dah siap bukak buku dkt klinik kesihatan kgbaru.
sempat merasa 2 kali checkup.
kali pertama check up dah 8 mggu dan detect heartbeat baby.
kali kedua checkup selepas 3 minggu sbb nak sekalikan dgn check up zhareef setahun.
sepatutnya masa checkup baby dah 11 minggu almost ke 12 minggu.

tapi kuasa Allah, heartbeat xde masa scan. dan saiz kandungan dlm 8 ke 9 miggu.
tak sedar bila baby dah takde sbb aku mmg takde sakit perut bleeding mahupun setitik darah.

speechless!
dahla dtg cekup sekali dgn husband.
dia uruskan zhareef sbb zhareef kena timbang cucuk etc.
sementara aku jumpa doktor utk scan dan cekup.
bila keluar bilik doktor aku ckp dgn dia, baby dah takde.
dia mcm blur.
serius kitorg blur.
KK mintak dtg lg cekup 2 minggu. sbb mmg prosedur klinik kerajaan kena tggu 2 minggu utk pastikan yg baby mmg dah takde.

tp kami takmo tunggu lama2.
p cekup semula di klinik biasa dan klinik pakar.
mmg heartbeat baby dah takde plus saiz kantung pun dah makin mengecil.
kami decide untuk cuci awal tanpa perlu tunggu klinik kesihatan.
lagipun kami tak sanggup nk cuci dkt hospital gomen sbb memikirkan si zhareef masih menyusu badan.
kalau cuci dkt gomen, sah2 kena stay atleast 1 malam. mmg ada je stok susu utk zhareef tp zhareef takkan blh tido malam kalau tak mengempeng.

maka nya, kami decide utk cuci di Tunku Azizah Women & Children Hospital, Wangsa Maju.
alhamdulillah dipermudahkan semuanya,

check in pkl 10 pagi, masuk bilik OT pukul 2. check out pukul 7 sengah pada hari yang sama.

perasaan? taktau nak describe macam mana. sebab semuanya jadi terlalu cepat.
pregnant unexpected and tak pregnant pun unexpected.

Perancangan Allah.










 ~kisah hati cikCT~

Thursday 15 September 2016

Selamat Ulang Tahun dan Ulang Bulan Kekasih2 Hatiku!

Assalamualaikum & hye semua! :)


Nothing much to say
I LOVE U BOTH TO THE MOON AND BACK!

Nurul Hazriq bin Mokthar 
15 September 1985
31 yrs
Muhammad Zhareef Nazhan bin Nurul Hazriq
15 November 2015
10 month


From your love,
Siti Noorhaniza binti Hamdan


Monday 25 July 2016

rungutan atau bebelan?

Assalamualaikum & hye semua! :)

its monday and payday!
hari gaji sebenarnya ialah hari untuk membayar hutang
jadi janganla seronok sgt bila dpt gaji tu
mohon terus bayar segala hutang piutang anda ye!

sebenarnya nk cerita pasal hari2 ku di hari bekerja
aku taktaula awat teruk nau
setiap hari tanpa miss mesti aku akn pergi kerja dalam keadaan kelam kabut
SETIAP HARI TANPA GAGAL

maksudnya setiap kali nak pg kerja mesti terkocoh kacah
kadang tu sampai tak sempat salam laki
tp anak wajib cium
kalau tak cium anak rasa tak complete
sanggup pg keje lambat kalau si kecik tu dh bgn dulu
tp tang salam laki sanggup jgk tak buat sbb dah lambat , HAHA

aku pun pelik kenapa mesti kelam kabut nk pg kerja HARI2
sedangkan dah tau dah apa yg patut dibuat
hari2 buat benda yg sama
bangun tido mesti pam lpstu siapkan botol susu gosok baju mandi semayang
tapi kenapa mesti kelam kabut jgk?
bila dah lambat tu mula lah bawak kereta macam pelesit
sendiri rasa nak marah sbb bwk kete laju2
padahal diri sendiri yg salah

lately ni sejak kena masak bubur hari2 laaaaagi la rushing
walaupun bgn 5 sengah pagi tetap bila 7 suku nk keluar rumah tu rasa terkocoh kacah
tak pernah lagi ada perasaan nk pg kerja tu dgn tenang
tak payah jalan laju2 nk pegi basement
TAK PERNAH
mesti akn kuar rumah laju2 jalan laju2 tekan lift laju2 lpstu jalan laju2 pg kereta
penat hoih

punch kad skrg pun cukup2 je masa
pernah punch 8.00 tepat
tp paling banyak ialah 7.57 7.58
tu nasib baik takde pape jadi dkt jalan
kalau kata ada exsiden ke otw nk ke keje kompem jalan jem
kalau jem exsiden mmg babai lah nk smpai keje on time
apatah lagi nk singgah beli bfast
selalu berangan tiap2 mlm sebelum tido
esok nak pg keje awal lah nk singgah beli bfast
tp selalunya ia hanyalah angan2 indah sahaja

jadi salah siapa sekarang?
salah masa sebab jalan cepat sangat?
salah kereta sbb byk sgt dkt jalan?
atau salah sebab tempat kerja jauh dari rumah?

harus jawapan dia SALAH SENDIRI.
padan muka.








 ~kisah hati cikCT~

Wednesday 20 July 2016

Noah is Peterpan

Assalamualaikum & hye semua! :)

rajin pulak cikCT update blog
mungkin kerana hidupku sudah mula teratur
jadi masa untuk merapu di dalam blog pun dh mula teratur
echewahh

tgh buat tesis sebenrnya ni
sambil dgr kool fm
aku skrg ni layan kool fm
sbb lagu2 dia kena dgn jiwa2 zaman remaja dulu
so mmg hari2 layan kool

ok back to topic
tiba2 deejay ckp next song is from noah bla bla bla
aku mmg layan lagu noah ni sbb lagu dia kena dgn jiwa ku yang jiwang ini
biasalah org yg putus cinta dulu2 mmg layan lagu indon jiwang
dan rupanya baru ku tau
kumpulan noah is petepan yg dulu
diorg rebranding kot? mungkin ada ahli lama yg keluar atau ahli baru yg masuk
no wonder la aku minat lagu2 noah
sbb i is fan susah mati peterpan!
minat weh. lagu diorang mendayu2
sayuuuuuuuuu je dengar

aku taktaulah org mmg dh lama tau atau aku je yg baru tau
atau sebenarnya orang tak kesah pun noah ke peterpan
aku je yg over sampai buat entri pasal depa
HAHA


 ~kisah hati cikCT~

Tuesday 19 July 2016

Mimpi

Assalamualaikum & hye semua! :)


korang pernah tak dapat mimpi yang tak disangka2?
bagi aku kalau tiba2 mimpi dgn orang yg dah lamaaaa kita tak ingat, aku akn ada rasa pelik.
pelik kenapa tiba2 dia ni masuk dalam mimpi aku.
dan selalunya apa yang aku buat bila dpt mimpi orang tu aku akan stalk semula fb dia.
tengok dia hidup lagi ke tak.
pelik kan?

yang buat aku lagi rasa tak best ialah bila orang yg aku mimpi tu selalunya the ex'es.
haihlaaa
kenapa lah korang masuk dalam mimpi aku,
nanti tak pasal2 aku bangun tidur terus teringat kat dia.
padahal sebelum ni takde pun teringat2 kat dia.

lepastu orang cakaplah, orang cakap bukan aku yang cakap tau.
kalau kita mimpi orang tu maksudnya dia rindu atau teringat kat kita.
i is scary kalau tiba2 diorang rindu pada ku.
ouuchhh.


gambar takde kena mengena dgn tajuk

 ~kisah hati cikCT~

Thursday 14 July 2016

#throwback

Assalamualaikum & hye semua! :)


orang sibuk duk share gambar raya tapi i is sibuk nk throwback :p
tgh duk kemas2 hp tetiba ternampak gmbr lama masa membawa si zhareef nazhan dalam perut.
bila tgk blk gmbr2 lama Ya Allah kembangnya aku.
tak sangka blh sekembang gitu.
yg paling obvious ialah masa 9 bulan.
muka hidung kembang semangkuk.
alhamdulillah Allah bagi peluang dan rezeki untuk mengandung dan menjadi seorang ibu.

sape ntah amek gambar aku time ni. masa ni raya tgh pregnant 6 bulan kot :)


gambar pakai jubah ni masa tgh 9 bulan berapa hari ntah. tapi seingat aku kalau ikut due 12/11 lagi 3 hari rasanya. time ni adik ipar aku kawen. mmg sarat dah tp selamber je jalan ke hulu hilir bwk si kenit dlm perut.



gambar paling kenangan sbb gambar ni ialah mlm terakhir si zhareef dlm perut. tak silap gmbr ni amek dlm pukul 10 malam kot. pukul 5 pagi esok ketuban dah pecah :)





gambar pertama beliau selepas dimandikan. lain betul dari skrg. bwh dagu tu ada tisu sbb atok dia bg minum air zamzam dgn kurma lps dia lahir. tuyg alas tisu bwh dagu.


rasa macam nk sambung cerita bersalin dkt GMC aritu lah pulak. stay tuned!

 ~kisah hati cikCT~